“Tuan rumah tiba-tiba kerap datang spotcheck rumah sewa anak dara, bila housemate aku buka cerita, rupanya ini benda jijik dia buat”

Oleh MHDAILY

“Tuan rumah tiba-tiba kerap datang spotcheck rumah sewa anak dara, bila housemate aku buka cerita, rupanya ini benda jijik dia buat”

Cerita bermula apabila pekerjaan aku memerluk̷an aku untuk menyew̷a di suatu temp̷at.

Tempat itu tidaklah ̷asing bagiku kerana aku juga pern̷ah belajar di situ. Anyway, semua nama disini bukannya NAMA SEBENAR ya.

"Tuan rumah tiba-tiba kerap datang spotcheck rumah sewa anak dara, bila housemate aku buka cerita, rupanya ini benda jijik dia buat"

Aku mula mencari cari bilik sewa, aku beranggapan mungkin hanya untuk sementara hanya sekadar siap sahaja kerjaku, maka pulang lah aku ke negeri asalku.

Akhirnya, aku ternampak sebuah post di FB, yang menyiarkan iklan bilik sewa. Aku pun mencuba kerana kawasan tersebut sangat strategik serta kadar sewaannya juga agak berbaloi.

Kalau ditanya dengan kawan kawan ku yang berada di kawasan bandar, pasti tak dapat dengan harga tersebut. Aku pun mulai berminat, rumahnya cantik, ada sekuriti dan fasiliti yang baik.

Disingkatkan cerita, aku pun bersetuju. Tuan rumah nampaknya orang yang baik dan ramah. Aku pun menandatangan Surat Perjanjian Sewa disaksikan oleh abangku. Aku pun mendapat kunci.

Aku terasa senang, suasananya yang nyaman dan tenang. Tempat yang baik untuk aku menulis dan menyiapkan laporan.

Capaian Internet pun boleh tahan laju, sesuai la untuk aku yang jenis “Work From Home”. Aku pun mulai berkenalan dengan rakan serumah. Waheeda dan Aqilah kawan baik sedari universiti. Mereka pun bekerja di tempat itu.

Tuan rumah juga pernah whatsapp personal, dia bertanyakan tentang keadaan dirumah, dia mulai bertanya ada apa apa kerosakan atau yang kurang.

Mungkin rumah baru, aku cuma berasa positif sahaja. Aku jawab tiada apa apa kerosakan.

Pada mulanya aku berbahasa Encik dengannya, tapi dia menyuruhku untuk memangilnya abang. Katanya, terlalu formal.

Beberapa lama itu, dia pun bercakap akan ada orang baru untuk masuk ke bilik tengah. Aku pun mengiyakan. Dia menyatakan hasratnya untuk datang ke rumah untuk urusan surat perjanjian bersama penyewa baru nanti.

Sampai hari dijanjikan, aku agak sibuk mengejar timeline. Dia pun beri salam, aku nampak ada seorang perempuan dibelakangnya.

Mungkin ini penyewa bilik baru. Aku pun membuka pintu, lalu terus bawa diri ke dalam bilik. Aku memang kerja dari rumah jika tiada kerja lapangan. Tapi masa kerjaku tetap seperti orang lain.

Dari dalam bilik aku terdengar ada bunyi bising. Tapi aku malas nak menjenggah.

Nantilah, lepas waktu bekerja.

Tuan rumah mulai memanggil namaku, aku capai tudung dan hanya berdiri di pintu bilik. Dia sedang memegang bekas air peti ais. Aku yang masih berdiri melihatnya pelik. Apa yang dia lakukan.

“Tengok ni Ame, Air Peti Ais ni dah penuh” katanya

“Oh yeke” aku menjawab bersahaja, “Kejap ya Encik, saya ada kerja nak siapkan” aku beralasan. Tapi, aku masih fikirkan kerja. Target ku esok untuk hantar Draf kepada ketuaku. Aku pun masuk ke bilik tanpa bercakap lagi.

Aku pun meneruskan kerjaku, sesekali aku mendengar dia bercakap dengan bakal penyewa baru. Sedari masa pun berlalu, aku pun menutup komputer ribaku. Aku mahukan fresh air. sudahlah tepu daripada pagi. Sakit pinggang ini.

Aku membuka pintu bilik. Aku melihat dia sedang menyapu. Aku terdiam. “Kenapa….” dalam kotak akalku berfikir apa yang dia cuba buat.

Aku pernah juga menyewa di rumah yang lain, tapi tiadalah sampai tuan rumah datang menyapu rumah. Aku melihat tak juga menolong.

Aku cuba untuk menghadam situasi. Aku melihat budak perempuan tadi dan cuba ajak berborak. Rupanya, dia bukan bakal penyewa baru.

Dia nak lihat bilik sahaja. Leka berbual, Tuan Rumah mengemop lantai. Dari ruang tamu aku melihat dia berjalan keluar daripada bilik tengah.

“Ameera, ha mana upah house cleaning?” tuan rumah berkata.

“Eah apa pula, Abang yang rajin” aku memerli. Tapi mukaku dari tadi memandang pelik, campur geram juga. Macam orang dalam rumah ini seolah dipandang tak reti mengemas rumah.

“Kenapa abang bersihkan rumah? nanti nanti pun kami boleh buat” aku bertanya.

“Abang rasa rumah macam tak best, kamu tak kemas rumah ke?” tanyanya.

Ish, geram pulak hati kita. “Abang datang waktu hari bekerja, sebab tu nampak rumah ni macam tak sapu. Tapi selalu je kami sapu” aku membela diri. Kadang ada juga aku menyapu. Iyalah, pasti ada juga debu dan habuk.

“Sebab tu la abang datang waktu hari bekerja, sebab nak spot-check rumah anak dara” dia berkata

Aku mulai menarik muka. Apa ni? apa di cuba sampaikan? spot check. Aku duduk di rumah sewa atau asrama? Aku mulai rasa tak selesa.

Aku fikir, bertanya akan kerosakan dan keselesaan itu cuma niat baik tuan rumah. Takkan la sampai nak buat spot check macam bagi markah evaluation.

“Ameera, siapa yang masak nasi ni tak basuh periuk? dah sampai berkulat dah”

Aku yang disitu pun tercenggang. Aku selalu order GrabFood atau Food Panda. Aku memang tak pandai masak. Makan pun sorang, sesekali ada juga rakan serumah aku memasak dan makan bersama.

Tapi minggu itu, entahlah muka pun tak nampak. Adat lah rumah sewa. Kadang orang dah keluar rumah pun tak pernah kenal.

“Tak tahu….” aku membalas. “Cakap jelah, abang takkan bagitahu siapa yang bagitahu” dia cuba mengorek rahsia. Jujur aku tahu pelakunya.

Tapi aku memilih untuk merahsiakan. Sebab bagi aku, biarlah benda ini tak perlu dipanjangkan.

Aku pun pergi ke balkoni. Aku tak tahu harus ke mana. Mujur, Tuan Rumah dan budak perempuan tadi nak beransur pulang.

Sebelum mereka berundur diri, sempat lagi tuan rumahku mencuci bilik air luar. Rasa tak perlu seperti itu. Cukuplah hanya sekadar menegur. Aku pun menceritakan hal itu kepada Waheeda dan Aqilah. Mereka pun terdiam.

Disingkatkan cerita, satu hari itu dia datang kembali. Alasannya, rumah kawannya berada diatas unit kami.

Kawannya meminta untuknya membuat perniagaan bilik sewa, sama seperti rumah kami. Cuma kawannya itu duduk di Sarawak. Jadi kawannya, meminta pertolongan daripadanya.

Katanya, dapat lah buat Bisnes. Aku cuma diam. Malas nak layan, itu juga masalah aku.. tak suka melayan orang. Dia meminta izin untuk masuk kerumah sewa kami, sebab ada peralatan yang disimpan dalam rumah kami.

Baru aku tahu, ada barang dalam perabot dapur. Ada alat pertukangan dan lain lain.

“Esok abang nak ambil barang lah dekat kabinet dapur, ada sesiapa di rumah” dia bertanya di dalam WhatsApp Group.

“Tiada, esok ada kerja” aku membalas.

Kebetulan ketika itu aku sedang makan dengan Aqilah. Tiba tiba telefon Aqilah mendapat satu notifikasi. Cepat cepat Aqilah menunjukkan telefonnya kepadaku. Rupanya tuan rumah.

“Nak apa dia?” aku bertanya tapi lebih kepada sarcasm.

“Dia tanya esok aku ada ke tak, aku masuk kerja pukul 10 esok” Jawabnya.

“Suruh la dia datang awal pagi, ambil la apa dia nak ambil” aku berkata.

Esok awal awal pagi dia datang ke rumah. Aku dengar juga grill pintu terbuka. Malas lah nak menegur. Aku mandi pun belum, masih tengok Tik Tok. Nasib baik baju pun dah gosok, ada masa sikit.

Aku pun mandi dan bersiap. Aku membawa alat kelengkapan dan dokumen berkaitan. Aku keluar daripada bilik terus ke meja makan. Aku terkejut ada gergaji besar di atas meja. Dah kenapa ada gergaji.

“Aqilah, abang dah masuk ke belum?” Aku bertanya Aqilah yang sedang bermekap di biliknya.

“Dah, baru sahaja dia keluar” jawabnya.

“Eah, ni kenapa gergaji ada atas meja ni?” tanyaku. Aqilah tak menjawab. Mungkin tengah membuat eyeliner, perlu focus yang lebih.

Aku pun meletakkan gergaji diluar pintu. Bagiku senang la nanti dia ambil. Mungkin tertinggal fikirku.

Aku berjalan ke parkir kereta. Ada notifikasi masuk ke dalam telefonku. Aku melihat namanya, agakku pasti nak bertanya gergaji. Ya betul.

“Saya dah letak gergaji di luar, nanti ambil lah. Rumah pun dah tiada orang” kataku. Aku terus menghantar tanpa melihat balasan darinya.

Bagiku dah tersampai mesej. Aku memulaikan perjalanan. Seusai aku melakukan perbincangan bersama ketua dan pihak atasan. Aku mengerling kearah telefonku. Ada notifikasi masuk. Aku pun membacanya. Tiba tiba terasa panas pulak darah.

“Maaf, tadi abang masuk dalam rumah masa orang takde, nak ambil wallpaper” katanya di Whatsaapp personalku dengan satu gambar wallpaper. Ish dia ni. Makin hilang pula kepercayaanku kepadanya.

Tapi aku mulai bersabar. Aku cuba fikir nasib baik tiada orang. Kalau Aqilah, Waheeda atau Jannah (Rakan sebilikku) baru bangun, tengah mamai tak memakai tudung. Pasti haru keaadaannya.

Aku pun tak membalasnya. Cukup sekadar membaca.

Malamnya, aku menceritakan kepada rakan serumahku. Semua membuat muka tak puas hati. Tapi nak dimarahkan, dapat apa.

Suatu hari, lepas aku pulang ke kampung halaman, aku bersembang dengan Jannah. Jannah seorang pelajar. Waktu itu cuti sem. Jannah membuka cerita dia bercuti dengan teman lelakinya di Negeri asal Nasi Kandar.

“Tuan Rumah ada whatsapp Jannah, nak tahu dia panggil Jannah apa?”

“Apa?” tanyaku….

“Dia panggil Jannah Baby… lepastu nak ajak jumpa sebab dah dekat katanya”

“Euwww…” aku membalas jijik. Miang keladi pula dia ni. Pening dan takut.

Sedar tak sedar, dah 5 bulan aku tinggal di rumah sewa. Aku masih bertahan, mungkin juga sebab aku selalu balik ke kampung halaman lama. Tak la aku berjumpa dengannya jika dia datang.

Bulan Ramadan pun menjelma. Dia pun Whatsapp di dalam group.

“Abang ada kerja dekat area rumah, boleh la singgah” katanya. Aku pun pelik, apa yang nak disinggah. Rumah masih elok, untuk apa nak datang.

Aku pun mulai bertanya, di Whatsapp Personal

“Abang jadi ke datang?” tanyaku, bila baca semula geli pula aku bahasakan dirinya sebagai abang

“Kalau sempat datang lah, sebab haritu siapa ntah Waheeda cakap kipas rosak” katanya.

Aku bertanya kepada Waheeda. Waheeda pun mengiyakan. Sedang berborak mencari alasan agar tuan rumah tak datang. Takut dia kemas rumah lagi. Aqilah di pintu bilik air memandang.

“Dah kenapa kau?” Tanyaku. “Pintu ni tak boleh tutup” jawabnya. Nampaknya terpaksalah mengizinkan tuan rumah untuk datang. Boleh juga dia membetulkan pintu bilik air.

Kami pun menyenaraikan kerosakan. Ada juga Televisyen ini meragam. Itu pun kami masukkan dalam list. Biar dia datang tu ada makna. Takde la datang nak bersihkan rumah.

Aduan telah diberikan kepadanya. Dia pun membalas, “Nanti, Abang datang nanti jom kita berbuka”. Aku terdiam membaca mesej itu.

“Kawan abang dengan isterinya ajak berbuka. Boleh kita buka bersama” Aku sekali lagi menatap mesej itu. Lama.

“Tak nak lah bang. Segan” Jawabku.

“Ala kenapa nak segan, nanti abang ajak lah semua. Kita pergi ramai ramai”. Katanya.

“Takpelah” balasku.

Jujur aku tak boleh nak berfikiran positif. Malam itu aku bercerita dengan semua. Semua menyokong tindakan ku. Umpama tiada kena mengena sahaja aku mengikutnya nak berbuka puasa.

Alhamdullilah cukup makan minum aku sepanjang puasa. Rupanya, semua penyewa dia WhatsApp. Bertanyakan soalan yang sama. Mujur semuanya menolak.

Sampai hari yang dijanjikan. Dia datang ke rumah sewa. Kebetulan, petang hari kejadian pintu aku ada masalah lock. Aku dan rakan sebilikku terkunci daripada dalam.

3 Jam juga aku terperangkap selepas menggunakan besi halus dan kertas keras untuk menyelak pintu.

Dia datang malam, mungkin lepas berbuka. Tapi dia tidak memberitahu di dalam group. Tetiba Zahara (Penyewa Baru) membuka pintu.

Aku, Aqilah dan Waheeda masih diruang tamu. Mujur aku dah memakai tudung kerana dah plan nak cari angin pergi membeli jajanan.

“Eh abang, kenapa tak cakap nak masuk” Tanyaku.

“Abang dah bagitahu Zaharah” jawabnya. Aku tak puas hati.

“Abang nak ambil TV nak pergi check, sebab ni maybe rosak dalamam” Katanya.

“Eh, lepastu tak dapat la betulkan pintu. Pintu bilik saya pun rosak locknya” Kataku.

“Ganas betul guna pintu sampai rosak, Ikutkan kontrak itu semua ditanggung oleh penyewa. Kalau setiap kali datang asyik nak kena betulkan susah lah saya” katanya seolah aku menyusahkan.

Tak faham aku, selama ini bukan dia ke yang nak datang rumah dan tanya pasal kerosakan rumah.

Aku faham barang “Wear and Tear” tanggungjawab penyewa. Tapi dia yang cakap pasal masalah, aku pun bukan pandai nak betulkan. Itu lah susah, semua tak tahu. Geramnya.

Dia cepat cepat mengambil Televisnyen dan berlalu pergi. “Abang, pintu ni bila nak betulkan?” tanyaku.

“Hujung bulan nanti abang datang lagi, nanti abang betulkan” jawabnya. HUJUNG BULAN?

Aku dah terkunci berapa lama lagi. Tak boleh. Aku mesti cari solution. Geram aku hingga aku minta tolong kawan aku untuk memasang tombol pintu yang baru.

Sehari selepas kejadian, aku nak menelefon kawanku. Entah bagaimana aku tersalah nama. Mungkin nama pun dekat dekat. Mendengar suaranya aku cepat cepat mematikan.

“Rindu abang ke?” Tanyanya di Whatsapp ke. Rasa nak baling je telefon aku. Aku sabar.

“Tak, maaf tersalah nombor. Abang, nak bagitahu, saya betulkan je la tombol pintu tu. Susahla tak boleh nak kunci. Nak tunggu hujung bulan macam lama sangat” Balas ku.

“Dah betulkan ke? Sendiri ke?” Tanyanya.

“EH tak, ada kawan tolong” Aku membalas.

“Owh dah agak dah” jawabnya. Aku cuma memberitahunya pintu bilikku dah elok. Kunci baru aku sangkut ditempat kunci untuk salinan pemilik.

Bermula dari situ aku agak dingin dengannya. Aku kadang tak membalas pun apa apa di group mahupun di dalam Whatsapp Personal.

Tiga hari kemudian selepas kejadian dia mengambil Televisyen, dia datang kembali. Dia membawa isterinya.

Pelik, kenapa datang dengan isteri tak pergi berbuka masa dengan kawannya itu. Beza tiga hari je. Pelik lah dia. Tahu dia akan datang, aku berancang nak keluar.

Kebetulan Jannah mengajak ke Kedai ECO. Usai di kedai ECO aku mengajak Jannah pergi ke kedai Kuih di kawasan yang agak jauh dari rumah sewa.

Malas juga nak jadi penyambutnya. Katanya nak datang nak uruskan rumah atas. Dah tu kenapa nak masuk rumah kami? Sebab tu rumah dia?

Dalam perjalanan, dia menelefonku, tapi beg aku dibelakang. Aku pun sedang memandu. Jannah cuba mengambil. Tapi panggilan dah berakhir. Kali ini telefon Jannah pula berbunyi.

Jannah tak mengangkat. Kalau angkat bukan boleh pun ke rumah sewa. Kami dah separuh jalan. Berdenting denting WhatsaApp masuk. Habis semua gambar dan komen umpama rumah itu diterbalikkan dan bersepah.

“Abang dah sapu rumah, cuma tak sempat je nak mop. Pintu bilik air tu nanti hujung bulan baru abang betulkan”

Apa masalah tuan rumah aku. Rasanya sapu sampah tu bukannya esok kami tak boleh buat. Tak lah bersepah mana. Sepah sepah rumah sewa. Tak tersusun tak lah sampai berulat satu rumah. Malas aku lah nak melayan kerenahnya. Semua mendiamkan diri. Seolah tak membaca.

Malamnya kami pun meluahkan rasa tak puas hati. Sekadar datang untuk sapu dan mop sahaja ke? Aneh lah!

Aku bercerita dengan kawan baik dan adik beradikku. Semua cakap “Dia pelik”. Cuma satu je nak cakap, aku bayar sewa bukannya menumpang.

Sampai disitu sahajalah ceritaku. Aku mungkin rasa dia memeningkan dan agak pelik. Mungkin orang akan menyokongnya. Tapi bagi aku, aku tak selesa. Kalau benar dia mahukan Everything is perfect.

Mungkin kena tulis dalam kontrak “Abang datang buat house cleaning”. Maaf jika cerita ini membuat ada yang terasa hati dan mungkin saya perlu mendapatkan pandangan dari sudut yang positif. Terima kasih.

Reaksi Warganet
Hafizah Hamsani –
Aku dah bersangka bur̷uk ni, ada potensi untuk dia pasang camera. Boleh jadi dia selalu datang untuk check camera. Soo hati hati lah yaaa hmm

Faranisyah Hakim –
Ish, lain macam. Saya pernah sewakan rumah, tapi nak masuk, saya akan masuk time penyewa ada sekali.

Lagipun, saya galakkan diorang beli mangga sendiri. Maknanya kalau diorang takde dekat rumah, saya tak boleh sesuka hati mas̷uk.

Nak buat spotch̷eck, mesti dengan penyewa ada sekali. Ini soal privacy, risau kalau hil̷ang bar̷ang penyewa…kita pulak kena t̷uduh.

Rasyidah Karimah –
Ingat sewa rumah dulu area LRT Pandan Jaya. Owner non muslim lelaki jarang jarang sekali dia akan datang nak spot check tapi dia bagitaula bila nak datang.

Dia akan buat nak tumpang bilik air tapi kita tau dia nak check. Macam dia ni ok je sebab dia ada hakla nak tengok kotla kita ni buat macam macam dekat rumah dia dan tak dela masuk bilik atas sekadar lalu nak pi tandas bawah je pastu dia keluar.

Tapi bagusnya dia datang dengan anak anak dia dan 6 7 bulan sekali macam tu baru dia datang.

Baik ownerny̷a.. time CNY baw̷ak buah limau skali dengan ̷angpau. Tapi owner macam confessor ni agak mel̷ampau sebab walaupun dia owner tak leh suk̷a h̷ati macam tu n̷ak m̷asuk. Ker̷ap pulak tu

BACA:

Dah macam flat kos rendah! Tapi bukan untuk manusia, ini adalah kandang babi terbesar di dunia

Lelaki ini rugi duit kos belanja kahwin, isteri kata nak pergi tandas rupa lari lepas berapa jam kahwin