Individu yang cipta bom nuklear, ini kisah sebenar disebalik filem ‘oppenheimer’

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Individu yang cipta bom nuklear, ini kisah sebenar disebalik filem ‘oppenheimer’

Macam yang ramai tahu, filem “Oppenheimer” arahan Christopher Nolan sedang ditayangkan di pawagam

Dan boleh dikatakan panggung wayang dekat Malaysia pun sentiasa penuh dengan orang yang tengok cerita ni.

Individu yang cipta bom nuklear, ini kisah sebenar disebalik filem 'oppenheimer'

Filem biopik berdurasi tiga jam sembilan saat ini menceritakan tentang J. Robert Oppenheimer (dilakonkan oleh Cillian Murphy), ahli fizik yang popular dengan gelaran “bapa bom atom”.

Ciptaannya ini telah mengubah sejarah dunia selepas ia digunakan untuk mengebom Hiroshima dan Nagasaki, Jepun ketika Perang Dunia Kedua yang meragut sebanyak kira-kira 226,000 nyawa.

Saintis genius ini dihantui dengan ciptaannya sendiri apabila dia telah mengucapkan satu ayat dari kitab Hindu, Bhagavad Gita di dalam dokumentari NBC pada tahun 1965:

Sekarang saya adalah kematian, pemusnah dunia.”

Dekat bawah ni korang boleh baca tentang kehidupan sebenar Oppenheimer dibandingkan dengan apa yang korang dah tonton dalam filem.

Siapa Oppenheimer sebenar?

J. Robert Oppenheimer At The Guest Lodge Oak Ridge In 1946 4

Dilahirkan di New York pada 1904, J. Robert Oppenheimer telah mengambil jurusan Kimia di Harvard sebelum menyambung pelajarannya di Cambridge. Lelaki kurus, tinggi dan merupakan seorang perokok yang tegar ini dikatakan telah mengalami kemurungan pada beberapa fasa kehidupannya.

Di Cambridge, masa depannya hampir musnah apabila dia sengaja meninggalkan epal yang telah diracunkan dengan bahan kimia di makmal di atas meja pensyarahnya. Pensyarahnya ini tak makan epal tersebut namun dia hampir dibuang sebelum disuruh untuk berjumpa dengan pakar psikiatri.

Walaupun mempunyai kehidupan peribadi yang bermasalah, Oppenheimer telah bekerja dengan ahli fizik terkenal dunia seperti Max Born, Albert Einstein dan Bertrand Russel. Dia telah dikenali sebagai antara ahli fizik teori terbaik pada tahun 1920-an dan 30-an.

Projek Manhattan

Presiden Franklin D. Roosevelt telah memilih Oppenheimer untuk mengetuai makmal rahsia “Projek Manhattan” di Los Alamos, New Mexico ketika Perang Dunia Kedua. Pada 16 Julai 1945 bersama sekumpulan saintis berjaya, Oppenheimer telah melancarkan ujian bom atom pertama di dunia di sebuah padang pasir di Jornada del Muerto.

Ujian letupan yang dipanggil “Trinity” ini merupakan letupan terbesar yang pernah dilihat dengan daya setanding 21 kiloton TNT sekaligus mencipta gelombang kejutan yang boleh dirasai sejauh 100 batu. Bukan itu sahaja, cahaya yang dihasilkan dari ujian letupan ini juga dikatakan lebih terang dari seribu matahari sehinggakan seorang budak perempuan yang buta sejak lahir dapat melihat cahaya tersebut.

Namun begitu, kehidupan Oppenheimer selepas projek tersebut telah dihantui dengan rasa bersalah kerana membuat bom atom tersebut sehinggakan dia menubuhkan Akademi Seni dan Sains Dunia kerana risau dengan potensi bahaya ciptaan saintifik kepada manusia.

Rasa bersalah yang dirasai oleh Oppenheimer ini dilihat rumit kerana dia pernah mengatakan bahawa dia rasa tidak bertanggungjawab atas bom atom yang dijatuhkan di Hiroshima dan Nagasaki pada 1940 kerana beban ini perlu ditanggung oleh kerajaan dan bukannya saintis.

Kehidupan peribadi Oppenheimer

Pada 1936, Oppenheimer telah menjalinkan hubungan dengan Jean Tatlock, anak kepada profesor sastera di Universiti Berkeley. Mereka kemudiannya berpisah selepas tiga tahun dan pada Ogos 1939, dia telah bertemu dengan Katherin ‘Kitty’ Puening, seorang pelajar radikal di Berkeley dan bekas ahli Parti Komunis.

Seperti yang ditunjukkan di dalam filem, ketika Oppenheimer telah menjalinkan hubungan sulit dengan Kitty yang ketika itu merupakan isteri orang sebelum dia bercerai selepas mengandungkan anak Oppenheimer dan pasangan ini berkahwin pada 1940 dan dikurniakan dengan dua cahaya mata.

Ketika perkahwinannya ini, Oppenheimer sempat menjalinkan hubungan semula dengan Jean Tatlock sebelum wanita ini membunuh diri pada tahun 1944. Walaupun tahu tentang kecurangan suaminya, Kitty tetap bersama dengannya sehingga ke akhir hayat lelaki itu.

Apa yang berlaku pada Oppenheimer

Kehidupan Oppenheimer berubah secara mendadak apabila dia dituduh sebagai seorang yang menyokong Parti Komunis ekoran pandangan politiknya dan hubungan peribadinya.

Oppenheimer telah bercakap secara terbuka tentang bahaya peperangan nuklear sehingga membuatkan ramai ahli politik yang marah. Pada tahun 1954, beliau telah dibawa untuk dibicarakan di hadapan Suruhanjaya Tenaga Atom (AEC) dan kebenaran keselamatannya telah ditarik balik.

Kesan dari perbicaraan ini, reputasi Oppenheimer telah tergugat dan turut memberi kesan yang mendalam terhadap kehidupan saintis ini. Malah, seorang rakan baiknya yang juga ahli fizik, Isidor Isaac Rabi mengatakan:

Oppenheimer merupakan seorang yang aman dan mereka telah musnahkan dia. Dia seorang saintis dan mereka telah musnahkan lelaki ini.”

Oppenheimer meninggal dunia akibat kanser tekak kerana merokok di usia 62 tahun pada 18 Februari 1967 di New Jersey.