Usia bukan penghalang, Ini kisah pakar bedah paling tua dalam dunia berusia 93 tahun

Oleh MHDAILY

Usia bukan penghalang, Ini kisah pakar bedah paling tua dalam dunia berusia 93 tahun

Sebuah akhbar tempatan di Rusia telah berkongsi kisah pakar bedah paling tua di Rusia. .

Alla Ilyinichna Levushkina, 93, mungkin juga pakar bedah paling tua di dunia.

Dia masih menjalankan 100 pembedahan setahun, tanpa sebarang kegagalan. Setiap hari bermula pada jam 8 pagi dia akan menerima pesakit di klinik. Selepas jam 11 pagi, Alla akan ke hospital untuk melakukan pembedahan.

Alla yang tinggal di sebuah studio apartmen mempunyai lapan ekor kucing sebagai haiwan peliharaan. Apabila dia tidak bekerja, dia akan menjaga anak saudaranya yang kurang upaya.

Alla dianugerahkan dengan Anugerah “Vocation” kerana kesetiaannya terhadap kerjayanya.

“Doktor bukan sahaja satu kerjaya, tetapi satu cara hidup. Apa guna seorang pakar bedah dalam kehidupan, jika bukan untuk berbakti kepada masyarakat?” katanya.

BACA: Rupanya ramai tak tahu kedaulatan negara pernah hampir diragut hanya kerana pergaduhan di pulau ini, ini kisahnya