Sebenarnya boleh ke orang islam makan di restoran ada label ‘no pork’?

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Sebenarnya boleh ke orang islam makan di restoran ada label ‘no pork’?

Bila melancong ke luar negara atau bercuti di dalam negara kita sendiri,.

kadang-kala antara cabaran yang dihadapi sebagai pelancong beragama Islam adalah untuk mendapatkan makanan atau restoran Halal.

Sebenarnya boleh ke orang islam makan di restoran ada label 'no pork'?

Jika didapati kedai makan itu tiada status atau paparan sijil Halal, kebiasaannya kita mencari pula kedai yang berstatus ‘pork free’ sahaja.

Tetapi apakah sebenarnya hukum makan di kedai berstatus pork free atau bebas khinzir ini?

Sebenarnya, tindakan pengusaha makanan terutama dalam kalangan bukan Islam yang memaparkan logo pork free (bebas khinzir) hanya semata-mata mahu menarik pelanggan khususnya umat Islam.

Tujuannya supaya mereka menikmati makanan dan minuman yang dijual. Untuk pengetahuan semua, halal dan no pork (tiada khinzir) atau pork free, ia dua perkara yang berbeza.

Cuba kita fikir, adakah terma halal dan no pork itu adalah sama dari segi maksudnya?

Jawapannya, sudah tentu tidak. Halal adalah satu bentuk pematuhan mengikut ketetapan dan hukum-hukum yang ditetapkan oleh syarak. Manakala, no pork pula hanya satu bentuk makluman bahawa kedai berkenaan tidak menjual makanan berasaskan daging khinzir. Itu sahaja.

Tidak semestinya kedai atau premis makanan yang memaparkan logo no pork itu boleh kita anggap sebagai menjual makanan halal.

Status halalnya perlu kita ragui. Dalam hal ini, kita harus bertanya pada diri sendiri sebelum masuk ke kedai-kedai sebegini. Antaranya bagaimana cara penyediaan makanan, bahan-bahan yang digunakan, penyimpanan bahan-bahan basah dan mentah, tempat memasak, tahap kebersihan dan segala perkara berkaitan.

Ini berkait rapat dengan soal halal dan haram serta syubhah (ragu-ragu). Halal itu jelas, haram juga jelas tetapi syubhah adalah antara kedua-duanya.

Dalam hal syubhah, Rasulullah SAW menuntut setiap umatnya meninggalkan perkara tersebut kerana kecenderungannya kepada hukum haram. ALLAH SWT berfirman: “Wahai sekalian manusia, makan daripada apa yang ada di bumi yang halal lagi baik…” (Surah al-Baqarah: 168).

Islam bukan setakat soal halal sahaja terutama berkaitan makanan tetapi turut membabitkan sama ada makanan itu baik atau tidak.

(Sumber: Portal Rasmi Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang)

Sementara itu — Ini pula adalah perkongsian di Facebook oleh seorang chef restoran terkemuka area Selangor dan KL.

Ikuti luahan dan pengalaman beliau tentang majikan non-muslim yang meremehkan isu halal ini.

BACA: Gaun Jasmin Suraya undang perhatian ramai, sekali lain pula netizen perhati