Jangan biasakan bagi suami guna duit isteri lebih 50%, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Oleh SURIANI HAMDAN

Jangan biasakan bagi suami guna duit isteri lebih 50%, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Jangan Biasakan Suami ‘Pakai’ Duit Isteri Lebih 50%, Jauhi Azab ‘Muflis’ Di Akhirat

Itulah salah satu sebab isteri bekerja untuk bantu suami dan mungkin juga isteri bekerja untuk hilangkan kebosanan atau atas izin suami.

Jangan biasakan bagi suami guna duit isteri lebih 50%, ini penjelasan Ustaz Azhar Idrus

Namun, jangan pula suami izinkan hanya kerana niat suami pakai duit isteri untuk perbelanjaan keluarga.

Apabila isteri bekerja, tak lain tak bukan adalah untuk membantu suami dalam apa yang kurang dan tak mampu oleh suami. Bukannya biasakan suami pakai duit isteri dan mengambil kesempatan atas bantuannya.

Isteri bantu untuk top up keperluan keluarga untuk bantu suami yang kurang mampu. Tapi bukannya suami pakai duit isteri untuk mengambil kesempatan dan harapkan isteri selesaikan segala perbelanjaan rumah.

Ingat, walaupun isteri bekerja, duit gaji isteri tetap hak dia. Jangan suami mula anggap tak perlu beri nafkah pada isteri sebab sudah ada duit sendiri. Jangan salah faham.

Salah satu perkongsian yang oleh Dr Azila Mohd kasim yang memetik dari kata-kata Ustaz Azhar Idrus adalah dengan guna isteri tidak melebihi 50% duit isteri keluarkan. Apapun, suami kena jaga 7 perkara yang dikongsikan ini. Moga ia bermanfaat untuk suami dan penjelasan buat isteri yang sanggup bersusah payaha demi suami dan keluarga.

Suami Pakai Duit Isteri, Jangan Ambil Kesempatan

Duit gaji isteri adalah hak isteri.

Ia tidak membatalkan syarat wajib nafkah dari suami.

Ingatkan kerana sayang, kita tak mahu dia muflis di akhirat.

Jangan biasakan suami pakai duit kita. Kalau dia lupa bagi duit, ingatkan. Nanti dia kena jawab tentang tanggungjawab dia di sana.

Benda yang patutnya pakai duit suami, jangan pakai duit kita sendiri. Kecuali memang sudah saling sepakat mahu membantu contoh bayar ansuran insurance. Itu pun jika isteri nak bantu.

Kalau pendapatan seorang tu tak mampu untuk sara keluarga dan nak isteri tolong “topup” kan mana yang terkurang, maka jagalah perkara ni:

1. Jangan Terus Suruh Isteri Bayar Apa Yang Kita Tak Mampu Bayar

Duduk berbincang, senaraikan komitmen bulanan. Jujur dengan pendapatan, berapa yang kita dapat tanpa ada extra income atau dengan extra income, lepas tu tunjuk berapa baki setelah pendapatan ditolak dengan komitmen serta ansuran bulanan.
Kalau negatif, negatif lah. Kita nak isteri tengok unjuran kewangan keluarga kita jika hanya kita seorang saja yang cover bayar semua walaupun isteri ada pendapatan.

2. Bantuan Isteri Tak Boleh Lebih 50%

Bila isteri nak bantu, maka jangan minta isteri bantu lebih dari 50%, meaning that isteri tu pula kena keluarkan duit lebih dari kita, kita pulak yang kurang keluarkan duit.
Maka itu bukanlah namanya kita menggunakan bantuan isteri, tapi kita mengalihkan atau memindahkan bebanan kita, tanggungan kita kepada isteri. Bantuan isteri tu hanya untuk topup mana yang tak cukup, bukan ambik alih atau tanggung semua.

3. Mintak Izin Dan Redha Isteri Kalau Nak Dia Bantu

Bila kita ada plan kewangan, kita buat bajet dan isteri pun nampak semua perancangan tu, insya Allah, dia akan bantu, cumanya kita sebagai suami kena mintak izin dan redha isteri untuk dia bagi bantuan tersebut. Dia kena redha dan rela hati untuk bantu, jangan paksa, atau suruh, minta elok-elok.

4. Ambik Semula Tanggungan Apabila Mampu

Bila pendapatan kita sebagai suami dah ada lebihan, macam ada OT ke, bonus ke, extra income ke, maka ambil semula apa yang dibayar isteri, kita bayar guna pendapatan kita.
Jangan biarkan isteri terus bantu di kala kita dah mampu untuk bayar sendiri.

5. Jangan Tambah Komitmen Tanpa Pengetahuan Isteri

Kalau rasa lapang bila dibantu, kalau rasa ada duit lebih bila dibantu, maka jangan sewenang-wenangnya menambah komitmen dan ansuran bulanan tanpa pengetahuan isteri. Jangan upgrade lifestyle, elak tambah hutang, jangan bermewahan sebab kita tu “nothing” tanpa dibantu isteri dan jika isteri tarik balik bantuan, maka kita takkan ada duit lebih atau rasa lapang. Kekalkan atau habiskan komitmen yang ada.
.
6. Hargai Bantuan Yang Di Hulurkan Isteri

Hargai isteri, sesekali tu bawa la dia makan di luar, bagi dia kejutan, kumpul duit dan bawa dia berjalan. Tambah kasih sayang dan cinta terhadap isteri sebagai salah satu cara kita berterima kasih kepada dia kerana sanggup bantu kita, keluar duit untuk kita asbab kita kurang berupaya dan berkemampuan untuk tanggung dan bayar semua.

7. Bersyukur Bila Dibantu, Jangan Buat Perangai

diri tu sangat penting. Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Jika dibantu, buat cara dibantu.

Tak payah nak buat perangai atau curang bagai. Jangan berat tulang, elak buat perkara yang boleh menyakiti hati pasangan. Pasangan bantu kita dan kita bantu dia balik dalam cara yang kita boleh seperti mengurangkan bebanan kerja rumah dia, beneficial for each other.Isteri bantu pun kira bersyukur sangat. jangan pula ambil peluang. Nafkah tetap nafkah ye!

Semoga bermanfaat, Share kepada yang lain juga yaa tq…

BACA:

‘No komen’, Muhyiddin enggan ulas menantu jadi ‘wanted list’ interpol, elak jadi modal kempen PH?