Risau diintip dalam bilik hotel atau tandas awam? Ini cara mudah detect hidden camera yang ramai nak tahu
Jikalau menginap di hotel mahupun mengunjungi tandas awam,
Pastinya wujud rasa risau dalam hati terutamanya kaum wanita kerana takut ‘diintip’ oleh orang yang tidak bertanggungjawab.
Sering kita dengar kamera tertutup ataupun CCTV dipasang di ruang tersembunyi dan tidak dapat dikesan oleh orang awam.
Dalam satu perkongsian individu ini di Twitter, anda sebenarnya boleh mengesan CCTV yang disembunyikan tidak kiralah di dalam tandas atau hotel mahupun rumah tumpangan.
Cara-caranya:
1. Guna ‘flash light’ yang ada pada telefon bimbit
Guna lampu suluh ini di tempat-tempat yang mempunyai lubang atau ceruk-ceruk ruang sempit dan jika wujud refleksi dekat tempat yang disuluh, kemungkinan besar ada kamera dipasang di tempat itu.
Dan jika ada, jangan teragak-agak untuk membuat laporan pada pihak bertanggungjawab.
Saya share beberapa tips untuk detect hidden camera , yg saya cari di Google that I hope will help especially women , tidak kiralah di toilet or hotel rooms or everywhere yang kamu tinggal sementara means bukan rumah yg kamu kenal or tau selok belok dia : https://t.co/8p2kzbmxmw
— 𝙣𝙞𝙘𝙤 (@nicswho) May 17, 2022
2. Guna kamera hadapan pada telefon bimbit tanpa buka ‘flash’
Halakan kamera hadapan pada tempat-tempat yang dirasakan berkemungkinan ada CCTV dan jika ada seperti ‘dot’ melalui skrin kamera maknanya ada ‘sesuatu’ yang sedang merakam anda.
3. Periksa WiFI di telefon bimbi
Biasanya CCTV akan menggunakan sistem wifi untuk menghantar video atau merakam aksi secara langsung. Cuba periksa wifi yang mendatangkan kecurigaan kepada anda.
4. Periksa lubang atau tempat yang mempunyai skrw
Kalau skru longgar tu cuba tarik tengok mana tahu ada CCTV. Selain tu, barang-barang yang boleh diubah seperti tempat flush, jam, baldi, penyapu dan lain-lain juga kena ‘check’ okay!
BACA: