Pernah tak terfikir, apa akan jadi jika kita mati di angkasa lepas?

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Beberapa pakar mendedahkan situasi yang mungkin boleh meragut nyawa manusia

ketika berada di angkasa lepas termasuk apa yang terjadi pada mayat mereka.

Lapor Daily Mail, seramai 20 orang maut dalam tempoh enam dekad penerbangan ke angkasa lepas.

Pernah tak terfikir, apa akan jadi jika kita mati di angkasa lepas?

Jumlah itu merangkumi 14 orang maut dalam tragedi kapal angkasa milik Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) pada 1986 dan 2003

Tiga angkasawan ketika misi Soyuz 11 pada 1971 dan tiga lagi angkasawan ketika misi pelancaran Apollo 1 pada 1976.

Bagaimanapun, tiada mana-mana individu berkenaan yang sebenarnya maut secara tersendiri di angkasa lepas.

Meskipun, NASA tidak mempunyai protokol tertentu untuk menangani insiden kematian di angkasa lepas, namun, para penyelidik tampil mendedahkan bagaimana tragedi sedemikian mungkin boleh berlaku.

Malah, terdapat beberapa cara yang boleh mengundang kejadian tidak diingini berlaku ketika berada di angkasa lepas.

Antaranya, angkasawan mungkin terdedah kepada ruang angkasa lepas tanpa sut perlindungan atau kerosakan pada sut khas itu atau kegagalan kapal angkasa yang tidak dijangka boleh menyebabkan kejadian demikian berlaku.

Menurut bekas komander Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS), Chris Hadfield, dalam senario terburuk, insiden tidak diingini juga boleh berlaku ketika angkasawan melakukan spacewalk.

“Pada waktu itu, angkasawan boleh diserang meteorit kecil dan tiada apa yang boleh dilakukan mengenainya.

“Batu angkasa itu boleh menusuk lubang pada sut khas dan dalam masa beberapa saat sahaja, angkasawan boleh hilang upaya,” katanya.

Profesor dari Kolej Perubatan Taylor, Emmanuel Urquieta berkata, sebaik sahaja angkasawan terdedah kepada ruang angkasa yang vakum, situasi itu menyukarkan mereka untuk bernafas.

“Angkasawan itu mungkin mempunyai sekitar 15 saat selepas ketiadaan oksigen dan seterusnya akan pengsan.

“Beberapa minit kemudian, semua organ dalamannya akan gagal berfungsi menyebabkan angkasawan itu meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, profesor Christopher Newman dan profesor Nick Caplan dari Universiti Northumbria memaklumkan proses pereputan mayat tidak berlaku dengan cepat sepertimana di Bumi.

Jelas mereka, mayat mungkin boleh menjadi beku dalam kesejukan di angkasa lepas untuk mengurangkan beratnya.

BACA: ‘Bagai nak luruh jantung tengok telefon ayah’ Bapa kantoi curang masa ibu terlantar sakit di rumah