Misteri lelaki hilang 2 hari tak balik rumah, rupa-rupanya ini yang terjadi

Oleh SURIANI HAMDAN

Misteri lelaki hilang 2 hari tak balik rumah, rupa-rupanya ini yang terjadi

MISTERI kehilangan seorang lelaki yang hilang akhirnya terungkai .

selepas mayatnya ditemui di dalam sebuah kereta di bahu kiri jalan di Kilometer (KM) 16 Jalan Bandar Penawar-Punggai, Kota Tinggi, Johor pada Sabtu.

Misteri lelaki hilang 2 hari tak balik rumah, rupa-rupanya ini yang terjadi

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, mayat lelaki berusia 42 tahun itu ditemui di kawasan semak berdekatan bahu jalan kira-kira pukul 8.30 pagi Sabtu.

“Polis menerima makluman daripada orang awam mengenai penemuan sebuah kereta yang terbabas di lokasi kejadian.

“Kemalangan yang membabitkan sebuah Proton Waja itu membawa kepada penemuan mayat mangsa di tempat kejadian. Pemandu kereta berusia 42 tahun itu dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bandar Penawar menghala ke Punggai.

Mangsa dipercayai mengantuk lalu hilang kawalan dan terbabas masuk ke kawasan semak di bahu kiri jalan, kira-kira 40 meter ke dalam, apabila sampai di lokasi berselekoh berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Hussin berkata, hasil soal siasat bersama waris menyatakan mangsa dua hari tidak pulang ke rumah dan waris serta beberapa orang awam keluar mencari mangsa dalam tempoh tersebut.

“Tiada unsur- unsur jenayah ditemui dalam siasatan kes, dan mangsa terbabas sendiri semasa memandu kenderaan.

Namun siasatan lanjut masih dijalankan bagi memastikan punca sebenar kejadian.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Orang ramai dinasihatkan lebih peka dan mematuhi peraturan lalu lintas bagi memastikan keselamatan bersama,” katanya

BACA: Hanya kerana tangga, tak pasal lelaki ini jadi buruan Polis, rupanya ini sebenarnya yang dia buat