Terhimpit dengan nafsu berbelanja yang besar, doktor dicekup buat part time di rumah pelacuran
eorang pelajar perubatan dan dua gadis berusia 16 tahun antara enam pekerja seks yang ditemui polis
semasa serbuan di sebuah rumah pelacuran di Hong Kong, lapor portal berita South China Morning Post.
Polis menahan seorang wanita berusia 20 tahun yang dituduh menjadi ‘ibu ayam’ dan mengendalikan rumah pelacuran tujuh bilik di Jalan Kimberley, Tsim Sha Tsui ketika serbuan petang Khamis lalu.
Menurut sumber, pelajar berusia dalam lingkungan 20-an itu bekerja sebagai pelacur sambilan selama beberapa bulan untuk menjana wang tambahan. Perkhidmatan seks itu diiklankan menerusi sebuah kumpulan dalam aplikasi Telegram dengan gambar mereka turut dipaparkan.
“Gadis muda dan pelajar dijadikan sebagai bahan iklan oleh rumah pelacuran itu untuk menarik pelanggan.
“Siasatan mendapati setiap pelanggan dikenakan caj antara HK$1,500 (RM885) hingga HK$2,000 (RM1,180) untuk khidmat seks dan ibu ayam akan mengambil separuh wang itu,” katanya.
Pelanggan rumah pelacuran itu dipercayai terdiri daripada pegawai bank dan ejen insurans serta pramugari lelaki.
Polis yang menyamar sebagai pelanggan dikerah mengumpul bukti sebelum serbuan dilakukan kira-kira pukul 7 malam (waktu tempatan). Di dalam premis itu, polis menemui enam pekerja seks berusia 16 hingga 27 tahun dan menahan ibu ayam tersebut.
Enam wanita itu tidak ditangkap. Ia tidak menyalahi undang-undang bagi mereka yang berumur 15 tahun ke atas untuk bekerja sebagai pelacur.
Polis kini berusaha mengesan ketua kumpulan pelacuran di sebalik operasi rumah pelacuran itu serta beberapa suspek lain.
BACA: Basuh bertahun tak lusuh pun kertas ni, ini sebab kenapa label seluar jeans tahan lasak
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio