“Tiap tahun kami surprise each other, tahun ni sakit pula”, Suami letak duit merata tempat demi hargai isteri undang reaksi netizen
NAK buat kejutan untuk hari jadi isteri, tapi keadaan tidak mengizinkan pula.
Begitulah ‘masalah’ yang dihadapi seorang suami yang sakit, justeru dia hanya mampu melakukan kejutan dari dalam rumah.
Bagaimanapun, kejutan yang dibuat bukan biasa-biasa apabila sejumlah wang kertas RM50 disembunyikan di beberapa peralatan dan perkakas rumah seperti ketuhar gelombang mikro, peralatan memasak Thermomix, mesin basuh, peti sejuk dan pembersih vakum.
Sampul berisi wang turut ditampal pada skrin TV, selain rak ubat dan bilik pejabat.
Bercakap kepada mStar, Muhammad Shafiq Shaiful Bahari berkata, isterinya menyambut ulang tahun ke-24 pada 27 November lalu.
Lebih mesra disapa Shafiq, dia dan isteri, Noor Ariffah Abd Rahman sering membuat kejutan demi kejutan setiap kali hari jadi masing-masing sejak berkahwin pada Mac 2020.
“Setiap tahun kami selalu surprise each other. Tapi untuk birthday isteri tahun ni, saya tak sihat pula.
“Seminggu tak sihat, sakit tekak dan demam on-off. Tapi bukan Covid-19, cuma saya lebih banyak berehat di rumah,” katanya ketika dihubungi.
suami sakit buat kejutan 3
Sambutan hari jadi isteri pada 2020.
Shafiq yang berusia 31 tahun memberitahu, dia menyambut hari jadi isterinya di hotel selama dua tahun berturut-turut sejak 2020.
Walaupun ada membeli seutas gelang emas sebagai hadiah hari jadi, namun baginya sambutan ulang tahun tidak lengkap jika tidak melakukan kejutan buat isterinya.
“Cuma tahun ini saja tak berkesempatan. Tapi idea spontan timbul apabila kami nak keluar makan tengah hari bersama, itu pun dekat dengan rumah je.
“Masa isteri sedang bersiap di bilik, saya cepat-cepat simpan duit di beberapa tempat di dalam rumah yang selalu isteri pergi atau peralatan yang kerap digunakannya.
“Lama juga isteri nak bersiap dan mekap kali ini, lebih sejam juga. Sempatlah saya buat tu semua tanpa kantoi,” ujarnya yang berasal dari Gombak, Selangor.
@brotrying Happy Birthday sayang. Sorry, tahun ni tak de suprise =( @rifahmawaddah ♬ original sound – SCTI_Tanti Cintya – Mama Reyhan👶
Sambutan hari jadi isteri pada 2021.
Menurut Shafiq, dia tidak pernah jemu melakukan kejutan untuk isteri tercinta, selain sebagai tanda penghargaan menjadi pasangan hidupnya.
“Kami suka momen surprise, sihat atau sakit tetap bersemangat buat kejutan. Kami mahu jadi kenang-kenangan sampai bila-bila.
Kami suka momen surprise, mahu jadi kenang-kenangan sampai bila-bila.
SHAFIQ
“Isteri saya seorang yang taat pada suami, mendengar kata dan sentiasa meminta izin kalau nak keluar rumah. Isteri juga rajin mengemas rumah, saya sendiri tak sanggup sebab susah, penatnya macam pergi hiking.
“Jadi, saya sebagai suami perlu menghargai isteri atas susah payah dia,” katanya yang bekerja sendiri.
Shafiq dan isteri menikmati makan tengah hari sempena hari jadi.
Tidak menyangka video kejutan buat isteri meraih lebih 3 juta tontonan di TikTok, dia mengakui mendapat banyak reaksi netizen di ruangan komen.
“Ada yang komen ‘duit sama, tempat je berbeza’. Eh ada orang yang tak percaya ke? Tapi saya tak berkecil hati pun, mujur juga saya rakam masa isteri kumpul semua duit.
“Terima kasih kepada mereka yang mendoakan kebahagiaan kami. Ada yang minta buat kelas, tutorial jadi suami romantik. Tapi bagi saya semua tu kena natural, lain orang lain caranya.
“Saya buat kejutan ni sebab tahu isteri suka. Dia juga suka menonton drama dan filem Korea, insyaAllah mungkin tahun depan kami nak pergi bercuti ke Korea Selatan pula,” katanya.
BACA: