Rahsia lelaki ini terbongkar, tergamak kurung isteri dalam rumah selama 12 tahun

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Rahsia lelaki ini terbongkar, tergamak kurung isteri dalam rumah selama 12 tahun

SEORANG wanita akhirnya diselamatkan selepas dia didakwa dikurung suaminya selama 12 tahun.

Wanita itu ditemui di bilik tidur flatnya di bandar Forbach, Perancis pada Isnin.

Rahsia lelaki ini terbongkar, tergamak kurung isteri dalam rumah selama 12 tahun

Mangsa berusia 53 tahun, Alicia mendakwa suaminya menculik dan mengurungnya di rumahnya sendiri sejak 2011.

Alicia hanya berjaya keluar dari ‘neraka’ itu selepas memperoleh telefon bimbit dan menghubungi polis pada Ahad, lapor akhbar Jerman, Bild.

Polis bersama pihak berkuasa di Perancis kemudian melancarkan misi menyelamat.

Ketika menyerbu kediaman di sebuah flat, seorang wanita separuh bogel dengan kepala dicukur ditemukan di bilik tidur.

Penyiasat berkata, mangsa kurang zat dan mengalami banyak kecederaan.

Suspek pada mulanya menafikan perkara itu dan mendakwa isterinya menghidap penyakit kanser dan mahu menjaganya.

Bagaimanapun, suami mangsa ditahan pada Isnin kerana disyaki melakukan penculikan dan penyeksaan.

Dilaporkan, seorang jiran pernah menghubungi polis pada 2019 selepas mendengar jeritan seorang wanita.

Namun apabila seorang anggota ke rumah mangsa untuk menyiasat, suspek dilaporkan berkata semuanya dalam keadaan baik

BACA: Ini cara mudah betulkan pintu sliding rumah selalu tersekat sampai susah tarik