Niat sebenarnya nak cari barang logam dalam sungai, dua beranak terkejut bawa naik peti besi berisi duit

Oleh MHDAILY

Niat sebenarnya nak cari barang logam dalam sungai, dua beranak terkejut bawa naik peti besi berisi duit

Ketika mencari logam dalam sebuah tasik di Lincolnshire, seorang remaja lelaki bersama bapanya

Telah menemui sebuah peti yang mengandungi wang tunai bernilai ribuan dolar Australia!Jumpa Peti Besi Dalam Tasik Yang Berisi Duit Bernilai RM7,500 Lebih

Niat sebenarnya nak cari barang logam dalam sungai, dua beranak terkejut bawa naik peti besi berisi duit

Menurut Daily Mail, George Tindale dan bapanya yang dikenali sebagai Kevin sedang mencari barang logam dengan menggunakan peralatan khas di Sungai Witham di Grantham, Lincolnshire sebelum penemuan luar biasa tersebut.

Anak beranak ini kemudiannya terkejut besar apabila menemui peti besi lama dan mendapati terdapat sejumpah wang yang bernilai kira-kira 2,500 dolar Australia (RM7,551) tersimpan dalam plastik dalam peti tersebut.Jumpa Peti Besi Dalam Tasik Yang Berisi Duit Bernilai RM7,500 Lebih

Selain daipada wang tunai, anak beranak ini juga turut menemui sekeping sijil senjata api dan beberapa kad bank yang sudah tamat tempoh pada 2004. Susulan penemuan itu, mereka akhirnya dapat menjejak pemilik asal peti besi tersebut.

Difahamkan peti besi tersebut merupaakn barang curi yang diambil dari seorang ahli perniagaan bernama Rob Everett tahun 2000 ketika pejabatnya dipecah masuk.Jumpa Peti Besi Dalam Tasik Yang Berisi Duit Bernilai RM7,500 Lebih

Anak beranak akhirnya berjaya mencari dan menghubungi Rob Everett dan mereka berniat untuk memulangkan peti besi itu kepadanya. Akhirnya George dan Kevin telah berjumpa dengan Rob Everett di premis perniagaan di Grantham untuk memulangkan hartanya.

Rob Everett yang kagum dengan keikhlasan dan kejujuran dua beranak itu juga difahamkan telah menawarkan peluang kerja untuk George Tindale meskipun usianya baru 15 tahun sekiranya dia berminat.Jumpa Peti Besi Dalam Tasik Yang Berisi Duit Bernilai RM7,500 Lebih

George Tindale dan bapanya pula berkongsi minat yang sama iaitu mencari barangan logam dengan menggunakan ‘pancing magnet’.

BACA: “Elizad, saya baru balik dari Haji ni. Insyallah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi”, Tunku Permaisuri usap perut Elizad undang perhatian netizen