Gara-gara tak nak kecewakan suami, wanita ini tergamak berpura-pura mengandung 9 bulan

Oleh MHDAILY

Gara-gara tak nak kecewakan suami, wanita ini tergamak berpura-pura mengandung 9 bulan

Disebabkan enggan mengecewakan suami yang mengharapkan cahaya mata, seorang wanita di Moscow, tergamak menipu suaminya dengan berpura-pura seperti dirinya sedang mengandung.

Namun selepas saja 9 bulan berlalu, dia dikatakan telah berjaya melahirkan sepasang bayi kembar dan oleh kerana takut penipuannya itu terbongkar,

Gara-gara tak nak kecewakan suami, wanita ini tergamak berpura-pura mengandung 9 bulan

dia akhirnya telah berbohong dengan mendakwa bahawa bayinya itu telah meninggal dunia kerana kecederaan otak.

Kejadian berlaku di Stavropol, barat daya Rusia itu juga hampir-hampir mencetuskan skandal penjualan bayi yang tidak wujud selepas Daud Daudov, 33, suami kepada wanita itu mendakwa pihak hospital telah sengaja menukar bayi lelakinya dengan anak patung.

Pihak polis turut menyiasat dakwaan itu apabila Daud membuat laporan polis sebaik saja dia mendapati jenazah anak yang mahu dia kebumikan di kawasan perkuburan keluarganya di Dagestan pada 9 Februari lalu, adalah anak patung.

Anak patung yang dijumpai disebalik kain kapan.

Susulan siasatan, isterinya, Laura kemudiannya terpaksa membongkar perkara sebenar pada 11 Februari dan mengaku dia telah menipu mengenai kandungannya dan bayi yang dilahirkan, adalah kerana dia tidak mahu mengecewakan Daud.

Laura melalui pengakuan bertulisnya telah mengaku tidak sanggup untuk menghampakan Daud apabila ujian kehamilan yang dibuat mendapati dia tidak mengandung.

Saya lihat betapa gembiranya suami apabila beritahu saya mengandung. Saya tidak mahu mengecewakan dia dan bertindak menipu mengenai kandungan ini kepada dia dan keluarga.

Kadang-kala saya berasa seperti perut saya membesar, rasa seperti saya mengandung dan pada Januari lalu saya meninjau katil bayi. Ia sukar untuk dijelaskan. Saya tahu saya tidak mengandung tetapi saya tidak boleh berhenti menipu. – Kata Laura kepada Metro UK.

Malah, Laura turut sanggup menyewa seunit flat berdekatan hospital kerana mahu terlihat seolah-olah seperti dia melahirkan anaknya di Hospital. Dia juga turut mendakwa telah melahirkan bayinya itu pada 3 Februari tetapi bayi itu meninggal dunia pada 9 Februari disebabkan pendarahan otak.

Pada hari sama suami saya beritahu anak kami perlu dikebumikan di tanah perkuburan keluarganya di Dagestan. – Katanya yang memberitahu tidak mampu menipu lagi selepas kain kapan menutup wajah bayi dibuka ketika mahu dikebumikan.

Daud berkata, dia sedih apabila isterinya memaklumkan bayi mereka meninggal dunia namun, mengikut nasihat ahli keluarga yang meminta pengebumian dilakukan dengan baik mengikut ajaran Islam.

Saya buka kain kapan yang menutup wajah anak pertama dan terkejut apabila tiada mata. Kemudian saya buka wajah anak kedua, sama juga. Ia anak patung… anak patung. – Kata Daud.

Rasanya perasaan kecewa tak dikurniakan anak tu, mungkin tak sebesar dengan kecewanya perasaan suami Laura bila dapat tahu, dia telah ditipu oleh isteri sendiri selama 9 bulan. Haih, sampai macam tu sekali ya otak si Laura ni boleh berfikir.

BACA:

“Suami menangis dalam kereta minta maaf dengan saya, bila suami tanya, mertua tak mengaku, ipar duai tuduh saya buat fitnah”