Tengah dukung anak tiba-tiba ramai awek Turkiye datang kerumun nak tangkap gambar tapi bapa pula yang perasan lebih

Oleh MHDAILY

Tengah dukung anak tiba-tiba ramai awek Turkiye datang kerumun nak tangkap gambar tapi bapa pula yang perasan lebih.

SEKALI pandang, macam jejaka terhangat di pasaran!

Itulah gambaran yang dapat diberikan mengenai seorang bapa yang menjadi perhatian ketika sedang mendukung bayi comelnya

Tengah dukung anak tiba-tiba ramai awek Turkiye datang kerumun nak tangkap gambar tapi bapa pula yang perasan lebih

Dan pada masa yang sama dimana sekumpulan gadis warga asing begitu teruja mengambil video dan gambar dua beranak itu.

“Anak aku jadi kegilaan awek-awek Turkiye. Bapa dia yang seronok lebih,” tulis seorang wanita menerusi satu perkongsian video yang tular.

Bercakap kepada mStar, bapa berkenaan, Aqmal Aizzat menjelaskan bahawa gadis-gadis Turkiye itu sebenarnya tertarik dengan anak sulungnya, Muhammad Rayyan Raykal yang berusia 11 bulan.

Lebih mesra disapa Ejat Rafael, dia memberitahu ketika itu dia bersama isteri serta anak sedang bercuti selama 10 hari di Turkiye.

“Masa tu di Istanbul di tempat awam. Saya sedang dukung anak, lepas tu sedar ada sekumpulan gadis ini tiba-tiba tunjuk sesuatu ke arah saya dan anak.

“Saya jalan macam biasa buat tak tahu. Mereka kemudian datang dekat. Saya tanya kenapa? Mereka tunjuk baby saya,” katanya kepada mStar ketika masih dalam percutian selama 10 hari di Turkiye.

Ejat Rafael bersama anak di Istanbul.

Ejat Rafael menegaskan bahawa tiada insiden yang tidak dingini berlaku sepanjang dia dan anaknya dikerumuni gadis-gadis Turkiye.

“Bukan scam, mereka juga bukan penyeluk saku. Mereka mungkin pelancong atau warga tempatan. Mereka beritahu tertarik dengan anak saya sebab comel.

“Bahagian yang mereka paling suka adalah kening anak saya. Apabila anak dibawa turun (dari dukungan), mereka mula pegang pipi anak dan mahu mengambil gambar dan video,” ujarnya yang bercuti di Istanbul dan Cappadocia.

Ramai tertarik dengan kecomelan Muhammad Rayyan Raykal.

Berasal dari Kuala Lumpur, Ejat Rafael bagaimanapun tidak terkejut dengan kejadian itu kerana dia dan isteri juga pernah mengalaminya di Malaysia.

Malah, anaknya turut menjadi perhatian di beberapa negara lain ketika dibawa melancong bersama sejak usianya empat bulan.

Mujur anak saya bukan jenis meragam, dan tak menangis apabila berjumpa orang luar.
EJAT RAFAEL
BAPA
“Setiap kali kami bawa anak, ada yang berhenti dan menegur kerana mahu mengambil gambar. Di luar negara pun ada yang tertarik tetapi kebanyakan mereka adalah pasangan, biasanya suami isteri.

“Tapi ini kali pertama anak saya menjadi perhatian daripada kalangan gadis-gadis, siap ada yang ikut kami sampai naik tren,” ujarnya sambil menambah dia dan isteri pernah bercuti bersama anak di Vietnam, Korea Selatan, Singapura dan United Kingdom.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Ejat Rafael dan isteri bersama anak ketika bercuti di Cappadocia.

Ejat Rafael yang terlibat dengan forex trading juga terhibur dengan komen-komen netizen yang menganggap kumpulan gadis Turkiye berkenaan sebenarnya mahu mengambil gambarnya, dan bukannya dengan anak lelakinya.

“Memang ada yang nak ambil gambar dengan saya, tapi bersama anak. Dan memang mereka tertarik dengan anak sebab turut bergambar berdua dengan anak tanpa saya.

“Mujur anak saya bukan jenis meragam, dan tak menangis apabila berjumpa orang luar. Isteri saya pula seorang sporting melayan dan dia yang rakam video tu.

“Isteri tak kisah dengan komen-komen netizen, dia anggap sekadar gurauan. Dia tak cemburu pun, sebab dari Malaysia pun ramai yang suka mendekati anak kami,” katanya.

BACA: 

“Suami aku cakap perempuan tu akan jadi pembantu rumah je, sekali terkantoi, rupanya ini mereka buat masa aku tengah pantang!”

Tetamu dah ramai datang, nasi yang ditanak dalam periuk besar tak masak setelah 7 jam, lain pula jadi bila perawat islam bantu