Syarikat ini bakal potong ‘tang konar’ Facebook dan Tesla, ini kisah syarikat yang start kat kedai makan boleh berjaya.
Nvidia sekarang dah jauh meninggalkan Facebook dan Tesla. Bila-bila masa jer akan masuk ‘Syarikat $1 Trilion’.
Macam mana syarikat yang start kat kedai makan marhaen boleh berjaya macam ni?
Ini kisah perjalanan mereka!
Nvidia diasaskan pada 5 April 1993 oleh Jen-Hsun Huang, Chris Malachowsky dan Curtis Priem.
Ketiga-tiga berpengalaman kat AMD, Sun Microsystems dan IBM. Pendek kata, super-geniuses.
Mereka berjumpa kat restoran Denny’s tak jauh dari exit highway East San Jose. A humble start.
1993 tu zaman Compaq Corp dan SiliconGraphics. dsb. Sekarang apa jadi kat mereka ni semua? Yup. Lenyap.
Sebab apa mereka ni gulung tikar… tapi Nvidia out of nowhere dah hampir cekau $1 trilion?
Mereka tiada satu benda. Apa dia?
Visi (yang jelas). Tu point one.
Apa visi Nvidia?
Tahun 1993 tu, mereka dah nampak yang computer makin bergerak dari ‘general-purpose’ ke arah ‘graphics’ (Tilley, 2016). Mereka dah nampak kuasa pasaran games ni.
Jadi dengan dana $40K, mereka tunaikan demand ni. Pembaca kena tahu: demand ni ‘belum wujud’ lagi.
Memang tiada market. Kat Denny’s tu pun, Malachowsky duduk minum kopi hangit. Keliling dia? Orang cakap pasal aktiviti riadah kat pantai. California kan. Surfing je lah kerjanya.
Jadi mereka create market buat graphics processor units yang akan dipasang pada motherboards.
Seolah-olah mereka ada mesin masa dan bawa balik ilmu dari zaman sekarang.
Visi mereka meyakinkan pelabur. Antaranya adalah Sequioa Capital. Semua buat gaya ‘shut up and take my money’. Dari $40K, mereka dah jana $20 juta venture capital.
Tahun 1998, mereka buat RIVA TNT.
Real-time Interactive Video and Animation (RIVA) Accelerator.
Nak banding dengan graphic card zaman sekarang memang teruk lah. Tapi RIVA ni harumkan nama Nvidia. Tahun seterusnya, mereka buat GeForce 256.
Kenangan!
And since then, mereka start meyakinkan pemain industri.
ni point two: tutup mulut, buat kerja dan buat produk yang orang tak sangka mereka perlu.
Nvidia cekau kontrak dengan Xbox yang bernilai $200 juta. Ni advance tau. Dapat duit dulu, baru bagi produk. Dapat jer kontrak ni, mereka delay projek lain.
Sebab order ni kena fulfill.
Tak fulfill, $200 juta kena pulang balik. Entahnya kena penalty. Reputasi hancur. Jadi semua best engineers Nvidia fokus tunaikan order.
Point Three: Fokus satu dua produk yang in-demand. Sell what sells. Jangan kembang terlalu pesat dalam masa singkat sangka bagi pilihan.
Ahmad Faezal
@AhmadFaezal4
·
15h
Walaupun bertemu tahun 1993, saya nampak Nvidia betul-betul start tahun 1998.
Dalam masa 10 tahun, Nvidia dah buat deal dengan macam-macam company… termasuk partnership dengan Sony buat graphics untuk PlayStation.
Banyak company graphics tunduk pada mereka.
Nvidia beli Exluna, MediaQ, iReady dan Hybrid Graphics. Semua ada tech yang mereka nak.
Kegiatan mereka dihidup US Department of Justice yang kemukakan saman suruh tengok balik mungkin dah langgar peraturan perniagaan dalam industri graphics (Krazit & McCarthy, 2006).
US benci gila bila ada syarikat berkembang terlalu pesat sampai jadi monopoli. Facebook dah berapa kali naik turun perbicaraan lepas beli WhatsApp dan Instagram.
Nvidia teruskan perniagaan… tembus masuk Apple, Dell dan HP. Stop sini on graphics. Sebab semua dah faham.
Takkan Nvidia jual graphics jer boleh jadi kaya-raya sampai setanding dengan Tesla, Apple dsb.?
Tak. Balik ke Point two: “buat produk yang orang tak sangka mereka perlu.”
Apa next-generation product yang kita tahu Generasi Alpha (adik-adik Gen Z) mesti perlu? Product dua huruf:
Yup. AI.
Artificial Intelligence.
Sebelum 2018, semua bayangkan AI ni serupa science fiction yang jauh daripada capaian manusia. COVID-19 tunjuk yang dunia sangat perlu AI.
Dan sekarang kita dok ada kat ambang suatu teknologi yang sangat revolutionary.
Pada tahun 2022, Nvidia release processor H100. Ini kira antara processor paling power dalam dunia. Spec ngeri gila:
1. 864 GBPS memory bandwith
2. 80GB GPU memory.
Harga pun ngeri: RM180,000.
Macam Mana Nvidia Boleh Bangun Mengaum Jadi Gergasi?
Nvidia sekarang dah jauh meninggalkan Facebook dan Tesla. Bila-bila masa jer akan masuk ‘Syarikat $1 Trilion’.
Macam mana syarikat yang start kat kedai makan marhaen boleh berjaya macam ni?
Ini kisah perjalanan mereka! pic.twitter.com/LmWeiOCZqc
— Ahmad Faezal (@AhmadFaezal4) May 28, 2023
Waktu release tu nampak macam tak sesuai. Dunia baru nak bernafas dari pandemik. Semua perniagaan tengah naik balik dengan inflasi gila.
Tapi out of the blue, AI services meletup dengan kedatangan ChatGPT, Midjourney, Bard dsb. Menurut Nvidia, ChatGPT mulakan demand mengejut.
Services AI tengah berlumba-lumba nak tunaikan demand industri. Jadi mereka perlu microchip yang super-powered. H100 boleh tunaikan keperluan ni.
Nvidia kata ni, “world’s first computer chip designed for AI.” (Bradshaw & Waters, 2023)
Specific demand. Specifics!
Produk betul + masa betul = duit jatuh dari langit.
Dalam masa tiga bulan, H100 terjual $11 bilion. Modal pasaran Nvidia mencanak +$184 bilion.
Campur jer dengan market cap sedia ada, dah nak dekat $1 trilion dah. Demand H100 tinggi sampai Nvidia perlu enam bulan nak hantar.
Elon Musk dah beli ribuan chips Nvidia ni untuk projek AI dia. Dan dia sendiri cakap, punyalah susah nak dapat. Sekarang ni nampak sangat Nvidia ni tak selesa kat kerusi empuk.
Mereka sentiasa mendahagakan demand baru. Dan mereka dah create demand baru.
Korang yang baca ni jangan sangka kita tak mampu create demand. Apa-apa jer boleh jadi secara mengejut.
Kita cuma kena fikir apa demand masa depan. Dapat settle benda ni, maka dunia milik kita… dan kadangkala, benda masa depan tu adalah apa yang kita dah ada sekarang ni.
BACA:
Sisi gelap dalam penjara ramai tak tahu, patutnya warden penjara yang kena hukum
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio