Gara-gara ‘mengemis’ di Genting Highland, sekali 4 wanita warga asing ‘dikutip’ Polis

Oleh MHDAILY

Gara-gara ‘mengemis’ di Genting Highland, sekali 4 wanita warga asing ‘dikutip’ Polis.

Polis daerah ini menggagalkan kegiatan meminta wang atau mengutip sedekah serta mengganggu ketenteraman orang awam

Apabila menahan empat wanita warga asing berusia 30 hingga 34 tahun di Genting Highlands di sini.

Gara-gara 'mengemis' di Genting Highland, sekali 4 wanita warga asing 'dikutip' Polis

Penahanan empat wanita terbabit berikutan penularan video berdurasi 23 saat oleh pemilik akaun Facebook “Penang Kia, Penang Kia” semalam.

Ketua Polis daerah, Superitenden Zaiham Mohd. Kahar berkata, polis mendapati aktiviti mengutip sedekah oleh empat wanita berkenaan berlaku di kawasan peranginan tanah tinggi itu sejak 5 Mei lalu.

“Cara memperoleh wang orang ramai dilakukan mereka dengan kaedah memujuk dan merayu orang ramai di kawasan Hotel First World dan Genting Malaysia Berhad,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Zaiham, Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong akan menyiasat kes tersebut di bawah Seksyen 27(c) akta Kesalahan Kecil 1955 (Peminta-peminta sedekah).

“Sesiapa yang meminta sedekah di tempat awam dan boleh mencari pekerjaan sah untuk hidup, boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100 atau penjara sehingga satu bulan atau kedua-keduanya,” katanya.

Ujarnya, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi memandangkan kes ini dalam siasatan pihak polis.

BACA:

Ini 5 agenda mesyuarat Anwar dan Jokowi buat rakyat Malaysia dan Indonesia bangga

Lukisan je dah RM30 juta! Rupanya ini kisah sedih disebalik lukisan gadis muda menyusu lelaki tua dalam penjara