“Aku tak kenal kau, tak pernah jumpa kau, aku tak usik keluarga kau, kalau betul kau terer jomlah kita pergi mahkamah jela”
Penyampai radio dan pelawak Shuib meneruskan tindakan undang-undang terhadap pengguna Facebook
Dia yang dikenali dengan nama John Dihani selepas mendakwa Allahyarham Siti Sarah Raisuddin ‘tak nak ditidurkan’ ketika dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Peguam dah urus surat
Ketika ditemui OhBulan!, Shuib menyatakan dia mempunyai maklumat lengkap mengenai John Dihani termasuk alamat rumah dan nombor telefon.
Kata Shuib, 39, tindakan John Dihani sangat biadab kerana telah menabur fitnah yang melampau.
Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya, rasanya dia pun dah terima surat itu.
Dalam mesej yang dihantar, dia ada cakap nak jumpa saya, tetapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja.
Shuib berkata demikian ketika sidang media tergempar yang diadakan di Bubble Bee Bandar Sri Permaisuri, pada Selasa.
Nak bagi pengajaran
Dalam pada itu, pemilik nama Shahmira Muhammad menekankan tindakan undang-undang yang diambil untuk memberi pengajaran kepada pengguna media sosial supaya lebih berhati-hati.
Tindakan undang-undang yang mahu diambil adalah sebagai pengajaran agar perkara yang sama tidak lagi berulang lagi.
Selain itu, netizen juga tidak akan berani meninggalkan komen sewenang-wenangnya kepada selebriti lain.
Sebelum ini, John Dihani menulis komen yang berbunyi, ‘Kalau ikut voicenote yang bocor. SS (Siti Sarah) minta tak nak ditidurkan. Tapi Shuib pujuk. Katanya nanti boleh jumpa anak-anak. Jalan cerita lebih kurang macam itu. Last terus tidur. Shuib pun promote vakshit (vaksin)’ di Facebook.
Terdahulu, Shuib sudah hilang sabar apabila dua pengguna Facebook menuduh dia antara ahli sebuah organisasi Freemason selain sengaja menidurkan Allahyarham Siti Sarah.
Untuk rekod, Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19 ketika sedang hamil anak bongsu, Ayash Affan.
“Pertemuan hari ini, saya ingin dia (Zulhairi) memberikan penjelasan kenapa bertindak begitu diatas hantaran dilakukan yang benar-benar saya rasa melampau kerana mengaitkan juga arwah isteri, Allahyarham Siti Sarah Raissuddin.
“Saya rasa terpanggil mencari dan berjumpa dia salah seorang daripada yang ramai lagi sudah menulis komen teruk serta terlalu meriah dengan menuduh saya Freemason dan bermacam lagi untuk penjelasan depan-depan,” katanya.
Shuib berkata, pada mulanya dia ingin bertindak tegas ketika menghubungi lelaki berkenaan, tetapi apabila dapat saling bercakap, dia berasa Zulhairi seorang yang baik dan membuat hatinya lembut untuk memaafkannya.
“Ketika berhubung dengannya semalam, saya dapat rasakan Zulhairi ini seorang yang cukup beradab dan ikhlas. Cuma, mungkin apa yang sudah dilakukan itu kerana dia terkhilaf dengan perbuatannya.
“Dengan kehadirannya hari ini dan penjelasaan dibuat, saya memaafkannya. Tapi, saya akan meneruskan tindakan undang-undang kepada individu lain dikenali, John Dihani yang dianggap sangat melampau memfitnah saya,” katanya.
“Pada John Dihani, saya tahu nama, alamat serta nombor telefon untuk hubungi anda, namun biarlah pihak pegum saya saja yang menguruskan kerana dia dilihat bersikap biadap.
“Saya sudah minta peguam saya untuk hantar satu surat kepadanya (John Dihani) dan rasanya dia pun sudah terima surat itu.
“Walaupun dia ada mesej saya di Instagram malam tadi dan ada cakap nak jumpa saya, tapi saya rasa nak jumpa dia di mahkamah sahaja,” katanya.
Terdahulu, Shuib mendedahkan hantaran seorang pengguna media sosial yang mengaitkan dia dengan dakyah Freemason serta mendakwa arwah Siti Sarah dipaksa untuk ditidurkan ketika dijangkiti Covid-19 sebelum meninggal dunia dua tahun lalu
BACA:
Bapa durjana! Tiduri anak kandung sendiri, tergamak tanam 7 bayi hasil sumbang mahram
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio