Trending di Tiktok trend Wes Enderson, Wes Enderson tu siapa sebenarnya? Ini kisah yang ramai orang tak tahu.
Sekarang ni kalau korang scroll Instagram atau TikTok, mesti korang banyak jumpa video “you better not act like you are in Wes Anderson’s film” kan?
Tapi, ramai jugak orang yang tak kenal dan tak tahu pun apa atau siapa Wes Anderson ni. Janji follow trend kan?
Untuk korang yang tak tahu, Wes Anderson merupakan salah seorang pengarah yang terkenal tau. Walaupun filem-filem yang dia buat tak blockbuster, tapi kerana keunikannya, kalau orang tengok je dah tahu itu filem dari pengarah ini.
Antara style pengarah ini adalah dia sangat mementingkan shots yang sangat-sangat simetri macam ukur pakai pembaris, serta mengenakan elemen warna pastel. Biasanya kalau tengok filem dia, memang tak nampak macam real tapi nampak macam buku cerita.
Selain tu, jalan cerita yang disampaikannya pula sangat simple dan kelakar. Sebab tu kalau korang tak pernah tengok filem dia, korang memang wajib tengok. Confirm tak menyesal!
5 Filem Wes Anderson yang patut ditonton
1. The Grand Budapest Hotel (2014)
Ini merupakan filem Wes Anderson yang popular. The Grand Budapest Hotel ini berjaya mencalonkan pengarah ini buat pertama kali dalam Anugerah Akademi dalam kategori Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik. Ia juga turut berjaya memenangi Anugerah Grammy bagi kategori Filem Terbaik Muzikal atau Komedi.
Filem kelakar dan adventurous ini mengisahkan tentang Gustave H., seorang concierge terkenal di sebuah hotel mewah dan rakannya Zero Moustafa yang merupakan “budak lobi”. Gustave telah dituduh membunuh dan mewarisi sebuah lukisan mahal.
Dia dan Zero telah pergi membuat perjalanan untuk membersihkan namanya dan mencari lukisan tersebut. Sepanjang perjalanan, dia telah menemui ramai orang-orang menarik dan perlu melawan orang-orang yang berniat jahat.
@kenzero14 Replying to @mama mu Wes Anderson is known for his symmetrical framing. It’s a constant throughout his works. The symmetry is a nice calling card but it’s just one aspect of Anderson’s style. #wesanderson #wesandersonfilm #wesandersoninspired #shotoniphone #iphone #cinematic #colorgrading #filmtok #film #cinematography #mobilephone #mobilecinematography ♬ Obituary – Alexandre Desplat
Filem ini menceritakan tentang persahabatan, keberanian dan kesetiaan dan confirm akan buat korang tergelak.
2. The French Dispatch (2021)
Filem ini mempunyai sebanyak tiga koleksi cerita yang berlaku di sebuah bandar fiksyen yang dinamakan Ennui-sur-Blasé di Perancis.
Kisah pertama adalah tentang sekumpulan wartawan Amerika yang bekerja untuk majalah unik yang dipanggil “The French Dispatch”. Mereka melaporkan tentang sekumpulan revolusioner diketuai oleh seorang chef yang mencuri resipi daripada keluarga kaya.
Kisah kedua pula tentang seorang banduan yang merupakan seorang artis dan melukis mural di dinding selnya. Lukisan itu menjadi terkenal, dan seorang peniaga seni datang untuk melihatnya, membawa kepada peristiwa yang mengejutkan.
@khowledge #InspirasiRaya Raya² ni ramai pulak yang post trend Wes Anderson. Tahukah anda apakah itu Wes Anderson? inilah dia yg sebenarnya.. #TiktokGuru #LearnOnTiktok #tahukahanda #wesanderson ♬ Obituary – Alexandre Desplat
Kisah ketiga adalah tentang cinta segi tiga di antara seorang pelajar, gurunya, dan ahli politik tempatan. Ia berlaku semasa revolusi pelajar di Perancis pada tahun 1968.
Filem ini penuh dengan watak unik Wes Anderson, dialog jenaka dan gaya visual yang cantik. Ia adalah filem menghiburkan dan menyentuh hati yang meraikan kuasa penceritaan dan kepentingan hubungan antara manusia.
3. Moonrise Kingdom (2012)
Filem ini menceritakan tentang dua kekasih remaja Sam dan Suzy yang melarikan diri bersama-sama.
Sam merupakan anak yatim yang juga seorang pengakap manakala Suzy adalah seorang yang suka membaca dan mempunyai keluarga yang bermasalah.
Dua remaja ini telah menyusun rancangan untuk melarikan diri dan membuat khemah di sebuah pantai yang tersembunyi, namun kehilangan mereka telah menimbulkan panik.
Sebagai sheriff, bapa Suzy dan kumpulan pengakap telah bersama-sama cuba mencari pasangan ini.
4. The Darjeeling Limited (2007)
Filem ini menceritakan tentang tiga adik beradik yang lama tak berjumpa. Francis, Peter dan Jack telah bertemu semula untuk membuat perjalanan ke India menggunakan tren yang diberi nama Darjeeling Limited.
Tiga adik beradik ini tak berjumpa dengan satu sama lain sejak pengebumian bapa mereka setahun yang lalu dan setiap seorang dari mereka sedang mengalami masalah peribadi.
Francis, abang sulung sedang beransur pulih selepas kemalangan motosikal yang hampir meragut nyawanya. Peter pula baru sahaja putus cinta dan tertekan kerana bakal menjadi bapa manakala Jack sedang bergelut dengan kerjayanya sebagai penulis dan hubungan sulitnya.
Dalam perjalanan ini, tiga adik beradik ini telah bertemu dengan pelbagai orang dan situasi yang mencabar namun secara tak langsung merapatkan semula hubungan mereka.
5. The Life Aquatic with Steve Zissou (2004)
Filem ini menceritakan tentang Steve Zissou seorang oseanografi yang sedang membuat misi untuk mencari jerung jaguar yang misteri dan sukar dicari kerana telah membunuh rakan baiknya dalam ekspedisi sebelum ini.
Perjalanan Steve turut ditemani isterinya, seorang wartawan dan lelaki yang mendakwa anak lelakinya. Dalam perjalanan, mereka telah menghadapi pelbagai cabaran termasuk bertemu dengan lanun, musuh dan pendedahan yang tak disangka-sangka.
Korang boleh cuba mana-mana filem Wes Anderson ni, min confirm korang mesti suka sebab jalan ceritanya simple dan memang dekat di hati.
BACA:
Apple app store tiba-tiba padam aplikasi Tumblr rupanya ini yang terjadi sebenarnya