Kalah mendiang Ratu Elizabeth, Rolly Royce Sultan Brunei kereta termahal dunia raih perhatian. enderaan rasmi yang digunakan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah merupakan kereta termahal dunia sekaligus mengalahkan Bentley State Limousine milik Ratu Elizabeth II.
Rolls-Royce Silver Spur II itu adalah yang termahal dan paling berprestij di dunia. Dianggarkan kereta Sultan Brunei itu bernilai AS14 juta (RM58.6 juta) manakala nilai Bentley State Limousine milik Ratu Elizabeth II pula AS13.5 juta (RM56.6 juta).
Penilaian itu dijalankan oleh syarikat automotif United Kingdom, Select Car Leasing selepas Ratu Elizabeth menggunakan Bentley State Limousine ketika menghadiri Platinum Jubli.
Susulan itu ramai orang awam menyatakan Bentley State Limousine berkenaan merupakan kenderaan rasmi termahal dunia.
Menurut Select Car Leasing, kereta Sultan Hassanal Bolkiah jadi lebih mahal kerana penambahan yang dilakukan misalnya lapisan emas 24 karat pada seluruh badan kenderaan. Elemen emas juga dihadirkan pada bahagian rim dengan warna berkilau.
Belum lagi penambahan kanopi khusus. Sayangnya menurut Autoevolution, Sultan Hassanal Bolkiah jarang menggunakan kenderaan itu. Tidak seperti Ratu Elizabeth II yang masih dilihat menggunakan Bentley State Limousine di acara rasmi.
Difahamkan selain Rolls-Royce Silver Spur II, Sultan Brunei memiliki hampir 500 kenderaan Rolls Royce. Tidak hanya Rolls Royce, koleksi lain termasuklah Lamborghini, Porsche, Jaguar, Bugatti dan Ferrari.
Hampir seluruh hypercar dan supercar tersebut merupakan model edisi khusus yang jarang dimiliki banyak orang.
BACA JUGA :
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio