“Aku saja minta kolej jauh dari rumah. Aku tak sedih masa abi umi hantar aku, yang aku tahu bebas. Di sini semua bermula. Aku mula beli baju yang menampakkan bentuk badan, tudung aku singkatkan. Aku puas..”

Oleh MHDAILY

“Aku saja minta kolej jauh dari rumah. Aku tak sedih masa abi umi hantar aku, yang aku tahu bebas. Di sini semua bermula. Aku mula beli baju yang menampakkan bentuk badan, tudung aku singkatkan. Aku puas..”

Aku sengaja minta kolej yang jauh dari rumah. Aku langsung tak sedih masa abi umi hantar aku pada hari pertama.

Yang aku tahu aku bebas. Di sini segalanya bermula. Aku mula beli baju yang menampakkan bentuk badan, tudung aku singkatkan. Aku puas..

"Aku saja minta kolej jauh dari rumah. Aku tak sedih masa abi umi hantar aku, yang aku tahu bebas. Di sini semua bermula. Aku mula beli baju yang menampakkan bentuk badan, tudung aku singkatkan. Aku puas.."

Assalamualaikum pembaca sekalian. Terima kasih admin sudi siarkan confession ini. Nama aku Biru. Aku seorang perempuan. Aku nak cerita kisah aku dari seorang anak kesayangan yang dijaga sebaiknya oleh abi dengan umi kepada seorang yang mengalami kejutan budaya.

Mungkin orang yang berkaitan dengan cerita ni tahu aku siapa. Jadi, sebelum aku bercerita, kepada dia, aku nak minta maaf sebab aku buka cerita ni. Bukan mahu aibkan kau. Tapi sebagai tauladan dan iktibar kepada orang lain. Lagipun tak ada orang tahu kau siapa kan selain aku?

Ini cerita aku. Aku anak tunggal perempuan. Abi umi aku sangat protective yang sampai tahap mengongkong. Aku tahu mereka macam tu sebab sayang aku. Walaupun masa tu aku dah sekolah menengah, pemakaian aku masih ditentukan mereka.

Ye. Aku berpakaian menutup aurat. Cuma aku tak suka memakai stokin. Baju aku labuh, longgar, tudung tutup dada. Tapi tahap kongkongan mereka itu sampai aku hanya boleh memakai kain. Maknanya kalau aku memakai tshirt, aku kena pakai dengan skirt.

Selain tu cuma baju kurung yang aku boleh pakai. Aku bersekolah di sekolah harian biasa. Abi aku cikgu kat sekolah tu. Kebiasaan setiap hari rabu, semua pelajar diwajibkan memakai pakaian seragam yang mewakili unit berunifom masing-masing seperti pengakap, PBSM, kadet dan lain-lain.

Jadi semestinya hanya puteri islam yang memakai kain. Uniform lain semua berseluar. Aku ahli kadet. Jadi aku wajib pakai tshirt kadet dengan seluar hijau. Tapi aku tak boleh. Aku pakai baju sekolah macam biasa. Tapi aku tidak didenda sebab aku anak cikgu. Bias sangat kan?

Pernah sekali aku pinjam baju kadet dan seluar kawan. Pagi tu, aku bersiap memakai pakaian kadet. Jadi, aku betul-betul keluar bilik masa abi dah nak bertolak ke sekolah. Maknanya memang dah tak ada masa untuk aku tukar baju. Teka apa jadi? Sudahnya aku tidak dibenarkan ke sekolah. Huhu.

Yang kedua pula, di sekolah aku tidak boleh bercakap langsung dengan pelajar lelaki. Pernah sekali abi ternampak aku bercakap dengan budak lelaki tingkatan dua. Masa tu aku tingkatan 3. Dia cuma tanya ada tak aku ternampak sorang cikgu ni.

Aku mula beli baju yang menampakkan bentuk badan, tudung aku singkatkan. Aku puas. Aku seronok. Masa tu aku cuma nak jadi macam orang lain. Nak cuba benda yang selama ni terlarang. Kemudian aku berkenalan dengan seorang lelaki.

Lepas 2 bulan, kami lebih serius. Dia jadi pakwe aku. Mula-mula hubungan aku dengan dia biasa-biasa. Kemudian berpegang tangan. Semua dia yang mulakan dulu sebab atas faktor didikan keluarga aku, aku boleh dikategorikan lurus, naif.

Aku tak pandai bercinta. Dari pegang tangan, maka bermulalah perkara-perkara lain yang tak patut aku cerita kat sini. Tapi, satu je. Kami tak pernah terlanjur. Selain tu, semua dah. Aku harap korang faham ye. Allahuakbar.

Masa tu aku tak fikir dosa, lupa abi umi aku, keluarga aku sebab aku ada dia dekat dengan aku. Aku nak dia nikahi aku. Sebab cinta lah aku ikut apa dia nak. Hubungan kami berterusan sehingga memasuki alam universiti.

Kami dapat universiti berlainan. Maka berjauhanlah kami. Jauh di sudut hati aku, aku lega. Aku rasa Allah nak jaga aku. Tapi bila berjauhan, dia mula berubah. Alasan yang dia berikan, dia sibuk. Pada awalnya aku cuba faham, namun selepas beberapa bulan, aku memberontak.

Aku rasa terabai. Dia betul-betul dah berubah. Akhirnya kami putus sebab dia ada perempuan lain. Sekali lagi aku mengalami depression. Tapi kali ni tak teruk macam masa kat sekolah sebab aku ada kawan yang teman aku, happy kan aku.

Dorang belanja aku makan, bawak aku jalan-jalan dan tak biar aku sorang kat bilik. Terima kasih kawan. Sampai mati aku ingat. Lama kelamaan aku makin ok, cuma aku bukan aku yang dulu. Aku hampir jadi lesbian.

Sebab dia aku jadi geli dengan lesbian. Macam gelojoh. Hahaha. Yes. Pengalaman mematangkan aku. Seperti yang aku cerita tadi, aku suka berkawan dengan lelaki. Dalam semua kawan aku lelaki dan perempuan, aku ada sorang kawan baik lelaki yang aku kongsi semua cerita termasuk kisah aku dengan ex boyfriend.

Aku dah cerita semua benda yang aku pernah buat dengan ex. Benarlah Allah sebaik perancang, alhamdulillah akhirnya dia jodoh aku. Dia lamar aku selepas betul-betul kenal aku siapa. Jadi, aku rasa banyak pengajaran yang korang boleh ambil dari cerita aku yang aku rasa tak perlu aku nyatakan.

Yang baik jadikan tauladan, yang buruk jadikan sempadan. Aku tak pernah salahkan abi umi aku. Apa yang jadi atas pilihan aku. Ibubapa cuma nak yang terbaik untuk kita. Salah aku sebab mempermainkan kepercayaan yang telah mereka beri.

Bukan aku tak tahu apa yang aku buat itu salah. Tetapi yang ada cuma perasaan ingin mencuba. Seperti aku kata tadi, Allah sebaik perancang. Apa yang berlaku mungkin membawa kepada kebahagiaan aku sekarang. Akhir sekali, terima kasih sudi baca. Siapa yang kenal aku, harap jangan tag aku. Assalamualaikum. – Biru

Komen warganet :

Azira Hanani Ab Rahman : Sebab tu ibubapa perlu faham tentang konsep tutup aurat. Bukan hanya pakai kain sahaja tutup aurat, pakai seluar juga tutup aurat dengan syarat seluarnya longgar, bajunya tidak ketat dan labuh dsb. Juga malu sebahagian daripada aurat. Terapkan pada anak-anak untuk jaga ikhlat bila berkawan. Kenali rakan-rakan anak anda dan jadilah ibubapa juga kepada rakan-rakan anak anda.

Fatin Nabila : Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik untukmu dan boleh jadi kamu suka akan sesuatu tetapi ia amat buruk bagimu dan ingatlah Allah juga yang mengetahui sedangkan kita tidak mengetahui (2:216). Alhamdulillah, semoga terus istiqamah dan jadikan pengalaman sebagai pengajaran dalam hidup. pandang segalanya dari segi yang baik.

BACA:

Kenapa ada lipas boleh terbang, ada lipas tak boleh terbang? Tapi bila dia terbang ramai lari, ini fungsi sebenar sayap kipas ramai nak tahu