Gara-gara simpan RM133 juta dalam rumah, bekas Timbalan Pengarah di China dijatuhi hukuman mati lepas kantoi rasuah
Seorang bekas pegawai kanan China yang ditangkap kerana menyimpan wang tunai sebanyak lebih 222 juta yuan (RM133 juta) di rumahnya,
Dia dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah rasuah.
Menurut agensi berita Xinhua, Wei Pengyuan (gambar) yang memegang jawatan Timbalan Pengarah Jabatan Arang Batu di Pentadbiran Tenaga Kebangsaan, disiasat pada 2014 selepas wang tunai tersebut dijumpai, dipercayai nilai terbesar dalam sejarah kes rasuah di China.
Tambah Xinhua, mahkamah di utara bandar Baoding menjatuhkan hukuman mati tertangguh selama dua tahun terhadapnya yang bererti Pengyuan perlu menghabiskan hidupnya di penjara, tidak layak untuk mendapat parol atau pembebasan awal.
Menurut laporan agensi berita itu berdasarkan keputusan mahkamah, Pengyuan menyalahgunakan kedudukannya untuk meluluskan projek arang batu dan sebagai pulangan dia menerima wang sogokan.
“Dia juga didapati memiliki sejumlah besar aset yang secara jelas melebihi pendapatannya mengikut undang-undang dan sumbernya diragui,” lapor Xinhua.
Sementara itu, saudara mara terdekat atau wakil peguam Pengyuan tidak dapat dihubungi untuk memberikan sebarang komen berkaitan keputusan mahkamah tersebut.
BACA: