“Anak selalu tanya pasal kau, ternyata kau enak-enak dengan perempuan di Singapura sampai 4 tahun tak balik..”
Kerana tuntutan kerja, ramai pasangan suami isteri terpaksa memilih PJJ dan menahan kerinduan tatkala berada di lokasi berjauhan.
Jika dekat, mungkin boleh berjumpa 2-3 kali dalam masa seminggu. Namun jika terlampau jauh, banyak yang perlu difikirkan.
Selain masa perjalanan yang lama, duit juga perlu dikeluarkan untuk kos pengangkutan ataupun penginapan.
Aku mengandung pergi pemeriksaan semua sendiri tanpa kamu
Bagi seorang wanita ini, dia tabah apabila suaminya yang berada dalam unit beruniform ditugaskan untuk bekerja di Singapura.
Saat itu, Fella menjalani fasa kehamilan seorang diri dan cuba memahami keadaan si suami.
Tapi siapa sangka, lelaki itu malah tidak pernah pulang ke Indonesia hatta saat anak mereka dilahirkan.
Selalu nangis penat rumah bersepah, nak jemput Kaira kat rumah mama
4 tahun menguruskan anak mereka, Kaira seorang diri, Fella tidak mencurigai apa-apa dengan suaminya.
Dia yang merupakan seorang polis terpaksa tinggalkan Kaira di bawah jagaan nenek jika ditugaskan ke operasi luar negara.
Kini budak perempuan itu sudah berusia 4 tahun, namun sejak lahir dia tidak pernah berjumpa dengan si ayah.
Anak selalu tanya pasal kau, ternyata kau enak-enak dengan perempuan
Disangka setia, rupanya si suami mempunyai wanita lain yang merupakan rakan sekerja sendiri.
Hal itu diberitahu oleh seorang kenalan yang menghantar gambar mesra suaminya dan wanita bernama Nita.
Patutlah selama ini, dia perasan suaminya jarang membalas mesej dan tidak bertanya khabar. Status online di WhatsApp juga sengaja ditutup supaya Fella tidak dapat melihat update harian
Kini Fella sudah menuntut penceraian dan bakal mengadukan hal itu kepada keluarga mentua.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio