Gas banyak lagi tapi dapur tiada api? Buat je benda ini pasti jadi
Bagi sesiapa yang menggunakan dapur gas di rumahnya, mungkin anda pernah mengalami masalah ini.
Bayangkan anda hendak menyalakan api pada dapur gas, tetapi api masih tidak dapat dinyalakan.
Anda sudahpun memeriksa sambungan elektrik dan soket yang digunakan langsung tidak mengalami sebarang masalah.
Ini dapat melihat melalui penghasilan percikan api ketika menghidupkan dapur gas.
Namun percikan api berkenaan masih tidak dapat menyalakan api yang hendak digunakan untuk tujuan memasak.
Adakah faktor paras gas di dalam tong gas yang menyebabkan api masakan gagal dinyalakan? Akan tetapi, kita mungkin baru sahaja menukar tong gas dalam masa terdekat.
Jadi masalah ini tidak mungkin berpunca daripada paras gas asli yang tidak mencukupi dan tongnya.
Apabila pengguna dapur gas mengalami situasi di atas, mereka cenderung untuk mati akal dan bertindak sama ada untuk membuka bahagian dalaman ataupun mengganti set dapur gas kepada yang baharu.
@hanifadnan85 Gas banyak lagi tapi dapur tak keluar api ? Korang ada masalah macam ni jugak ker ? Mudah je cara nak selesaikannya ! #dapur #tips #trick ♬ original sound – Hanif Adnan
Namun sebelum bertindak sedemikian, tahukah anda ada cara untuk menghidupkan api pada dapur gas, walaupun gagal dihidupkan berkali-kali.
Seorang pengguna TikTok telah berkongsi tips untuk memastikan anda tidak bertindak melulu dalam kes-kes sebegini.
Boleh jadi, masalah yang dihadapi tidaklah begitu rumit, tetapi disebabkan panik, kita cenderung untuk bertindak di luar kawalan pemikiran kita.
Berdasarkan hantaran TikTok milik pengguna Hanif Adnan (@hanifadnan85), lelaki tersebut menunjukkan sedikit helah bagi menyelesaikan masalah ini.
Dalam hantaran video yang berdurasi 48 saat tersebut, Hanif memberitahu pengikutnya apa yang perlu dilakukan jika dapur gas tidak dapat dinyalakan.
Menariknya, caranya sangat mudah iaitu mengurangkan kadar pelepasan gas pada tong gas. Ini dapat dilaraskan menerusi bahagian kepala gas dapur.
dapur gas tidak berfungsiKredit: TikTok
Selepas berbuat demikian, dapur gas yang asalnya tidak dapat berfungsi dengan baik dapat menyalakan api yang boleh digunakan untuk tujuan masakan.
Kata Hanif, jika kadar gas dilepaskan terlalu laju, maka api menjadi sukar untuk dinyalakan disebabkan tekanan yang terlalu tinggi.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio