Pening apply loan rumah tak pernah lepas, wanita ini dedah cara beli rumah confirm lulus.
harga rumah semakin meningkat, keupayaan golongan muda untuk memilikinya sebagai aset jangka panjang nampaknya semakin tipis.
Tetapi berbeza bagi wanita ini apabila dia berjaya memiliki tiga buah rumah sebelum usia 30 tahun.
Justeru perkongsian Zura Hassan, 29, di TikTok tentang kejayaan serta tip memiliki hartanah pada usia muda menarik minat ramai.
Ketika dihubungi mStar, Zura Hassan memperincikan lagi tip yang boleh dijadikan panduan untuk manfaat bersama.
1. Jangan ‘gatal’ buat kad kredit dan pinjaman ‘jahat’
a. Tidak perlu memiliki atau guna kad kredit sekiranya masih belum mampu uruskan kewangan dengan baik.
b. Elakkan berhutang untuk tujuan kehendak peribadi.
c. Pinjaman kereta boleh dilakukan tetapi perlu mengikut kemampuan. (Pendapatan bulanan X 12 bulan)
Zura mempunyai perniagaan pakaian sendiri.
2. Kukuhkan simpanan
a. Cari pendapatan sampingan menerusi program affiliate atau pesan hantar (dropship) tanpa menggunakan sebarang modal.
b. Simpan 10 hingga 30 peratus daripada pendapatan bulanan.
c. Berbelanja mengikut kemampuan dan tidak membazir.
3. Uruskan kewangan setiap bulan
a. Bahagikan tabung simpanan kepada kecemasan, percutian dan beberapa lagi bahagian penting mengikut keperluan.
b. Simpan dan melabur di beberapa agensi yang sah seperti ASB Financial dan Tabung Haji.
c. Bayar zakat setiap bulan.
Sementara itu Zura yang sudah berumah tangga dengan jejaka bernama Sayed Awal, 30, dia merupakan seorang kerani di sebuah bank selama lapan tahun sebelum menceburi bidang perniagaan.
Rezekinya terus mencurah-curah dalam bidang perniagaan pakaian wanita sehingga dia menangambil keputusan meninggalkan kerjaya lama pada 2020.
“Sebelum ni saya bekerja di bank tapi dalam masa sama saya buat side income dengan menjual tudung secara dalam talian bermula tahun 2013.
“Waktu tu saya kekalkan momentum berniaga dan tekad untuk berhenti kerja masa PKP. Sekarang saya beri fokus kepada perniagaan di media sosial dengan menjual pakaian wanita.
Zura turut menitipkan pesan supaya membuat simpanan KWSP.
“Saya faham semua perkara ada risiko. Macam berniaga pun ada naik dan turun tapi yang penting kita kena pandai jaga aliran tunai,” katanya.
Bagi ibu kepada dua cahaya mata ini, dia ada alasan dan sebab tersendiri untuk terus membeli rumah berbanding mengumpul harta lain seperti kereta atau emas.
Ujarnya lagi dia bakal mengembangkan perniagaan dan mencari lebih banyak agensi pelaburan selamat.
“Semua orang impikan untuk hidup sampai hari tua. Saya pilih beli rumah sebab masih ada nilai dalam jangka masa panjang.
“Kalau beli kereta ada susut nilai jadi belilah kereta mengikut kemampuan. Emas pula penting sebagai pelaburan tetapi ia untuk jangka masa panjang.
“Saya beli rumah pertama pada 2017 di Ampang, kedua pada 2019 di Desa Pandan dan ketiga pada 2023 di Sepang,” katanya lagi.
Malah, Zura turut menegaskan adalah penting untuk setiap individu memiliki akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan mengisytiharkan cukai pendapatan setiap tahun
“Bagi saya memang patut buat pelaburan dan simpanan hari tua dengan KWSP. Kalau buat pinjaman, bank perlukan penyata daripada KWSP untuk memudahkan kelulusan meminjam.
“Menjadi tanggungjawab rakyat juga untuk bayar cukai bagi membangunkan negara. Lagi pula, ia memudahkan urusan membuat pinjaman dengan bank,” ujarnya.
BACA:
Wanita ini dedah dibelasah oleh Pemain Liga Super yang merupakan bekas pemain bola sepak Kedah
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio