Taikun hartanah Malawi, Asif Aziz mendapat kebenaran untuk menukar sebahagian bangunan ikonik London menjadi masjid dan pusat Islam.
Media antarabangsa melaporkan, jutawan berusia 56 tahun itu membeli mercu terkenal,
Trocadero London dengan harga lebih RM1.3 bilion ($287.7 juta) pada 2005.
Pada awalnya, Asif merancang untuk mengubah bangunan itu menjadi masjid pada tahun 2020
namun terpaksa membatalkan rancangan tersebut selepas menerima aduan daripada kumpulan sayap kanan dan beberapa penduduk.
Tetapi pada Mei 2023, beliau berjaya mendapat kebenaran untuk membina masjid dengan kapasiti-390, yang akan dinamakan ‘Piccadilly Prayer Space’.
Mengulas lanjut, jutawan itu turut memaklumkan, masjid berkenaan dijangka dirasmikan dalam masa beberapa bulan lagi sekali gus berharap agar ia memberi perkhidmatan kepada pelancong dan umat Islam yang bekerja sekitar kawasan itu.
BACA: Demi tampung kos kemoterapi abang, gadis ini nekad jual dara RM126,000
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio