Peluk duit rompak atas motorsikal, 2 guni wang berisi RM700,000 dilarikan

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Peluk duit rompak atas motorsikal, 2 guni wang berisi RM700,000 dilarikan

EMPAT perompak van syarikat kawalan keselamatan di Bukit Antarabangsa, Ampang Jaya pada 5 petang hari ini melarikan diri

Dengan menunggang dua motosikal motosikal Yamaha 125Z dengan salah satunya berwarna biru bernombor pendaftaran BFC 7361.

Peluk duit rompak atas motorsikal, 2 guni wang berisi RM700,000 dilarikan

Gambar suspek itu yang memeluk guni berisi wang melalui Lebuhraya Duta – Ulu Klang Expressway (DUKE) sejurus kejadian sempat dirakam saksi yang menyalurkan maklumat itu kepada polis.

DUA guni wang dilarikan empat lelaki menunggang motosikal yang merompak van syarikat kawalan dianggarkan berjumlah lebih RM700,000.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Hamzah Alias berkata, kejadian berlaku ketika empat petugas syarikat kawalan keselamatan itu mahu memasukan wang ke dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di stesen minyak berkenaan.

“Dua daripada empat suspek bersenjatakan pistol menyerang seorang daripada petugas syarikat keselamatan itu dan merampas senapang patah dibawa mangsa sebelum menghentak kepalanya menggunakan senjata itu.

“Suspek turut melepaskan satu das tembakan ke udara sebelum melarikan dua beg berisi wang tunai dengan membonceng dua Yamaha 125Z yang ditunggang dua rakan mereka.

“Siasatan dilakukan unit forensik turut menemui senapang milik mangsa yang dirampas oleh suspek, kira-kira 250 meter dari lokasi,” katanya pada sidang media di lokasi kejadian, hari ini.

Jelasnya, kejadian menyebabkan seorang petugas syarikat kawalan keselamatan itu cedera dikepala.

“Siasatan lanjut sedang dilakukan bagi mengesan dan mengenal pasti suspek,” katanya.

BACA: ‘Bila mangsa dah kemalangan, eh cepat je muncul!’, Wanita kongsi cerita jadi mangsa ‘longkai’ tuang minyak atas jalanraya