Anak Kak Ton nekad buka tudung dedah aurat, sekali ini respon Harris Annuar
Bulan lalu perkongsian pengacara televisyen, Nadia Annuar mengejutkan ramai apabila tampil tidak lagi berhijab selepas memuat naik satu perkongsian sempena hari jadinya.
Memetik mStar Online, adik kepada personaliti itu iaitu Harris Annuar yang juga pelakon dan personaliti media sosial berkata dia sudah menasihati kakaknya itu.
Menurut Harris, keluarganya juga tidak pernah bersetuju dengan tindakan kakaknya itu namun sudah menjalankan tanggungjawab menasihati Nadia.
“Ketika Nadia mengambil keputusan membuka hijab dia ada memberitahu kami sekeluarga dan memang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Sekurang-kurangnya kami sudah terlepas daripada dosa kerana sudah pun menasihatinya,” katanya.
Menurut Harris lagi, keluarga membantah tindakan Nadia itu namun mungkin kakaknya itu ada alasan tersendiri berbuat demikian.
“Apabila Nadia memberitahu niatnya untuk membuka hijab, reaksi kami sekeluarga tidak marah tetapi kami membantah tindakannya itu.
“Daripada pihak keluarga saya sebenarnya semua tidak bersetuju tapi terpulang pada diri dia sendiri. Mungkin dia ada alasannya tersendiri. Saya pun tak tahu,” katanya.
Sementara itu, Harris berkata tindakan kakanya itu tidak memberikan kesan buatnya lebih-lebih lagi dia sering mengikuti jemaah tabligh.
“Bagi saya, ia tidak mendatangkan masalah kerana macam saya katakan, bila saya beritahu yang saya tidak bersetuju dengan keputusannya itu, saya sudah terlepas daripada dosa. Mungkin Allah nak tunjukkan dia perkara yang lebih baik. Walaupun saya pergi tabligh, tetapi ia tidak memberi kesan.
“Kalau ikutkan tujuan tabligh sebenarnya adalah untuk mendekatkan orang dengan Allah. Kalau kita jauhkan dia dari Allah dan tidak menegurnya, jadi masalah juga nanti,” katanya.
Bagaimanapun, Harris meluahkan rasa terkilan apabila ibunya usahawan kosmetik iaitu Zaiton Hassan atau Kak Ton dikecam netizen susulan keputusan kakaknya itu.
“Untuk diri saya memang tidak terkena apa-apa tempiasnya kerana saya jenis masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
“Tapi mungkin mummy terasa sikitlah sebab mummy pun meniaga buat live lagi di media sosial. Sedikit sebanyak dia terkesan dengan kata-kata netizen. Lagi pun, hati seorang ibu. Mestilah dia sedih bila melihat anaknya yang dulu berhijab tiba-tiba nak buka hijab semula,” katanya.
BACA:
Anak tiba-tiba ajak balik rumah, rupanya kena sepak lembaga dalam gambar tergantung di hotel
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio