Anak terbuang kotak berisi barang kemas, wanita ini nekad selongkar lori sampah

Oleh MHDAILY

Anak terbuang kotak berisi barang kemas, wanita ini nekad selongkar lori sampah

Seorang wanita yang kehilangan barang kemasnya kerana dibuang secara tidak sengaja ke dalam tong sampah

bernasib baik apabila menemui kembali barang berharga itu dalam timbunan plastik sampah diangkut sebuah lori sampah.

Anak terbuang kotak berisi barang kemas, wanita ini nekad selongkar lori sampah

Menerusi satu video yang tular di laman sosial hari ini, wanita berusia 30-an itu meminta bantuan pekerja syarikat konsesi pembersihan, Environment Idaman (E-Idaman) menurunkan sampah daripada lori berkenaan.

Selepas beberapa ketika, wanita itu dilihat berjaya menemui semula barang berharga itu dalam timbunan plastik dikeluarkan lori sampah berkenaan.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu memaparkan wanita berkenaan jelas gembira sebaik menemui barangan itu dan beberapa kali mengucapkan terima kasih kepada petugas pembersihan yang membantunya.

Menurut seorang pekerja syarikat pembersihan yang enggan dikenali, proses pemunggahan sampah itu berlaku kira-kira jam 8 pagi tadi di Depoh E-Idaman di sini selepas wanita itu hadir meminta bantuan mereka mencari barang kemasnya yang hilang.

Katanya, dia difahamkan barang kemas disimpan di dalam kotak dibuang secara tidak sengaja oleh ahli keluarganya semalam.

“Sebaik sahaja menyedari kejadian itu, keluarga berkenaan dikatakan mencari hingga ke tapak pelupusan sampah di Kulim.

“Namun selepas mendapat maklumat sampah yang dikutip semalam masih belum sampai ke Kulim, wanita itu kemudiannya hadir ke Depoh E-Idaman di sini untuk mencari barangan berharga itu,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Katanya, atas budi bicara pekerja syarikat berkenaan, mereka bersetuju membantu mencari barang kemas itu yang mengambil masa kira-kira setengah jam.

“Wanita itu bernasib baik kerana tempat tinggalnya menjadi lokasi terakhir operasi kutipan sampah semalam. Disebabkan itu, tidak banyak sampah perlu dipunggah bagi membantunya menemui barang kemas itu yang difahamkan mencecah puluhan ribu ringgit.

“Sepanjang tiga tahun bekerja di sini, inilah kali pertama kami membantu mencari kembali barang berharga mereka, saya dan rakan sekerja faham kerugian bakal ditanggung wanita itu sekiranya barang kemas itu hilang.

“Jadi kami bersama-sama cari dan bersyukur kerana ia dapat ditemui semula,” katanya

BACA:

Bengang isteri tak pandai masak selain dari maggi kari, lelaki ini nekad ceraikan isterinya