Rupanya ini fungsi sebenar 2 butang pada pam mangkuk tandas ramai tak tahu
Jangan Tekan Serentak, Ini Rupanya Fungsi Dua Butang Pam Pada Mangkuk Tandas
Seperti yang kita tahu, mangkuk tandas berfungsi untuk melepaskan ‘hajat’.
Rupanya ini fungsi sebenar 2 butang pada pam mangkuk tandas ramai tak tahu
Terdapat dua reka bentuk mangkuk tandas iaitu mangkuk tandas cangkung dan mangkuk tandas duduk.
Sesetengah orang lebih memilih mangkuk tandas duduk di dalam rumah kerana ia menjadikan tandas rumah lebih kemas dan cantik.
Bagaimanapun, perasan atau tidak sesetengah mangkuk tandas duduk ada dua butang pam iaitu satu besar dan satu kecil.
Mungkin ramai yang menekan kedua-dua butang itu atau hanya menekan salah satu sahaja. Justeru, timbul persoalan apakah fungsi bagi kedua-dua butang tersebut.
@jambanking_km Reply to @santadave29 fungsi jamban 2 button #jambanking #kongmee #tiktokguru #jombelajar #learnontiktok #jamban ♬ original sound Steve🚽👑 – JAMBAN KING
Oleh itu, Kali ini SK akan kongsikan fungsi sebenar butang pam tersebut. Mari ikuti perkongsian daripada pengguna akaun Tiktok @JambanKing _km untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Jangan Tekan Dua-Dua Pam Tandas Serentak
Menurut perkongsian di dalam video tersebut, kedua-dua butang pada tangki simbah mangkuk jamban ni berbeza fungsinya.
“Butang pam yang kecil, tangki simbah akan keluarkan tiga liter air ke dalam mangkuk jamban, manakala butang yang lebih besar pula akan keluarkan enam liter air.
“Jadi, sekiranya kamu membuang air besar, disarankan untuk tekan butang besar. Kalau buang air kecil pula, tekan butang kecil dah memadai.
“Kalau kamu tekan kedua-dua butang itu secara serentak ia tidak akan mengeluarkan sembilan liter air,” katanya.
Namun, ada juga antara kita yang menekan ke dua-dua butang tersebut, Betul kan?
Sebenarnya ia mungkin akan menyebabkan berlakunya pembaziran dan butang lebih cepat rosak.
Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 599 ribu tontonan dan lebih 30 ribu tanda suka.
Menjengah ke ruangan komen, ramai rupanya yang belum tahu mengenai fungsi sebenar kedua-dua butang tersebut.
BACA:Patutlah rasa macam ‘crispy’ je, rupanya ada telur ulat disebalik kurma gred premium
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio