1 Malaysia kena ‘game’, ibu reka cerita anak hilang rupanya anak jadi ‘pemuas’ nafsu bapa tiri

Oleh MHDAILY

1 Malaysia kena ‘game’, ibu reka cerita anak hilang rupanya anak jadi ‘pemuas’ nafsu bapa tiri.

Pada 17 Mac lepas, seorang wanita sempat mewar-warkan berita kehilangan anak perempuannya berusia 16 tahun bernama Aliah Qistina dari rumah mereka di Jasin, Melaka.

Dalam video yang dimuat naik, ramai bersimpati melihat si ibu kandung menangis dengan harapan remaja itu dapat pulang ke pangkuan keluarga.

1 Malaysia kena 'game', ibu reka cerita anak hilang rupanya anak jadi 'pemuas' nafsu bapa tiri

Ibu reka cerita pasal kehilangan anak rupanya ada sisi gelap lain

Bermula dengan kisah mereka terhidu bau wangi seakan-akan dipukau pada malam 17 Mac, 4 hari lepas akhirnya Qistina ditemui berada di rumah rakan lelakinya di Perak (ikut dengan kerelaan sendiri). Namun siapa sangka, rupanya semua kisah itu hanyalah drama rekaan ibu kandungnya untuk menyembunyikan ‘bangkai’ lain.

Jawatan Kosong: Penulis Di Laman Portal Kisah Dunia (Work From Home)

Ibu kandung & bapa tiri ditahan polis…Qistina jadi ‘pemuas nafsu’ sejak 2020

Berita terbaru melaporkan wanita (36 tahun) itu telah direman selama 7 hari atas dakwaan bersubahat dengan suami barunya (40 tahun) membiarkan Qistina menjadi tempat pemuas nafsu. Lebih menghibakan, ia sudah berlaku sejak 2020 dan ibu kandung yang mengetahui kejahatan ini tergamak ‘pejam mata’ tanpa sebarang tindakan.

Pasangan itu ditahan sejurus mereka tiba dari Sabah

Selepas 2 minggu melarikan diri dari rumah dan berdepan 1001 spekulasi, akhirnya Qistina memberanikan diri memaklumkan perkara itu kepada pihak polis.

Ia sekali gus menjadi asbab terbongkarnya trauma besar yang sudah dihadapinya dalam 3 tahun kebelakangan ini.

BACA:

Kenapa wanita bujang suka sangat dengan suami orang, ini sebab buat ramai isteri kecundang

Kenapa McDonald’s tak guna lagi badut Ronald Mcdonald’s? Sebabnya sangat menyeramkan!