Cara mudah hilangkan kapur dalam Mi Kuning yang ramai tidak tahu

Oleh FAHMI ABBAS

Selalunya, kalau beli mi kuning dan bila masak mesti ada rasa kapur.

Terus terbantut nak makan sebab ia beri rasa yang tidak enak.

Kalau mi kuning dijadikan mi goreng mungkin kurang sedikit rasa kapur tapi bila buat mi kuah atau mi kari boleh terasa juga.

Cara mudah hilangkan kapur dalam Mi Kuning yang ramai tidak tahu

Jadi, ada sesetengah mak-mak yang rendam terlebih dahulu untuk hilangkan rasa kapur yang melekat pada mi kuning. Tak kurang juga yang hanya basuh biasa sahaja.

Mungkin kapur yang diletakkan dalam mi kuning untuk bagi tahan lama. Tapi di sebaliknya ia boleh juga membahayakan kesihatan kita.

Cara mudah hilangkan kapur dalam Mi Kuning yang ramai tidak tahu

Ini cara mudah dan senang untuk bantu mak-mak hilangkan kapur mi kuning seperti yang dikongsikan olh Aliaabang dalam tiktoknya.

Cara hilangkan rasa kapur pada mi kuning ini sangatlah mudah dan ringkas.
Mula-mula masukkan mi kuning dalam periuk atau bekas.

Cara mudah hilangkan kapur dalam Mi Kuning yang ramai tidak tahu

Leraikan mi kuning tersebut.

Kemudian, masukkan air.

Masukkan sedikit gula perang atau gula putih. Gaul sebati.

Rendam mi tersebut lebih kurang 15-30 minit.

Selepas itu, basuh sekali lagi dan toskan.

Bolehlah digunakan untuk masak pelbaagai resipi mi kesukaan mak-mak.

BACA: Kalau dah jodoh, warga emas usia 110 tahun pun masih laku keras, nikah dengan wanita umur 55 tahun