“Patutlah beria nak tengok bola kat kedai mamak, padahal kat rumah ada je Astro, rupanya suami check-in hotel dengan janda tempat kerja siap ada tuala basah!”

Oleh MHDAILY

“Patutlah beria nak tengok bola kat kedai mamak, padahal kat rumah ada je Astro, rupanya suami check-in hotel dengan janda tempat kerja siap ada tuala basah!”

Kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga bukan lagi isu asing yang sering kita dengari terutamanya dalam kalangan suami isteri.

Bahkan, orang ketiga juga merupakan salah satu punca berlakunya keretakan rumah tangga hingga membawa kepada perceraian.

"Patutlah beria nak tengok bola kat kedai mamak, padahal kat rumah ada je Astro, rupanya suami check-in hotel dengan janda tempat kerja siap ada tuala basah!"

Baru-baru ini, seorang wanita berdepan satu situasi di mana dia berjaya menangkap suaminya berlaku curang dengan wanita lain yang berstatus janda.

Tak dapat digambarkan betapa hancurnya hati seorang isteri apabila suami yang dicintai dan dipercayai sepenuh jiwa dan raga tergamak bermain kayu tiga bersama wanita lain.

Difahamkan, orang ketiga itu merupakan rakan sekerja si suami. Lebih memilukan apabila si suami dan kekasih gelapnya itu bertindak di luar batasan dengan check in di sebuah hotel di Indonesia.

Namun si isteri bertindak pantas dan akhirnya berjaya menangkap mereka berdua-duaan. Malah wanita ini dan anaknya berusaha mengumpul bukti bagi menunjukkan kecurangan si suami.

Menerusi video yang tular memaparkan si isteri sempat merakam perilaku si suami bersama kekasih gelapnya yang berada di sebuah kedai makan sambil menonton bola.

Wanita terbabit bersama anaknya kemudian menyerbu bilik hotel yang disewa si suami bersama kekasih gelapnya dan alangkah terkejutnya apabila anak-beranak ini menemui beberapa bukti seperti helaian tisu, tuala yang masih basah serta beberapa peralatan lain.

Selepas mengumpul semua bukti, akhirnya membawa kepada pertengkaran antara si isteri, suami dan orang ketiga.

Namun mereka berdua menafikan perkara tersebut. Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang rata-ratanya memuji tindakan pantas si isteri mengumpul bukti selain berharap agar keadilan memihak kepadanya

BACA:

Cara tapis minyak masak hitam jadi macam minyak baru, senang je rupanya buat ramai terus nak goreng ikan malam ni!

Gara-gara pengantin perempuan dihasut rakan naikkan wang hantaran tiba-tiba, pengantin lelaki nekad batalkan perkahwinan