Ramai tak tahu cara tanam kantan agar berbunga lebat, rupanya ini rahsianya

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Pokok kantan adalah tanaman yang ada pelbagai manfaat terutama dalam masakan.

Dalam masakan Melayu kudup bunga kantan banyak digunakan sebagai penambah rasa seperti dalam masakan laksan dan tomyam.

Penanaman bunga kantan tidaklah sukar. Apa yang penting adalah kesabaran.

Ramai tak tahu cara tanam kantan agar berbunga lebat, rupanya ini rahsianya

Maklumat Botani

Nama tempatan: Bunga kantan
Nama Inggeris: Torch ginger
Nama saintifik: Etlingera elatior
Keluarga: Zingiberaceae

Kitaran hidup pokok kantan adalah pokok saka. Ini bermakna pokok kantan hidup lebih dari setahun.

Kalau kita lihat, pokok kantan tergolong dalam keluarga Zingiberaceae iaitu keluarga seperti halia, kunyit dan tuhau.

Mereka berkongsi ciri-ciri yang sama antaranya dibiakkan menggunakan rizom.

Terdapat tiga warna bunga kantan:

Merah jambu / pink
Merah
Putih
Jika anda seorang pengumpul tentunya tiga warna ini ingin anda tanam di kebun.

Tetapi jika anda seperti saya yang tidak cukup tanah untuk berkebun, cukuplah menanam kantan merah.

Bau dan rasa kantan ini lebih mengancam berbanding dua varieti lain iaitu merah jambu dan putih.

Jika anda ingin beli di platform online seperti shopee, lazada dan tiktok pastikan penjual itu memang menjual varieti yang betul.

Jangan setelah setahun lebih menanti, yang keluar bukanlah warna bunga yang anda inginkan.

Anda telah membazir wang dengan membeli varieti yang dijual mahal dan paling penting masa.

Pembiakan

Pokok kantan boleh dibiakkan dengan dua cara iaitu melalui biji benih dan rizom. Mari kita lihat satu persatu kaedah pembiakan ini.

Semaian Benih

jarak tanam pokok bungan kantan oleh jabatan pertanian

Untuk semaian benih, ambil biji benih segar daripada buah kantan yang telah tua. Semai di dalam bekas berisi tanah campur. Sekitar 10-15 hari benih akan mula bercambah.

Berikan sedikit baja organik setiap minggu sehingga anak benih cukup kuat untuk dipindahkan ke bekas lebih besar.

Pokok kantan daripada semaian benih akan memakan masa untuk mula mengeluarkan bunga. Dijangka sekitar 3-4 tahun berbanding penanaman menggunakan rizom.

Kelebihan menggunakan biji benih adalah ada potensi untuk mendapat kantan lebih baik daripada induk. Boleh juga buat kacukan antara dua varieti kantan berbeza. Contohnya kacukan antara kantan merah dan kantan putih.

Semaian Rizom

Rizom bunga kantan sering dianggap sebagai ubi. Namun rizom bukanlah ubi. Dalam botani, rizom adalah akar yang terubahsuai sama seperti halia. Ya halia yang kita makan adalah akar.

Jadi bagaimana untuk membiak menggunakan rizom? Caranya mudah sahaja. Cantas dan buang batang utama di atas rizom. Pastikan rizom yang kita ambil itu terdapat sekurangnya 2-3 mata tunas. Hal ini bagi memastikan kemenjadian pertumbuhan pokok kantan.

Anda boleh semai dahulu rizom ini di dalam polibeg dahulu atau terus tanam di lokasi atas tanah. Jika ditanya saya, tentunya saya lebih suka semai dahulu di dalam polibeg. Hal ini agar saya mahu anak pokok kantan menjadi kuat sebelum dipindahkan ke atas tanah.

Jika lokasi tanam adalah dekat untuk sentiasa disiram dan baja seperti di belakang atau hadapan halaman rumah, tiada masalah untuk terus tanam di atas tanah. Setiap kaedah ada kelebihan dan kekurangan.

ambil rizom rhizome bunga kantan torch ginger di politeknik jeli kelantan

Untuk media semaian, boleh guna tanah campur yang dijual di nurseri pokok. Atau jika ingin kesan yang berkesan, anda boleh buat sendiri tanah campur dengan mengikut panduan saya di sini berkaitan kaedah buat sendiri tanah campur.

Sekitar 4-6 minggu, rizom kantan akan mula pecah mata tunas. Di sini kita akan dapat lihat pucuk baharu muncul.

Biarkan sehingga anak pokok setinggi 2 kaki untuk mula pindah. Biasanya memakan masa sekitar 2-3 bulan selepas semai.

Dalam masa fasa penjagaan semaian ini, eloklah ditambah dengan baja organik seperti kompos dan vermikompos. Baja ini akan menguatkan akar anak pokok sebelum dipindahkan di atas batas.

Penanaman di dalam bekas

Adakah pokok kantan boleh ditanam di dalam bekas? Ya boleh. Cari bekas dengan diameter sekitar 40cm x 50 cm x 50 cm tinggi. Guna tanah campur yang ada tanah, sekam bakar dan baja organik. Boleh dapatkan formula campuran tanah campur di sini. Saya ceritakan dari awal sampai habis.

Penanaman di atas batas

Pokok kantan sesuai ditanam di atas tanah yang kaya dengan bahan organik.

Korek lubang untuk penanaman sekitar 2 kaki per segi. Tabur baja organik seperti kompos dan paling penting sekam bakar. Sekam bakar akan meningkatkan kesuburan tanah. Banyak manfaat sekam bakar ini. Boleh baca sini untuk tahu lebih lanjut.

anak pokok bunga kantan pink atas tanah selepas 3 bulan semai

Akhir sekali masukkan anak pokok kantan atau rizom. Kambus dan siram seperti biasa. Siraman boleh dilakukan sebanyak dua kali sehari. Kantan suka tanah yang lembab.

Untuk jarak penanaman, pokok kantan boleh ditanam pada jarak 1 meter dalam baris dan 2 meter di antara baris. Ini rajah seperti disyorkan oleh Jabatan Pertanian.

jarak tanam pokok bungan kantan oleh jabatan pertanian
Jika tanam pokok kantan sebagai tanaman selingan, tanam pada jarak 3-4 meter dari pokok utama. Contohnya 4 meter jarak dari pokok getah, durian, rambutan, nangka dan lain-lain. Selebih itu ikut jarak seperti penanaman tunggal.

Pembajaan

cara tuai kudup pokok bunga kantan merah jambu pink

Pokok kantan cukup suka akan baja organik. Oleh itu pemberian baja organik berkala membantu mempercepatkan untuk pokok kantan mengeluarkan bunga.

Selain itu, anda boleh selang seli pembajaan dengan baja sebatian NPK seperti NPK biru.

Contoh jadual pemberian baja untuk setiap bulan:

Bulan 1 – Baja NPK Biru – 50g
Bulan 2 – Baja vermikompos – 100g
Bulan 3 – Baja NPK Biru – 50g
Bulan 4 – Baja vermikompos – 100g
dan seterusnya ikut selang seli.

Insya-Allah pokok kantan akan cepat mengeluarkan bunga. Kuncinya di sini adalah pemberian baja yang sedikit tapi istiqamah setiap bulan.

Jika tiada baja vermikompos, anda boleh ganti dengan baja kompos biasa, baja tahi ayam atau apa-apa baja organik yang boleh anda mudah dapat disekitar ladang atau kebun anda.

Kawalan Perosak dan Penyakit

Mengikut bacaan dan pengalaman, pokok kantan jarang sekali diserang oleh perosak dan penyakit. Sebab itu bunga kantan ini boleh dikatakan sebagai tanaman selingan yang bagus di ladang. Kos penyelenggaran hanyalah pada pemangkasan batang daun yang tua atau telah mati.

Tiada penggunaan racun kimia sepanjang penanaman. Dikira oleh lah, bukan?

Bilakah Kantan Mula Mengeluarkan Bunga?

Ikut pengalaman saya, sekitar 1-2 tahun selepas penamaman. Jika semua keperluan tanaman cukup seperti air, cahaya dan baja, insya-Allah sekitar setahun (12 bulan) sudah mula nampak kudup bunga.

Tetapi jika masih tidak mengeluarkan hasil, tetaplah bersabar. Kita bermain dengan makhluk hidup. Teruskan berdoa dan berikan baja organik berkualiti seperti vermikompos.

cara tanam pokok bunga kantan atas tanah dalam bekas pasu polybag
Penuaian

Biasanya bunga muka keluar selepas setahun (12-16 bulan) ditanam menggunakan rizom. Bunga kantan boleh dituiai sebaik sahaja kudup bunga mula keluar dari atas tanah.

Untuk penuaian, kerat pada pangkal. Sebolehnya jangan tinggalkan batang bunga di rumpun kantan. Potong sampai pangkal jika menuai bunga. Ini akan menggalakkan lagi pengeluaran bunga dalam rumpun tersebut. Anda boleh potong dengan gunting pangkas berkualiti tinggi.

Tuai kantan yang masih belum berkembang. Jika sudah berkembang, harga jualan berkurang.

cara tuai kudup pokok bunga kantan merah jambu pink
bunga kantan kembang berkembang

Bagaimana cara agar kantan sentiasa mengeluarkan bunga?

Caranya mudah sahaja iaitu sentiasa tuai bunga kantan. Lagi kerap kita tuai, lagi banyak rumpun kantan akan keluarkan bunga. Kantan akan bagi signal perlu mengeluarkan lebih banyak bunga agar dapat membiak lagi.

Jika kita biarkan bunga layu dan menjadi biji benih, pokok kantan akan merasakan tiada keperluan untuk mengeluarkan bunga untuk pembiakan. Ini membuatkan kurang kudup bunga terhasil.

BACA: Demi tampung kos kemoterapi abang, gadis ini nekad jual dara RM126,000