Gara-gara pengantin perempuan dihasut rakan naikkan wang hantaran tiba-tiba, pengantin lelaki nekad batalkan perkahwinan
GARA-GARA meminta mas kahwin ditambah, seorang wanita ditinggalkan pasangannya pada hari pernikahan.
Pengantin lelaki berasa sedih kerana kekasihnya itu memilih untuk mengikut cakap sahabat berbanding dirinya meskipun telah dipujuk.
Pada awalnya, dia membuka pintu kereta dengan bunga di tangan bagi menyambut pengantin wanita, namun kekasihnya itu enggan turun.
Dia kemudian bertanya dan meminta penjelasan sebelum tiba-tiba pengiring pengantin perempuan berkata ‘sahabatku tidak akan menikah dengan mudah, keluargamu harus menunjukkan ketulusan dengan memberinya RM129,549 (200,000 yuan) atau dia tidak keluar dari kereta’.
Pada sangkaannya, pengiring tersebut hanya bergurau kerana kedua-dua belah keluarga sudah bersetuju sehingga majlis dilangsungkan.
Meskipun sudah dipujuk bakal suami dan disarankan untuk keluar oleh kaum keluarga, pengantin wanita tetap berkeras di dalam kereta sambil berkata ‘jangan sentuh aku’.
Berang dengan sikap kekasihnya, pengantin lelaki kemudian membuang bunga pernikahan dan berlalu pergi sekali gus membatalkan majlis yang sedang berlangsung.
Kejadian berlaku di Sichuan, China pada Mei lalu.
Ekoran daripada itu, kisah pernikahan yang tidak jadi ini menjadi tular di media sosial sehingga mendapat perhatian masyarakat.
Rata-ratanya tidak menyangka bakal pengantin tersebut akan mendengar cakap rakannya berbanding bakal suami.
Padahal mereka saling mencintai selama bertahun-tahun sebelum tibanya hari perkahwinan selain melalui susah senang bersama.
Malah si lelaki telah bekerja keras mencari wang untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka
BACA:
Gara-gara tak nak kecewakan suami, wanita ini tergamak berpura-pura mengandung 9 bulan
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio