Wanita mengadu kena tengking imigresen kononnya nak raih simpati netizen, sekali lain pula komen netizen.
MASYARAKAT dahulu sering berpesan bahawa ‘bahasa menggambarkan akhlak seseorang’.
Namun semakin maju dunia hari ini, nampaknya akhlak semakin nipis sehingga wujudnya individu tidak bermoral.
Seorang wanita berusia 58 tahun meluahkan rasa kecewa selepas mendakwa ditengking di hadapan khalayak ramai hanya kerana minum air di ruang pemeriksaan dan imbasan barangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA 2).
Malah katanya, dia mungkin mempunyai masalah pendengaran dan tidak dapat mendengar arahan yang diberikan petugas tetapi tidak sepatutnya dilayan dengan bahasa kasar.
“Kenapa kakitangan airport KLIA 2 tidak boleh bercakap dengan sopan, saya ini warga emas dah 58 tahun… mungkin tak dengar apa yang dicakapkan.
“Kena faham, jangan ego sangat. Bukannya kesalahan besar, hanya minum air,” luahnya di halaman Facebook.
Bimbang sikap seperti itu dilakukan terhadap individu lain terutama pelancong asing, dia turut menyatakan bahawa baik buruk identiti negara berada di tangan mereka yang bertugas di barisan hadapan.
“Dengan sikap menengking dan marah macam ini, maruah negara di tangan anda.
“Kalau cara ini kerja anda, lebih baik berhenti atau dibuang kerja saja kerana akan terjejas maruah negara,” ujarnya lagi.
Perkongsiannya itu menjadi tular sehingga turut dikongsikan di laman Twitter.
Rata-rata warga maya bersetuju dengan ‘nasihat’ yang diberikan wanita tersebut.
Beberapa pelayar juga mengakui kejadian seumpama itu sering berlaku di lapangan terbang dan mereka juga pernah menjadi mangsa tengking petugas di situ.
Aku rasa warga emas ini tak boleh bezakan tegas dengan tengking.
“Sebagai orang yang kerja travel, tiap bulan keluar negara dah lebih 10 tahun…
apa saya boleh cakap adalah hadap saja sebab majoriti macam tu. Saya go through the process tanpa pandang pun muka sebab buat sakit hati.
“I pernah kena. I okay kalau dia cakap baik-baik air tak dibenarkan, perlu buang. Tapi dia tengking depan orang ramai.
“Belum lagi tengok bercakap dengan foreigner terutama berkulit gelap, orang tu tak paham bahasa Malaysia, kau tengking 10 kali lagi gelabah dia,” ujar beberapa warga maya.
Bagaimanapun, ada juga warga maya yang menyokong staf terbabit kerana berpandangan dia perlu bertegas dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab.
“Dah nama aviation security (keselamatan penerbangan).
They need to be firm (mereka perlu tegas), mungkin tegas bukan menengking because they need to deal in any possibility’s threats such as bombers or hijackers, so they treat all equally (sebab mereka berdepan sebarang kemungkinan ancaman seperti pengeboman jadi layanan sama kepada semua).
“Lagipun standard la dia tegas… kalau tak, orang tak dengar. Satu lagi apa cerita, orang sibuk beratur, ada yang rushing tiba-tiba minum air situ. Mana common sense, kalau aku pun marah.
“Aku rasa warga emas ini tak boleh bezakan tegas dengan tengking,” ujar sebilangan lagi.
Namun seorang pelayar Twitter menyatakan tegas dalam tanggungjawab dan kurang ajar dalam berbicara adalah dua perkara berbeza.
“Tidak kira apa-apa pekerjaan sekali pun yang suka menengking kurang ajar, memang geng yang kurang cerdik, biadab dan sombong,” katanya.
Malah katanya, jika tidak ikhlas untuk bekerja, lebih baik berhenti sahaja.
BACA:
Telegram akan di ‘banned’ kerajaan Malaysia? ini jawapan Menteri
Mak guard tiba-tiba tak bagi pelawat ziarah pesakit di Hospital, rupanya sebab ini je dihalang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio