Penduduk kampung ini terkejut tiba-tiba pokok keluarkan suara budak menangis di siang hari.
Penduduk di sebuah desa di Jawa Timur, Indonesia digemparkan dengan fenomena sebatang pokok akasia
Di katan penduduk ada yang mengeluarkan bunyi seakan-akan budak perempuan sedang menangis.
Kejadian dianggap aneh itu berlaku di Dusun Krajan yang terletak di Mukim Puger, Jember.
Pemilik pokok tersebut, Abdul Aziz pada awalnya tidak mempercayai bahawa pokok akasia berusia 11 tahun itu mengeluarkan suara seakan-akan budak perempuan menangis selepas diberitahu cucunya.
“Itu mustahil. Tapi selepas meletakkan telinga pada pokok tersebut, barulah saya mendengar suara berkenaan,” katanya.
Tambah Abdul Aziz, sejak kejadian pelik itu tersebar, ramai penduduk termasuk dari luar Jember berpusu-pusu untuk melihat sendiri fenomena tersebut sehingga menyebabkan kawasan rumahnya sesak dan riuh seakan pesta.
Malah katanya, ada pengunjung yang sanggup beratur panjang semata-mata mahu mendengar suara dan berswafoto dengan pokok akasia itu.
Lebih parah, beberapa individu tampil mendakwa kejadian itu ada kaitan dengan aktiviti paranormal sehingga melakukan sesi ruqyah pada pokok tersebut.
Secara ilmiah, tumbuhan yang mengeluarkan suara bukan sesuatu yang asing dan pelik.
Perkara itu dijelaskan oleh pensyarah bilogi Universiti Jember, Wachyu Subhan.
“Sekarang ini adalah perubahan dari musim kering kepada hujan. Jadi secara semula jadi, mesti ada bahan yang masuk ke dalam batang pokok.
“Proses ini dipanggil rembesan metabolik. Apabila tekanan besar, proses rembesan boleh mengeluarkan bunyi dengung.
“Kekuatan bunyi dengung yang dihasilkan bergantung kepada saiz pori-pori di dalam batang pokok.
“Apabila tekanan di dalam besar manakala pori-pori kecil, bunyi yang dihasilkan juga besar. Ini mungkin diandaikan seperti seseorang sedang menangis,” jelas Wachyu
BACA:
Ingatkan nak kenal pasti punca masalah air, rupanya AKSB hanya kenal pasti dalang sebar surat sulit
30 rakyat England bakal terima elaun RM9000 sebulan dari kerajaan, syaratnya sangat mengejutkan!
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio