Dulu nak beli tak mampu sebab mahal sangat, akhirnya Lambhorghini keluarkan produk yang ramai mampu milik

Oleh MHDAILY

Dulu nak beli tak mampu sebab mahal sangat, akhirnya Lambhorghini keluarkan produk yang ramai mampu milik

Harga seunit Lamborghini Aventador adalah sekitar RM1.7 juta tidak termasuk cukai.

Jadi rasanya tidak ramai yang boleh beli kereta Lamborghini.

Dulu nak beli tak mampu sebab mahal sangat, akhirnya Lambhorghini keluarkan produk yang ramai mampu milik

Tetapi mengikut jejak langkah syarikat seperti Porsche, Lamborghini juga turut mengeluarkan kasut rasmi mereka dengan kerjasama syarikat kasut terkemuka Jepun, Mizuno.

Diinspirasikan dari model Lamborghini Aventador, model Wave Tenjin 2 ini mengambil bentuk heksagon depan Aventador untuk dijadikan rekaan bahagian tapak kasut ini.

Bentuknya yang sebegitu dikatakan akan memberikan keselesaan yang lebih kepada si pemakai.

Karbon fiber turut digunakan untuk material kasut ini supaya ianya akan menjadi lebih ringan dan durable.

3 pilihan warna bileh dipilih iaitu hitam,putih dan biru.

Rekaan kasut ini unik dan mungkin akan ada yang suka dan ada yang tidak berminat dengan kasut ini. Kasut ini dijual pada harga USD400 (lebih kurang RM1,700) di laman rasmi Lamborghini.

Kalau belum mampu untuk pandu Aventador, bolehlah sarung sepatu ini dahulu. Boleh pakai semasa pandu Proton Wira Convert anda lepak di Dataran Shah Alam pada hujung minggu. Baru ada gaya.

BACA:

Dekat 20 tahun ibu panggil ‘batu’, seorang introvert berubah jadi extrovert dengan dorongan guru sampai jadi pengacara berjaya!