Dia buat mall macam rumah sendiri siap jemput member datang main PS5! Lelaki ini dedah macam mana dia ada rumah dalam mall
Percaya tak seorang lelaki berjaya membina sebuah apartmen tersembunyi di sebuah pusat membeli belah dan tinggal di sana selama 4 tahun tanpa disedari sesiapa pun?
Siap boleh jemput rakan-rakan datang melepak dan bermain Playstation!
Sebelum ini, Michael Townsend terpaksa keluar dari rumahnya disebabkan pemiliknya mahu membangunkan kediamannya.
Tiada tempat untuk berteduh, beliau kemudiannya teringat mengenai satu ruang di sebuah pusat membeli belah yang sudah kosong sejak tahun 1999.
Curious dengan tempat tersebut, Michael datang melawat ruang tersebut. Pada ketika itu tahun 2003, dan ruang tersebut masih lagi kosong sebelum ambil keputusan untuk tinggal di sana bersama rakannya.
Pada awalnya, ingatkan mahu tinggal dalam masa yang singkat, namun ia bertukar ke rancangan untuk tinggal di sana.
Ruangan seluas 750 kaki itu dihias sesuai dengan keinginan mereka dan ia disembunyikan dengan membina dinding blok angin dan pintu utiliti. Perancangan untuk memasang lantai kayu, bilik tidur kedua dan dapur bagaimanapun tidak berjaya selepas lokasi rahsia itu ditemui pengawal keselamatan.
Namun apabila mahu didakwa atas kesalahan menceroboh, Michael mengaku tidak bersalah dan menjelaskan apa yang beliau lakukan adalah salah satu cara untuk memahami pusat tersebut dengan lebih baik.
Walaupun tidak dikenakan hukuman berat atas kesalahannya, Michael bagaimanapun diharamkan untuk ke sana buat selama-lamanya.
BACA:
‘Meninggal dalam husnul khotimah’, wanita ini temui ajal masa sujud ketika solat sunat
61 tahun makcik ini nama Hadiah, sekali terjumpa surat beranak asal rupanya ini nama sebenar..
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio