Tular gambar murid darjah 1 duduk pandang dinding, rupanya rindukan mak ayah di kampung undang sebak netizen

Oleh FAHMI ABBAS

Tular gambar murid darjah 1 duduk pandang dinding, rupanya rindukan mak ayah di kampung undang sebak netizen

Anak tahun satu itu dilihat tertunduk menghadap dinding seorang diri.

Meskipun semalam datang elok sahaja duduk asrama, tetapi mulai tengahari, dia dah mula merajuk menangis dipercayai dah mula rindukan kampung dan mak ayah.

Tular gambar murid darjah 1 duduk pandang dinding, rupanya rindukan mak ayah di kampung undang sebak netizen

Tular perkongsian seorang cikgu di sebuah sekolah di Cameron Highland yang berkongsikan gambar anak muridnya yang dipercayai sedang bersedih kerana rindukan ibu bapanya.

Cikgu-cikgu dan rakan-rakan akan bantu murid ini agar dia jadi biasa dan seronok belajar dan berkawan dengan rakan-rakan baru.

Murid ini datang dari kawasan pedalaman dan ini adalah pertama kali dia menjejakkan kaki ke sekolah dan tidak pernah pergi kelas pra. Oleh itu, memang agak mengambil masa untuk dia sesuaikan diri dengan suasana dan murid-murid lain.

Di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat anak murid ini agar terus kuat dan tabah. Mereka juga menasihatkannya agar belajar rajin-rajin dan ikut kata-kata cikgu, berkawan dan berbuat baik dengan rakan-rakan.

Insya-Allah, dia akan baik-baik sahaja. Maklumlah tak pernah berjauhan daripada keluarga. Tak pernah juga ke kelas pra. Sekolah adalah sesuatu yang baru buat dia. Memang akan ambil masa untuk sesuaikan diri. Cikgu-cikgu dan kawan-kawan akan bantu Jasniman. Terima kasih semua.

Usah dipertikaikan kenapa ada sesetengah ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka masuk asrama di usia yang kecil, kerana mereka pastinya ada sebab tersendiri seperti tiada pengangkutan, kekangan kewangan dan kemungkinan itu adalah jalan terbaik untuk anak mereka.

BACA: Sebenarnya Malaysia sepatutnya merdeka pada tahun 1945 tapi hanya kerana kesilapan ini kita baru merdeka lepas 12 tahun