Rupanya asap warna yang keluar dari jet rupanya bukan asap enjin, ini fungsi asap warna ada pada jet ramai tak tahu
Persembahan aerobik pesawat tempur sudah semestinya memukau mata penontonnya.
Selain daripada pergerakan formasi pesawat yang mantap, kita juga sering ternantikan ‘asap berwarna’ di belakang pesawat dan membentuk corak yang menarik di udara.
Sekejap, ‘asap berwarna’ itu apa sebenarnya? Adakah ia sama seperti jejak wap (contrails) yang ditinggalkan oleh kapal terbang ketika enjin panas melalui ruang udara yang sejuk dan lembab?
BACA: (Video) Kenapa Kadang-Kadang Kapal Terbang Ada ‘Keluarkan Asap’ Di Langit
Ataupun, adakah ia sama seperti asap atau bahan yang dikeluarkan ketika proses pembenihan awan? Cuma kali ini warna di agak berlainan?
asap berwarna pembenihan awan minyak asap aerobatikKegiatan pembenihan awan | Kredit: Bernama
Jawapannya salah, ‘asap berwarna’ yang bersifat misteri itu bukanlah datang dari fenomena jejak wap mahupun pembenihan awan.
Asap warna-warni ada tujuannya
Sebaliknya, asap berwarna ketika pertunjukan udara itu dihasilkan melalui sejenis bahan yang dikenali sebagai minyak asap aerobatik (aerobatics smoke oil).
Minyak ini digunakan bagi membantu penonton untuk melihat gerakan pesawat, di samping menambah kemeriahan dalam persembahan tersebut.
Akan tetapi, tahukah anda bahawa minyak ini turut memiliki beberapa peranan lain dalam pertunjukan udara?
Minyak asap aerobatik ini digunakan untuk menghasilkan kepulan asap berdasarkan jejak yang ditinggalkan oleh pesawat. Jejak ini akan membantu juruterbang lain dalam menentukan laluan mereka semasa pertunjukan udara.
Paling penting, minyak asap aerobatik membolehkan juruterbang mengenalpasti kedudukan relatif mereka ketika berada dalam formasi.
Ini amatlah penting untuk operasi berkumpulan bagi memastikan semua pesawat berada dalam laluan yang betul dan mengelakkan pertembungan antara pesawat-pesawat berkenaan sehingga mampu mencetuskan kemalangan.
Apa jenis minyak asap aerobatik yang digunakan buat masa sekarang?
Dahulu, minyak diesel telah digunakan dalam sistem pesawat. Walau bagaimanapun, bahan ini akhirnya didapati memberi kesan buruk kepada pesawat.
Kini, minyak asap aerobatik moden merupakan bahan yang biodegradasi dan tidak bertoksik. Secara idealistiknya, minyak merupakan cecair yang kurang likat dan mengalir dengan cepat dalam satu garisan yang licin.
Ini dapat mengekalkan warna asap mengikut warna minyak yang digunakan dan dapat menghilangkan kesan gelap pada sistem perasapan pesawat.
Walau bagaimanapun, disebabkan sifatnya yang mengoksida secara separa, kakitangan daratan dan juruterbang perlu mengendalikan bahan ini secara berhati-hari.
Asap berwarna ini biasanya diformulasi untuk meruap secara sepenuhnya di udara. Maka, minyak mineral yang digunakan sebagai kandungan asas tidak akan mengandungi sebarang aditif selain daripada sebatian yang selamat digunakan untuk menghasilkan warna-warna tertentu.
Selain itu, para pengeluar pesawat turut menyarankan agar juruterbang dan kru hanya menggunakan minyak yang diiktiraf dalam sistem tersebut. Saranan ini adalah untuk mengekalkan sistem yang berfungsi untuk mengeluarkan asap dari pesawat secara konsisten.
BACA: Usia bukan penghalang, Ini kisah pakar bedah paling tua dalam dunia berusia 93 tahun