Belum cukup dihati kalau pelajar baru UiTM tak tahu kisah pelajar UiTM dulu-dulu rampas keretapi turun demo di Padang Merbok?

Oleh MHDAILY

Belum cukup dihati kalau pelajar baru UiTM tak tahu kisah pelajar UiTM dulu-dulu rampas keretapi turun demo di Padang Merbok?

Isu seorang graduan melakukan protes di pentas Majlis Konvokesyen UM dah pun menjadi buah mulut semua orang.

Dalam sejarah mahasiswa dan universiti, ia tak lekang dari sebarang aktiviti protes.

Belum cukup dihati kalau pelajar baru UiTM tak tahu kisah pelajar UiTM dulu-dulu rampas keretapi turun demo di Padang Merbok?

Begitu juga, dalam sejarah penubuhan UiTM yang pernah melibatkan sebuah protes yang amat besar sekali…

Mesti ada dalam keluarga korang yang sebenarnya lepasan graduan UiTM. Kalau tak abang, mesti kakak, tak pun adik angkat. Pada tahun 2017 sahaja, jumlah graduan UiTM adalah seramai 26, 471 orang yang terdiri daripada 12 cawangannya. Dari Perlis sampai Ke Johor mesti ada UiTM ni.

Walaupun banyak cawangan, tujuan UiTM ditubuhkan ni tetap sama. Iaitu sebagai sebuah institusi pendidikan negara khusus untuk membangunkan modal insan Melayu dan bumiputera di negara ini. Tapi UiTM ni bukanlah tiba-tiba je jadi universiti terus.

Perjalanan untuk diiktiraf menjadi universiti ni sangatlah berliku-liku yang boleh buat korang terpaku bila tahu. Pelajar UiTM atau graduan pun mungkin ramai yang tak tahu kalau kita tanya sejarahnya. Segalanya bermula…

Lima puluh orang graduan untuk generasi pertama

Dilaporkan yang kaum bumiputera tertinggal jauh dalam bidang akademik sebelum tragedi 13 Mei 1969.

Masa tu cuma ada satu je universiti iaitu UM. Tu pun hanya dipenuhi oleh pelajar bukan Melayu dan hanya segelintir je yang dapat tempat khas di fakulti sains, kedoktoran dan kejururuteraan.

Segelintir yang masuk universiti tu pulak adalah mereka yang ada kemampuan untuk ke sekolah Inggeris sebelum tu. Kalau yang dapat ke luar negara tu pun sebab dapat biasiswa Komanwel.

Walaupun situasinya macam tu, pada tahun 1956 sebenarnya telah ada usaha untuk bantu pendidikan bumiputera melalui penubuhan Dewan Latehan RIDA idea Dato’ Onn Jaafar. Pada 14 Februari 1957. ianya telah dirasmikan oleh Tun Dr. Ismail (Menteri Perdagangan dan Industri waktu tu).

Pengambilan pertama hanyalah seramai 25 orang yang ambil kursus London Chamber of Commerce, stenography, secretaryship,accountancy dan kursus untuk peniaga kecil.

“Konvokesyen pertama pada tahun 1962, menyaksikan lima puluh graduan menerima sijil daripada Timbalan Perdana Menteri, Tun Haji Abdul Razak Dato’ Hussein (Allahyarham).”- Sultan Dr. Nazrin Muizzuddin Shah, petikan dari Awani.

Beberapa lepas tu, Dewan Latehan RIDA telah ditukar nama kepada Maktab Majlis Amanah Rakyat (MARA) setelah rombakan dan penambahbaikkan dalam kursus-kursus yang ada. Pada tahun 1967, Maktab Mara tu sudah dinaik taraf sebagai Institut Teknologi MARA (ITM). Tapi, tak semuanya indah bagi Bumiputera sebab ada satu masalah bila…

Ada pelajar ITM rampas keretapi untuk berhimpun di dewan parlimen

Diorang yang berkelulusan diploma ITM kebanyakannya mendapat gaji yang setaraf dengan orang yang berkelulusan STPM waktu tu. Pengarah ITM, Arshad Ayub ada bawa isu ni kepada pihak berwajib supaya ITM diiktiraf jadi universiti.

 

Dalam waktu yang sama, pelajar-pelajar ITM tak duduk diam dan buat kerja diorang. Kepimpinan Kesatuan Siswazah Institut Teknologi (KSITM) telah hantar satu memorandum kepada banyak pihak termasuk Menteri Pelajaran waktu tu, Tan Sri Mohammad Yaacop.

“We were very upset, raja kita semua Melayu, menteri kita kebanyakan Melayu, pegawai kita semua Melayu, tapi dia produce Diploma untuk Melayu, and kerajaan sendiri tidak iktiraf.”- Nik Rosli Mahmud, Ketua Keselamatan dan Kebajikan Pelajar KSITM 1974, petikan dari Oren TV.

Abang dan akak mesyuarat untuk masa depan korang di UiTM. Imej dari Oren TV.
Menurut Oren TV lagi, ada dua isu penting yang ada dalam memorandum tu termasuk:

Program-program Diploma ITM bernilai kerana kelulusannya diterima masuk ke program-rogram sarjana universti luar negara macam Universiti Ohio, Universiti Boston, Universiti Negeri Michigan dan Universiti Negeri Washington.

Program diploma ITM memerlukan pengiktirafan diperingkat ijazah dan ITM dinaikkan ke taraf universiti.
Nampaknya, memorandum tu tak mendatangkan apa-apa hasil. Jadinya, pada malam 22 April 1974, lebih kurang 6, 000 pelajar ITM telah berarak sejauh 60 km dari kampus Shah Alam menuju ke Dewan Parlimen. Menurut bekas pimpinan KSITM 1974, Anuar Tahir, perarakan macam ni tak pernah terjadi di negara ni selepas Malayan Union.

Tapi perjalanan perarakan ni taklah berjalan lancar sebab pihak FRU dah tunggu di Batu Tiga, Shah Alam. Menurut Presiden KSITM waktu tu, Ibrahim Ali, FRU minta bersurai tapi semua tak bersurai yang menyebabkan bom asap dilepaskan waktu malam. Walaupun barisan paling depan perarakan tu diduduki oleh pelajar ITM yang terdiri dari anak polis, dorang tetap jugak bertembung dengan FRU.

“Kita tengok macam cahaya bunga api. Saya lari, terjun dalam paya di Batu Tiga tu, ada paya disebelah stesen keretapi dan saya bersembunyi dalam paya.”- Ibrahim Ali, Presiden KSITM 1972-1974. Petikan dari Oren TV.

Akhirnya, hanya 300 orang sahaja yang sampai ke dewan Parlimen, lebih kurang 300 di bawa ke hospital manakala 1,500 orang ditangkap. Sepanjang perarakan ni juga sebenarnya ada ratusan pelajar ITM yang menuju ke KL dengan menaiki keretapi. Macam mana tu?

“Ada pelajar Engineering, merampas keretapi…dan mereka bawa keretapi tu ke KL. Penuh dengan pelajar-pelajar ITM. Saya diberitahu ada lebih kurang 600 orang”- Ibrahim Ali, petikan dari Oren TV.

Pelajar Catering ITM sediakan makanan, pelajar Mass Comm buat propaganda media

Disebabkan perarakan tu tak menjadi, pimpinan KSITM ni pun menguasai kedua-dua kampus di Shah Alam dan Jalan Othman selama 10 hari untuk dijadikan tempat perjumpaan. Arshad Ayub, Pengarah ITM waktu tu berpendapat dia boleh selesaikan demonstrasi tu tapi dia tiada di situ. Tapi, menurut Ibrahim Ali, Presiden KSITM, diorang dapat semangat nak melawan ni sebab Arshad Ayub bagi restu walaupun secara tak rasmi.

“Eloklah kamu semua meneruskan perjuangan ini kerana ia demi kepentingan kamu, bukan kepentingan saya. Kalau kamu belajar dan mendapat diploma lanjutan, tetapi tidak diiktiraf sewajarnya, masa depan kamu juga akan malap.”- Arshad Ayub dalam Buku Perjuangan Tanpa Noktah, petikan dari Utusan.

Waktu tu juga, bekalan elektrik dan air dipotong untuk bagi pelajar-pelajar ni tinggalkan kampus. Tapi diorang tetap bertahan dan berlaku kerjasama yang menakjubkan antara diorang.

Bayangkan, pelajar Hotel Catering sediakan makanan, pelajar Mass Comm buat perang saraf media dan pelajar kejuruteraan buat kerja diorang. Ibu bapa pimpinan pelajar KSITM juga dibawa datang ke kampus bagi memujuk diorang ni supaya mengalah tapi semuanya tak menjadi sehinggalah berlaku rundingan.

Akhirnya, rundingan diadakan di pejabat Perdana Menteri atas permintaan pimpinan KSITM sendiri. Bukan setakat tu je, diorang juga bagi syarat supaya pergi sana kena naik kereta menteri sambi diiringi polis trafik. Demand lebihlah sikit. Walaupun ada permintaan yang tak dilaksanakan waktu tu, tapi usaha tu tetap berhasil dengan beberapa keputusan. Antaranya:

Beberapa diploma ITM diberi pengiktirafan setaraf dengan ijazah am dan berhak dibayar gaji yang setimpal.


Graduan yang sudah terlebih dahulu bekerja, menerima bayaran tunggakan gaji yang seperti sepatutnya mereka terima.

Korang dah tahu betapa pentingnya kawan dengan budak perhotelan dan catering. Imej dari UiTM Pulau Pinang.
Permintaan untuk iktiraf ITM jadi universiti pulak ambil masa yang lama untuk nak buat. Ini pula kisahnya yang berliku-liku…

ITM diubah menjadi UiTM on the spot dalam satu himpunan

Permintaan pimpinan KSITM dan pelajar lain tak dapat dipenuhi oleh Tun Abdul Razak selaku PM waktu tu. Tapi kerajaan telah iktiraf diploma ITM setaraf dengan ijazah. Pada tahun 1978, pengarah ITM yang baru, Datuk Profesor Dr. Awang Had Salleh buat program berkembar antara ITM dengan universiti luar negara. Tujuannya supaya diploma ITM diiktiraf di luar negara.

“Program pensyarah muda dimulakan di mana ramai lulusan ITM dihantar ke luar negara untuk mendapat PhD dan kembali menjadi pensyarah di ITM.”- Petikan dari Utusan.

Bekas Presiden KSITM, Ibrahim Ali yang ketuai demonstrasi pelajar dulu pulak tak berhenti lagi berjuang. Dia telah membuka syarikat Teknologi Sdn. Bhd. untuk kumpulkan pelajar lulusan ITM dalam tu. Selepas tu, Ibrahim Ali masuk UMNO sebagai Pemuda UMNO Pasir Mas. Pada tahun 1999, dia dah pegang jawatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada 26 Ogos 1999, dia ada buat perhimpunan siswazah ITM dan siap jemput Dr. Mahathir (PM waktu tu) untuk rasmikan. Masa perhimpunan tu, dia berucap dan minta supaya Dr. M umumkan ITM jadi universiti. Maka berlakulah keputusan on the spot antara Dr. M dengan Najib Razak (Menteri Pendidikan waktu tu).

“Dr. Mahathir kemudian toleh ke arah Najib dan bertanya kalau dia umum ITM jadi universiti hari ini bolehkah dari segi perundangan? Najib berkata, tiada masalah ia boleh dilakukan. Maka pada hari itu bertukarlah ITM menjadi universiti atau dikenali sebagai UiTM.”- Ibrahim Ali, petikan dari Utusan.

Pada 24 Oktober 1999, Datuk Khalid Yunus yang merupakan Timbalan Menteri Pendidikan waktu tu melancarkan logo dan akronim baru UiTM. Canselor pertama UiTM pulak adalah Yang di-Pertuan Agong Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj.

Naib Canselornya adalah Profesor Datuk Dr. Ahmad Zaidee. Eloklah graduan UiTM ingat tarikh ni. Barulah UiTM dihatiku. Tapi, perjalanan pengiktirafan UiTM tak habis macam tu je.

Alumni ITM minta Dr. M masukkan fakulti Perubatan ke dalam UiTM

Bekas Presiden KSITM, Ibrahim Ali juga ada tubuhkan Yayasan Budiman UiTM untuk tujuan menaja para pelajar miskin. Program Desitinasi Anak Bangsa juga dibuat dengan membiayai para pelajar ni untuk mengikuti kursus pra-diploma selama enam bulan sampailah diorang sambung pelajaran dalam bidang perakaunan atau kejuruteraan. Selain tu, disebabkan tak nak UiTM ni dipandang rendah oleh orang lain, langkah seterusnya di ambil.

Ibrahim Ali telah minta Dr. Mahathir supaya masukkan fakulti Perubatan ke dalam UiTM. Hasilnya, Dr. M dah meluluskan penubuhan fakulti perubatan UiTM yang merupakan antara fakulti paing susah untuk masuk berdasarkan merit yang tinggi.

Ni bukan cikai-cikai punya fakulti. Imej dari Medicine UiTM.

Usaha untuk menaikkan UiTM ke tahap yang lebih tinggi tak habis lagi rupanya. Sebabnya, ada beberapa cadangan yang timbul supaya universiti ni diisytihar menjadi Universiti Diraja UiTM. Bezanya universiti diraja ni, ia akan dinaungi oleh Majlis Raja-Raja sebagai satu bidang kuasa yang kukuh supaya pendidikan bumiputera dapat dilaksanakan dengan berkesan. Sebab lain benda ni dicadangkan kerana…

“Datuk Irmohizam Ibrahim (BN-Kuala Selangor), berkata status itu juga dapat menghentikan campur tangan mana-mana pihak dalam kalangan rakyat Malaysia daripada mengganggu gugat kewujudan dan kedudukan universiti awam itu.”- Petikan dari Penerangan.gov.my.

Mana yang kacau UiTM aku ni? Masuk kalau berani.

Betul ke ada campur tangan ni? Kami tak tahu, cumanya ada beberapa cadangan dari beberapa pihak mengenai kuota bukan bumiputera perlu dibuka untuk masuk UiTM yang pernah jadi isu hangat.

Isu buka kuota bukan bumiputra kepada UiTM, lebih 5,000 pelajar berhimpun

Kalau dulu 6,000 pelajar berkumpul supaya ITM diiktiraf jadi universiti, pada 12 Ogos 2008, lebih 5,000 pelajar UiTM berarak sejauh dua kilometer di Shah Alam sebab membantah cadangan MB Selangor (Khalid Ibrahim waktu tu). Cadangan yang dikeluarkan adalah supaya 10 peratus kuota dibuka kepada bukan bumiputera untuk masuk UiTM. Cadangan tu hanyalah pandangan untuk tingkatkan mutu dan kualiti pendidikan UiTM serta bagi peluang pekerjaan kepada bumiputera.

Selain tu, seorang bekas pelajar UiTM, Dyana Sofea (ahli politik DAP sekarang) sendiri pernah cadangkan supaya hak sama rata dibuka kepada semua rakyat Malaysia masuk universiti tu. Isu ni juga menjadi hangat.

Kalau korang nak tahu, isu ni bukanlah baru sebab waktu masih ITM lagi benda ni dah dibangkitkan di parlimen pada tahun 1976. Menurut Sultan Dr. Nazrin Shah, waktu Dr. Mahathir bentangkan Rang Undang-Undang ITM pada 13 April 1976, ada je beberapa ahli parlimen bahas supaya ITM dibuka kepada semua warganegara.

Ahli-ahli Parlimen yang cadangkan tu adalah Dr. Tan Chee Khoon, Lim Kit Siang & Lim Kiam Hoon. Tapi Dr. Mahathir telah menolak cadangan tu sebab perpaduan tak boleh asyik didesak untuk dilaksanakan di ITM. Sedangkan tuntutan untuk perbanyakkan sekolah aliran Mandarin dan Tamil sering kali dituntut untuk ditambah banyak lagi.

“Dr. Mahathir menyeru agar mereka yang bersungguh mahu merealisasikan agenda perpaduan nasional untuk membuktikannya dengan menghantar anak-anak ke Sekolah Kebangsaan.”- Petikan dari Astro Awani.

Walaupun isu kemasukan bukan bumiputera diperdebatkan dari dulu sampailah sekarang. Tapi, pada tahun 2015 nampaknya telah keluar satu cadangan dari orang lama ITM, Tan Sri Arshad Ayub. Dia yang jugak Pro Canselor UiTM cadangkan supaya peluang dibuka untuk bukan Bumiputera bagi peringkat Masters dan PhD dalam peratusan yang kecil. Cara ni boleh bagi semangat untuk pelajar Bumiputera bersaing di peringkat tertinggi. Dalam masa yang sama, cadangan ni tak babitkan peringkat diploma dan ijazah sebab orang Bumiputera perlukan lagi peluang tu.

Walau apa pun yang berlaku di UiTM, pelajar-pelajarnya tetap ada yang terbaik

Kalau nak diikutkan, ranking UiTM ni nombor 9 di Malaysia dan nombor 158 di Asia menurut QS University Ranking 2017-2018.

Ranking ni pulak sentiasa meningkat. Ranking ni juga ditentukan berdasarkan reputasi akademik, graduan, fasiliti tempat belajar dan lain-lain. Untuk ranking bagi employer reputation atau bahasa mudahnya peluang graduan diterima kerja pulak, UiTM nombor 82 di Asia dan menjadi antara tiga universiti terbaik di Malaysia. Maknanya pihak industri percaya dengan graduan UiTM untuk diorang bagi kerja.

Klik gambar ni untuk baca kisah pendebat UiTM ni.

Selain ranking, UiTM ada je pelajar-pelajar hebat macam team debat diorang yang pernah kalahkan universiti Oxford, Harvard dan Cambridge. Pencapaian ni jugak adalah yang tertinggi bagi pasukan Asia. Berbanggalah warga UiTM!

BACA:

Baru je 2 bulan jual biskut ‘Shelup-shelup’, sekali Shuhada nak tutup bisnes rupanya ini punca sebenar

Kisah sedih Sultan Terengganu 1942 yang diguling dalam langkah ‘tebuk atap’ oleh pembesarnya sendiri yang ramai tak tahu