Ini rupanya maksud di sebalik butang baju Melayu yang disorokkan penjajah Tanah Melayu sejak dulu lagi.Kancing Baju Melayu
Baju Melayu berkolarkan leher cekak musang mempunyai rekaan bentuk kancing baju berbeza dengan baju Melayu leher berteluk belanga.
Baju Melayu cekak musang mempunyai 5 butir kancing, iaitu 2 butir bertindih di cekak leher dan 3 butir di belahan bawah leher.
Baju teluk belanga mempunyai satu butir kancing sahaja.
Maksud Di Sebalik Butang Baju Melayu
Setiap butir-butir di baju Melayu membawa makna yang berlainan dan terdapat falsafahnya yang tersendiri.
Bagi Baju Melayu yang direka dengan kolar cekak musang, 5 butir kancing merujuk kepada 5 rukun Islam.
Baju Melayu berkolar teluk belanga yang mempunyai satu butir kancing membawa makna Tauhid, iaitu hanya merujuk kepada satu Tuhan Yang Maha Esa yang patut disembah.
Seluar Baju Melayu
Pada zaman terdahulu, para lelaki gemar memakai pelbagai jenis rekaan dan potongan seluar. Antara jenis seluar yang dipakai oleh mereka ialah seperti berikut:
Seluar sampak – hanya paras peha
Seluar katok – hanya paras lutut
Seluar Acheh – hanya paras betis
Tetapi, seluar gaya gunting Acheh akan sentiasa menjadi seluar pilihan golongan bangsawan dan pahlawan. Hal ini demikian kerana seluar tersebut direka dengan buatan kekek yang agak besar.
Berlainan pula dengan golongan Sultan yang hanya memilih untuk menggayakan dengan seluar gaya gunting Cina, yang hanya dibuat kekek yang kecil.
Sampin Baju Melayu
Perkataan sampin ini berasal daripada zaman Kesultanan Melayu Melaka.
Walaubagaimanapun, perkataan sampin bertukar ke perkataan samping selepas baju Melayu disebarkan ke Kepulauan Riau pada ketika itu.
Selain itu, cara pemakaian samping bersama baju Melayu pada zaman tersebut membezakan status seseorang pedagang, samada pedagang dalam atau luar.
Penduduk asal di kawasan tersebut mengenakan sampin dengan cara kain sampin dipakai di bawah baju Melayu, iaitu baju berada di luar. Cara ini dipanggil ‘Berdagang Dalam’.
Bagi golongan pendatang pedagang pula mengenakan samping dengan cara kain sampin dipakai di atas baju dan baju diselit ke dalam kain. Cara ini dipanggil ‘Berdagang Luar’.
Terdapat juga cara mengikat samping mengikut pangkat dan darjat seseorang seperti ikatan pancung, ikatan kembung dan ikatan lingkup.
Ikatan Pancung – Golongan Raja, Sultan dan kerabat sahaja.
Ikatan Kembung – Golongan Pembesar dan orang-orang yang mempunyai gelaran.
Ikatan Lingkup – Golongan rakyat biasa, tanpa pangkat dan gelaran
Maksud Di Sebalik Sampin
Pemakaian sampin pada baju Melayu ini dikatakan satu pelengkapan dan diiringi dengan pelbagai jenis sampin.
Sampin yang dipakai sehingga ke bawah paras lutut menunjukkan si pemakai sudah berstatus berkahwin dan mempunyai pasangan, iaitu isteri.
Manakala sampin yang dipakai atas paras lutut pula menandakan si pemakai masih berstatus bujang dan tidak mempunyai pasangan hidup lagi.
Tambahan info, jika si pemakai itu sudah bergelar suami dan masih memakai sampin di atas paras lutut, itu bermakna si dia masih memasang niat untuk menambah isteri lagi.
Baju Melayu Tetap Menjadi Pilihan
Baju Melayu yang tulen merupakan konsep pemakaian yang mencerminkan moral kesantunan bagi para lelaki di luar sana, selagi ianya menutup aurat, kemas dan selesa di badan.
Tapi, baju Melayu moden sudah lari dari konsep baju Melayu tradisional yang mengekalkan elemen tradisi yang dimiliki ratusan tahunnya.
Baju Melayu ini seperti kemeja longgar yang dipakai dengan seluar panjang. Kain sampin pula diikat kemas dibahagian pinggang serta ditambah dengan perhiasan diri.
Hiasan diri tersebut ialah tanjak, songkok dan selipar capal.
Dengan memakai perhiasan seperti ini sambil menggayakan dengan pakaian klasik, ia mampu mengekalkan keaslian budaya Melayu sehingga harini.
Bukan itu sahaja, baju Melayu diketengahkan sebagai pakaian seragam seni mempertahankan diri Melayu. Contoh, seni silat.
BACA:
Dah macam flat kos rendah! Tapi bukan untuk manusia, ini adalah kandang babi terbesar di dunia
Gadis ini terkejut ada darah menitik depan kereta, rupanya ada ‘mahkluk’ menumpang
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio