“Tiap hari aku pergi kerja perempuan tu kacau anak-anak aku, kata nak rampas ayah mereka. Aku bagi mereka kahwin tapi sekarang baru madu aku rasa”
Setiap hari saya pergi kerja perempuan tu telefon rumah kacau anak-anak saya, katanya dia nak rampas ayah mereka.
Lepas tu dia beritahu dia akan ilmukan ayah mereka supaya tak tahu jalan pulang. Saya bagi mereka kahwin tapi sekarang baru madu saya rasa.
Saya amat terpanggil untuk menyertai isu ini dan berkongsi pengalaman yang saya lalui. Saya tertarik dengan pengalaman seorang wanita sebelum ini yang kisahnya pernah dipaparkan, juga mendakwa hati mereka dah kering bila suami kahwin lagi.
Saya rasa tidak ada wanita yang boleh menggambarkan perasaan hati bila suami kahwin lagi, cuma mereka yang berpengalaman sahaja yang tahu betapa peritnya jiwa ini. Bagaimana pun sikap saya agak berlainan sikit. Saya tidak sekat suami kahwin lagi, malah saya galakkan, kerana sebaik sahaja saya tahu dia bercita-cita nak kahwin lagi hati dan jiwa saya dah kosong dan dah mati terhadapnya.
Saya anggap dia cuma sebagai ayah yang wajib beri anak-anaknya makan. Tak lebih dari itu. Sebab perbuatannya yang liar saya rasa lebih teruk daripada dia berpoligami.
Namun rahsiakan nama dan emel saya kerana jika dia tahu saya yang menulis di ruangan ini, mati saya kena sembelih, sebab suami saya ni sedang sakit jiwa sekarang, kerana sikap sendiri.
Kami berusia lengkongan 40-an tahun dah 20 tahun kahwin, ada 4 orang anak dah besar, satu di Universiti, seorang di kolej yang kecil pun dah masuk ke tingkatan dua. Kalau sebut pasal hati kering, saya memang dah lama amalkan.
Sejak kami kahwin, sebut aje apa yang suami saya tak buat. Mendera mental dan fizikal saya setiap hari. Kaki perempuan jangan ceritalah. Bukan seorang sampai tak terlarat nak kira dek ramainya. Akhirnya kerana banyak buat aniaya kat orang dia terjerat dengan ibu tunggal yang lebih tua dari saya.
Peristiwa ini berlaku kira-kira 10 tahun lalu. Baru dia rasa! Bila dah kahwin bagai nak gila dia cuba sembunyikan daripada pengetahuan saya, tapi kuasa Allah macam mana nak sorok. Masa tu tengah muda memang saya intip gerak gerinya.
Tapi wanita itu sediri yang pecah tembelang. Setiap hari saya pergi kerja dia telefon rumah kacau anak-anak saya, katanya dia nak rampas ayah mereka. Lepas tu dia beritahu dia akan ilmukan ayah mereka supaya tak tahu jalan pulang.
Masa tu walaupun saya tak kisah tapi saya menangis jugak sebab kesiankan anak-anak yang terganggu fikirannya dek perbuatan wanita tersebut. Orang lelaki biasalah, masa nak pikat perempuan, macam-macam benda dia burukkan saya.
Sampai ke mak ayah saya yang baiknya pijak semut tak mati tu pun dibabitkannya dihina dengan perkataan yang amat keji. Sedih hati saya. Waktu itu wanita itu mengaku dah kahwin, tapi saya tahu belum lagi, namun saya tak sanggup tengok mereka bersekedudukan, saya suruh suami saya nikah segera.
Akhirnya mereka kahwin. Nak jadikan cerita keluarga si perempuan tu tak sukakan suami saya, dia hina suami saya macam sampah. Saya tahu pun sebab suami saya sendiri cerita. Maklumlah suami saya hanya kakitangan kerajaan pangkat rendah aja.
Saya tanya dia kenapa nak kahwin jugak dengan perempuan tu walaupun dihina. Sedangkan dah ada isteri dan anak-anak. Dia kata perempuan itu ada banyak duit. Memang masa tu saya hidup susah, tak ada apa, maklum baru kerja.
Umur awal 30-an anak dah ada tiga. Kita harap suami dapat membahagiakan hidup kita tetapi lain jadinya. Dia asyik gila perempuan, duit yang sikit pun terus habis. Suami saya harap dapat hidup mewah dengan perempuan tu.
Saya tak peduli apa dia nak buat yang saya mahu dia mesti bagi nafkah anak-anak. Dan saya ingatkan sekarang dah kahwin lagi jangan nak dera fizikal dan mental saya lagi. Kalau buat juga saya minta cerai dan adukan pada ketua jabatannya.
Bila dah kahwin saya tak pernah fikir dia nak balik rumah ke tidak, ikut suka dia aja, apa yang saya mahu dia bagi nafkah anak-anak. Lagi pun saya malu dah tua kena pukul depan anak-anak dan mereka semakin membesar.
Di pejabat saya lupakan masalah keluarga dengan bekerja sesungguh hati, ada aja kursus saya pergi, saya tambah ilmu pengetahuan. Usaha saya berbaloi, setiap tahun naik gaji dan naik pangkat, akhirnya gaji saya meningkat banyak angka, melebihi gajinya.
Saya cuba gembirakan hati anak-anak dan beri perhatian kepada emak ayah saya. Saya mahu mereka hidup senang selagi ada hayat mereka. Inilah peluang saya dulu suami saya sekat kalau saya nak balik kampung apa lagi beri sagu hati kepada emak ayah setiap bulan.
Semua dia sekat tak bagi, Sekarang saya boleh buat apa saya suka, bagus jugak bila dia tak tahu jalan balik ke rumah, hidup saya lebih aman. Kini 10 tahun dah berlalu, saya bahagia dengan hidup saya kini. Saya nak jalan ke mana pun dia tak boleh nak sekat.
Saya tak pernah kacau rumah tangganya apa lagi bergaduh dengan isterinya. Malah ketika dia susah saya tolong. Sejak kawin dengan suami saya macam-macam masalah yang madu saya alami. Kena buang kerja sebab banyak sangat masalah peribadi, gangguan kesihatan.
Habis harta benda dia sebab nak tarik suami saya sayang kat dia dan lupakan saya. Saya tak pedulikan pun. Kini jiwanya lebih tertekan beranak setiap tahun sehingga sekarang dah ada 8 orang (termasuk yang meninggal). Semua masih kecil macam susun paku.
Suami buat tak tau aja. Masuk hospital ke, sakit pening ke, sendiri tanggung. Nasib baik dia masih ada emak bapak boleh tolong. Saya rasa kini giliran anak dia pulak kena belasah macam anak-anak saya dulu. Saya bukan nak pulangkan paku buah keras, tapi ini tauladan kepada wanita di luar sana yang teringin sangat nak berlaki suami orang.
Manisnya sekejap aje. Peritnya tak tertanggung. Lelaki memang pandai mengelak dan tak mahu susah. Masa nak kahwin. janjinya bulan bintang. Dah dapat, habuk pun tarak. Bila gaduh dia kata kalau tak suka boleh belah. Ha! baru dia tahu nasib.
Kini saya tumpukan berhatian pada anak-anak dan emak ayah saya. Pada saya suami boleh bertukar bila dia ceraikan kita, tapi emak ayah, itulah dunia akhirat. Tiba masanya saya balas jasa mereka. Mereke banyak bersabar dengan karenah suami saya.
Masih saya ingat dia sumpah seranah mak ayah saya tak pasal-pasal. Saya tak kisah dia tak balik rumah, makan ke tidak, ada duit ke tidak. Dah dekat pencen pun, masih kakitangan kerajaan pangkat rendah. Tapi perangai masih ligat.
Kalau main handphone macam anak muda, tersengih-sengih. Sayanglah, rindulah, ntah dengan siapa pun tak tahu. Saya tak kisah biarlah dia berangan melayan perasaan. Saya pun boleh buat macam dia. Di pejabat, teruna, duda, suami orang, berlambak.
Nak dengan tak nak aje. Saya pun bukan hodoh sangat. Apa yang saya tak ada sebagai wanita? Tapi buat apa, saya tak mau jadi macam dia. Saya ada maruah. Ayah saya berpesan hidup ini kena takutkan Allah. Itulah pegangan saya.
Biarlah orang menggoda saya maintain. Sekarang tiba masanya saya lihat balasan Allah pada suami saya. Dulu dia hina saya macam kucing kurap, sekarang semua dah dapat kat dia. Orang pencen nak hidup senang makan duit pencen, dia masih beranak kecik.
Esok di akhirat, dia bukan lagi jalan senget sebelah, tapi merangkak. Dosanya banyak macam pasir di pantai, bukan saja pada saya tetapi wanita lain yang pernah jadi mangsanya. Di sini saya nasihatkan isteri-isteri yang dimadukan, terus tabah jalani hidup, tapi kalau boleh lepaskan diri, larilah sejauh mungkin.
Tapi pastikan anak-anak dapat nafkah. Kepada isteri-isteri kedua, ingatlah balasan Allah. Jangan ingat anda muda boleh dapat segalanya, kalau Allah nak ambil, semua boleh hilang sekelip mata. Kepada anak-anak gadis, jangan sia-siakan hidup menyintai suami orang. Sebab manisnya sementara.
Kalau dia boleh kahwin dua tak mustahil dia tambah lagi jadi tiga. Kepada pihak berwajib khususnya di Mahkamah Syariah tolonglah prihatin nasib isteri-isteri yang ingin minta cerai, jangan dera hidup mereka. Suami kalau nak berpoligami semua mampu, sudah dapat nikah kedekutnya kepada isteri pertama macam roda kereta lembu.
Suami lebih takut kena saman trafik daripada dapat surat saman Mahkamah Syariah, sebab dia tahu hakim tak ada kuasa. Itulah taraf mahkamah syariah kita. Kita sibuk cakap pasal keruntuhan akhlak anak-anak remaja. Tapi keruntuhan akhlak orang dewasa, siapa pun tak ambil peduli.
Malah lebih teruk lagi. Kita sibuk awasi pusat snuker dan cafe siber tapi siapa peduli kelab dangdut dan karaoke. Di sana ramai ayah tua mengayat GRO. Anak tak makan tak peduli tapi dia sanggup suap GRO. Balik rumah beIasah anak isteri bila minta duit.
Bila isteri minta cerai, disuruh pergi mahkamah syariah. Sebab dia tahu bukan mudah nak bercerai, kerana mahkamah syariah akan beIa lelaki. Agama Islam segalanya mudah. Yang menyulitkannya adalah manusia yang bijak memutar belitkan keadaan.
BACA:
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio