Anak bergurau kunci leher ibu dengan rantai basikal, sekali lain pula jadi bila anak lupa password

Oleh MHDAILY

Anak bergurau kunci leher ibu dengan rantai basikal, sekali lain pula jadi bila anak lupa password

Pada awal bulan Oktober lalu, satu rakaman video tular di internet memaparkan seorang wanita dengan kunci basikal tergantung di lehernya.

Insiden terbabit difahamkan berlaku di daerah Jiangsu, China.

Anak bergurau kunci leher ibu dengan rantai basikal, sekali lain pula jadi bila anak lupa password

Memetik laporan Oddity Central, ibu muda yang tidak didedahkan identitinya itu telah datang sendiri ke sebuah balai polis tempatan dan meminta bantuan

bagi menanggalkan kunci basikal yang berada di lehernya. Katanya, leher wanita itu telah dikunci anaknya sendiri.

Difahamkan, sebelum kejadian berlaku, ibu terbabit sedang membersihkan tandas di kediamannya, manakala, anak lelakinya yang berusia 4 tahun sedang bermain dengan kunci basikal berkenaan disebelahnya. Secara tiba-tiba, anaknya itu memakaikan kunci basikal itu di leher ibunya dan mengunci alat terbabit.

“Pada mulanya saya rasa ia kelakar tapi saya tak risau sebab kunci tu saya yang punya dan saya tahu passwordnya,” kata ibu itu.

Walau bagaimanapun, sangkaan si ibu meleset selepas dia menyedari anaknya sudah menukar password kunci basikal terbabit semasa sedang bermain-main. Mengeruhkan lagi keadaan apabila kanak-kanak itu terlupa password baru yang telah ditetapkannya.

Panik dengan insiden yang menimpanya itu, wanita terbabit segera ke balai polis bagi mendapatkan bantuan. Pasukan bomba kemudiannya dipanggil ke lokasi dan alat itu akhirnya berjaya dibuka dengan menggunakan pemotong wayar.

Meskipun lega lehernya sudah bebas dan tiada kecederaan lain dilaporkan, insiden terbabit mendapat perhatian ramai yang mengatakan anak wanita itu sepatutnya diajar betul-betul untuk menghormati batas pergaulan dengan ibunya. .

Malah, pasukan bomba yang membantu memotong kunci basikal berkenaan juga menawarkan diri mahu membantu si ibu bagi mendisiplinkan anaknya.

BACA: 

Penyamun berang gagal dapatkan wang tebusan RM50000, tergamak sembunyikan bayi dalam tong

“Tiap hari aku pergi kerja perempuan tu kacau anak-anak aku, kata nak rampas ayah mereka. Aku bagi mereka kahwin tapi sekarang baru madu aku rasa”