‘Kau nak mati? Aku tembak kau!’ Bekas Menteri di Sabah ugut tembak pemandu e-hailing

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Selepas kes ‘Datuk Seri’ belasah RELA pada awal bulan ini, kali ini muncul pula kes yang melibatkan seorang bekas menteri.

Terbaru, seorang pemandu Uber mendedahkan bahawa dia telah diugut tembak oleh bekas menteri dek kerana hal yang kecil.

Menurut laporan The Malay Mail, Chin Wong Seng, 65, merupakan seorang pemandu Uber telah diugut sambil diacukan sepucuk pistol ke arahnya oleh seorang bekas menteri Sabah.

'Kau nak mati? Aku tembak kau!' Bekas Menteri di Sabah ugut tembak pemandu e-hailing

Insiden itu bermula apabila Chin telah dilanggar dari belakang dengan sebuah kereta.

Pemandu itu kemudian, cuba melarikan diri dari tempat kejadian tetapi berjaya dihalang oleh Chin.

Apabila Chin mengetuk tingkap keretanya untuk menyelesaikan hal perlanggaran tersebut, pemandu itu yang juga merupakan seorang bekas menteri telah mengeluarkan sepucuk pistol sambil mengugut Chin apabila dia meminta nombor telefonnya.

Final

Kau nak mati? Aku tembak kau!” kata bekas menteri itu kepada Chin.

Chin kemudian mencabar bekas menteri itu untuk menembaknya kerana dia sama sekali tidak takut disebabkan usianya juga sudah lanjut.

Selepas dicabar, bekas menteri itu bagaimanapun tidak berani melakukan sebegitu dan terus mengalihkan pistol tersebut.

Dia juga menerangkan bahawa bekas menteri itu telah menyuruhnya untuk menyelesaikan hal itu di pejabatnya bertempat di Tanjung Aru.

Difahamkan, Chin telah pun membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsing.

Kalau dah langgar tu, selesaikan dengan cara yang bersivil. Jangan lari pulak, lepas tu nak ugut orang. Diharap pihak polis menjalankan siasatan dengan telus…

BACA: “Pelik aku surirumah sepenuh masa boleh kena HIV, sekali aku terjumpa gambar suami berselimut dengan lelaki di hotel, rupanya dia..”