Patutlah Azmin sibuk nak jadi Menteri Besar Selangor sangat, rupanya ini jumlah gaji adun mengikut negeri
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau, Datuk Seri Mohamad Hassan bersetuju memberi semua gaji dan elaunnya selama enam bulan kepada Pusat Khidmat DUN Rantau.
Tujuan beliau berbuat demikian adalah untuk membantu masyarakat di kawasan itu yang terkesan akibat sekatan pergerakan penuh fasa pertama susulan penularan Covid-19.
Tindakan Timbalan Presiden UMNO itu mendapat pujian ramai kerana sanggup berkorban demi kelangsungan hidup golongan yang terjejas, terutamanya B40.
Ekoran itu, terdapat segelintir rakyat yang berharap lebih ramai wakil rakyat mengikut jejak langkah bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.
Sekiranya ramai yang berbuat demikian, sudah tentu mereka yang terjejas akibat Covid-19 dapat dibantu dan diringankan bebannya sepanjang sekatan pergerakan penuh selama 14 hari yang bermula pada 1 Jun lepas.
Kesudian Mohamad menyerahkan pendapatan bulanannya untuk membantu rakyat itu bagaimanapun telah menimbulkan satu persoalan, berapa agaknya gaji bulanan beliau dan wakil rakyat lain?
Berdasarkan analisis kandungan laporan akhbar tempatan, gaji wakil rakyat bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) direkodkan antara RM6,000 hingga RM15,000 sebulan.
Sarawak mencatatkan gaji bulanan tertinggi iaitu RM15,000, diikuti Selangor dan Pulau Pinang, masing-masing RM11,500 serta Kedah, Terengganu dan Pahang, masing-masing RM11,000.