Ini tips penjagaan jaga gearbox CVT yang ramai tak tahu, confirm lasak dan tahan lama
Kereta merupakan kenderaan paling banyak digunakan oleh orang ramai.
Hal ini kerana ia bersifat mesra pengguna dan boleh digunakan dalam pelbagai waktu dan cuaca.
Umumnya, kenderaan bertayar empat ini mempunyai dua jenis transmisi gear iaitu manual dan automatik (auto).
Antara dua jenis gear ini, rata-rata orang ramai lebih memilih untuk membeli kereta jenis auto khususnya yang tinggal di kawasan bandar.
Bagi gearbox jenis automatik juga mempunyai pengkelasannya seperti Conventioal Automatic Transmission (AT), Automatic Manual Transmission (AMT), Dual-Clutch transmission (DCT) dan Continuously Variable Transmission (CVT).
Hampir setiap hari pastinya kita akan menggunakan kenderaan ini, namun pemanduan yang kurang tepat boleh menyebabkan gearbox kereta mudah rosak.
Oleh itu, hari ini, pihak SK akan berkongsikan tips penjagaan gearbox kereta agar tahan lebih lama khususnya kereta jenis CVT. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, mari kita ikuti perkongsian Abdul Kamat di bawah. Semoga bermanfaat.
Tips & Pantang Larang Gearbox Kereta Jenis CVT Agar Tahan Lama
Salam, saya sebagai mekanik yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan masalah gearbox nak share beberapa perkara atau tips yang boleh memanjangkan jangka hayat gearbox.
Walaupun saya dapat rezeki dari hasil baik pulih gearbox, kadang-kadang ada terdetik jugak rasa kesian pada owner-owner kat luar sana yang kereta baru je habis warranty terus gearbox bermasalah lagi-lagi model gearbox yang menggunakan transmisi “CVT”.
RPM tinggi
Make sure pagi-pagi kasi engine panas dulu dalam 1-2 minit. Kalau korang perasan, bila kereta baru start, jarum rpm akan naik lebih dari 1 ribu. Make sure jarum rpm turun ke 1 ribu atau 800. Andai kata rpm lebih seribu korang terus masuk gear, akan berlaku sentapan sedikit pada gearbox.
Sentapan ni korang takkan rasa sangat, tapi bila dah hari-hari buat lama-lama gigi gear terhakis sedikit demi sedikit. Andai kata nasib tak baik, masuk gear jadi Free terus.
Cara pemanduan
Cara pemanduan ni paling kena jaga lagi-lagi gearbox “CVT”. Untuk gearbox “CVT” ni korang rasa macam bawak scooter. Tak ada rasa langsung penukaran gear sebab gearbox ni takda gear. Dia pakai rantai besi “steel belt” dan dua jenis pulley iaitu “Primary Pulley” dan “Secondary Pulley”. Dua biji pulley ni disambungkan oleh steel belt.
Jadi kat sini ramai yang tak tahu cara pemanduan yang sebetulnya lagi-lagi time kat traffic light. Asal lampu hijau terus menekan. Cara yang paling betul adalah sewaktu nak memulakan perjalanan (letak gear D). Make sure lepaskan brek bagi kereta jalan dulu dalam 1-2 saat baru tekan minyak sebab rantai besi (steel belt) dia akan mengembang slow-slow ikut kelajuan kereta.
Andai kata terus pedesup tekan minyak, tali besi tu akan tersentak.(macam korang kayuh basikal lah.
Kalau awal-awal terus nak kayuh laju mesti rantai basikal tu tersentak punya) dan lagi satu jangan kerap sangat naik bukit yang curam sebab gearbox CVT tak mampu tampung pressure lama-lama. Kalau Cameron tu gagah lagi..kalau hari-hari nak naik Genting sendiri paham la labu.
Service minyak gearbox
Yang ni kalau customer mengadu gearbox problem memang saya selalu perasan.
Dekat sticker milage untuk next service selalunya 30k hingga 40k km. Next service 40k memang boleh TAPI untuk kereta “baru” keluar kilang je.
Kereta baru memang boleh lajak service smpai 40k. Tapi kereta kita makin lama jadi kereta “lama” bukan makin lama jadi kereta “baru” yedok.
So, seeloknya 20k wajib service minyak gearbox sebab gearbox auto ni lemah dengan temperature panas. Gearbox ni ada laluan keluar dan masuk ke oil cooler (sistem penyejuk). Minyak dalam gearbox akan bawa haba panas tu pergi ke oil cooler. Selepas disejukkan minyak tu akan masuk balik dalam gearbox.
Itu lah perjalanan dia sampai kiamat, tapi bila minyak terlalu lama tak tukar (lebih dari 20k), kualiti minyak tu jadi teruk sehingga tak mampu nak bawa haba panas tu ke oil cooler.
So haba panas banyak terperangkap dalam gearbox. Tu yang jadi kes minyak jadi hitam dan bau hangit sebab clutch terbakar. Sebelum terlupa, auto filter setiap 2 kali penukaran minyak gearbox kasi tukar na.
BACA JUGA: Buat Empat Cara Ni Kalau Nak Aircond Rumah Tahan Lama
Jadi itu ja tips yang dapat saya kongsi berdasarkan pengalaman. Semoga info ni bermanfaat pada korang semua. Salam.
Jap geng, saya hampir terlupa yang keempat.
Gear R masuk D
Yang ni 99 peratus mesti ada yang pernah buat or terbuat. Time reverse keluar dari petak parking, kereta tak berhenti sepenuhnya lagi terus masuk gear D. Sepatutnya make sure kereta betul-betul berhenti barulah tukar gear tu.
Kalau menjadi kebiasaan, lama-kelamaan gigi gear terhakis sampai boleh jadi botak kerana gigi gear tu tak sempat nak berhenti terus dipaksa ubah arah pusingan. Kalau nasib cun gear reverse boleh masuk tapi kena pijak minyak rpm tinggi baru jalan. Nasib tak cun reverse jadi kosong.
Jadi ubah sikap tersebut. Lantaklah orang nak hon ke apa sebab keluar parking slow-slow. Kereta jahanam bukan diorang yang bayarkan yedok
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio