Rupanya ini beza diesel hos hitam dan hos biru yang ramai tak tahu

Oleh SURIANI HAMDAN

Rupanya ini beza diesel hos hitam dan hos biru yang ramai tak tahu

Jika singgah di mana-mana setesen minyak, tentu anda perasan bahawa terdapat pelbagai pilihan minyak ditawarkan.

Sekurang-kurangnya, kita tahu ada dua jenis minyak petrol yang utama iaitu minyak petrol RON 95 dan 97.

Rupanya ini beza diesel hos hitam dan hos biru yang ramai tak tahu

Malah, ada sesetengah stesen menawarkan minyak petrol jenis RON 100 untuk kegunaan kereta super. Perbezaan bagi jenis minyak petrol ini adalah perbeezaan kandungan oktan dalam kandungan minyak petrol.

Perbezaan ini mempengaruhi kualiti melawan sifat “knocking” (anti-knock quality), yang mengurangkan kadar letupan tidak terkawal yang berlaku di dalam kebuk pembakaran.

Ia menjadi pembakaran bahan api menjadi lebih sempurna atau efisen.

Namun, bagaimana pula dengan diesel? Biasanya, apa yang kita faham, minyak diesel ditawar dan dikenali menerusi hos berwarna hitam. Jadi, ada yang berpendapat, tidak ada banyak pilihan bagi pengguna kenderaan berenjin diesel ketika mengisi minyak, kan?

Sebenarnya, ada sesetengah stesen minyak menyediakan sekurang-kurangnya dua pilihan minyak diesel. Satu, menerusi hos berwarna hitam dan satu lagi dilabel dengan hos berwarna biru.

Beza diesel hos biru dengan hos hitam

Persoalannya, apa perbezaan kedua-dua diesel yang ditawarkan menerusi hos yang berlainan warna ini?

Mujurlah kita ada Pak Haji Petronas yang meluangkan sedikit masa berkongsi info menarik berkenaan minyak diesel ini menerusi akaun Tiktoknya.

Dalam video yang berdurasi seminit 27 saat, Pak Haji (@petronaspulaiperdana) berkongsi secara ringkas namun menjawab semua persoalan warga maya.

Menurut Pak Haji, minyak diesel yang dijual menerusi hos biru adalah minyak diesel jenis Euro 5 B7, manakala dalam hos hitam pula adalah jenis Diesel Euro 5 B10.

minyak diesel hos biru hitam Kredit: TikTok
Jadi, jika dilihat pada namanya, kedua-duanya memiliki perbezaan pada nilai B.

@petronaspulaiperdana Apa beza Diesel warna biru dan warna hitam di Stesen Petronas #dieseleuro5 #petronas #pakhajipetronas #pakhaji #petronaspulaiperdana ♬ original sound – Pak Haji Petronas

Apa pula maksud B pada Diesel?
B pada nama minyak diesel merujuk kepada kandungan biodiesel yang terdapat pada bahan api terbabit. Biodiesel difahamkan adalah minyak diesel yang dihasilkan daripada sumber tumbuhan, seperti kelapa sawit.

Bagi hos biru (B7), kandungan biodieselnya adalah sebanyak tujuh peratus, manakala pam hitam (B10) pula mengandungi 10 peratus biodiesel.

Bagaimana pula dengan kualiti mana satu lagi ‘power’?

Menurut Pak Haji, kedua-dua memberikan pengalaman yang serupa dan tidak mendatangkan perubahan yang signifikan ketika memandu.

Hal ini disebabkan, kedua-dua diesel datang dari jenis yang sama, iaitu Euro 5 Standard. Walau bagaimanapun, perbezaannya mungkin terdapat dari segi harga.

Minyak diesel dari pam hitam telah disubsidi dan harganya dikawal oleh kerajaan manakala, minyak diesel dari pam biru tidak memiliki sebarang subsidi.

Oleh itu, harga minyak diesel dari pam biru sentiasa berubah-ubah, mengikut harga pasaran semasa. Kesimpulannya, pemilihan jenis diesel ini tidak mempengaruhi pengalaman ketika memandu, tetapi mempengaruhi bajet anda.

BACA: 7 tahun hidup bahagia, isteri tiba-tiba minta suami kahwin dengan BFF, rupanya ada hubungan songsang