Tak ngam dengan jiran sebelah punya hal, wanita nekad jual rumah dengan harga RM300 je!
Tidak selesa dengan jiran, seorang individu telah menjual rumah miliknya pada harga yang begitu murah iaitu 1 Juta Rupiah (RM292) di sini, Indonesia.
Perkara itu turut tular di media sosial terutamanya di Indonesia melalui satu rakaman video yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang datang ingin membeli rumah tersebut.
Dalam klip video tersebut, lelaki itu datang bertemu dengan wanita pemilik rumah untuk membeli rumah yang dijual dengan harga murah seperti mana yang telah diiklankan.
“Puan Siti, katanya nak jual rumah dengan harga sejuta ya?” tanya lelaki berkenaan dalam video itu.
Ketika ditunjukkan rumah yang hendak dijual, ternyata rumah berwarna ‘cream’ dicampur dengan warna biru itu mempunyai ukuran yang luas dan berlantai seramik.
“Mak aih, besar betul rumah ni,” katanya.
Apabila ditanya mengapa rumah itu hendak dijual, Puan Siti memberikan alasan dia tidak selesa dengan jiran sebelahnya. Tertarik dengan keluasan rumah itu, lalu dia menyerahkan wang pendahuluan 50 ribu rupiah (RM14.60) untuk membeli rumah tersebut.
TETAPI KEPUTUSANNYA BERUBAH SETELAH MELIHAT JIRAN YANG DIMAKSUDKAN OLEH WANITA ITU.
“Peh! Kawasan kubur! Patutlah puan rasa tak selesa. Aduh! Tak jadilah nak beli, terima kasih puan,” katanya yang terus berlari meninggalkan rumah tersebut.
Sejak dimuat naik, video itu telah ditonton lebih 4.6 juta views dan mendapat pelbagai reaksi netizen yang juga menolak untuk membeli rumah tersebut walaupun harganya sangat murah.
Warganet yang melihat video tular itu memberi respon; “Jangankan sejuta, diberi secara percuma pun aku tak nak.”
BACA:
Tak sangka! Rupanya ada negara paling kecil dalam dunia ditemui, 50 orang je rakyat dia!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio