Kerajaan Pas Kelantan punca kontraktor kena denda sehari RM30k sebab ‘lembab’ siapkan lebuhraya rakyat, dedah pemuda ini

Oleh MHDAILY

Kerajaan Pas Kelantan punca kontraktor kena denda sehari RM30k sebab ‘lembab’ siapkan lebuhraya rakyat, dedah pemuda ini

Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai kini berdepan denda setinggi RM30,000 sehari gara-gara kelewatan jalan itu disiapkan sehingga melebihi 300 hari

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Pengangkutan dan Utiliti Kelantan, Datuk Azami Mohd Nor berkata, pembinaan pakej sejauh 6.2 kilometer (km) itu sepatutnya sudah mencapai 100 peratus berdasarkan jadual tetapi baru mencapai 80 peratus.

Kerajaan Pas Kelantan punca kontraktor kena denda sehari RM30k sebab 'lembab' siapkan lebuhraya rakyat, dedah pemuda ini

Pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan, Azami berkata, denda itu membabitkan Pakej 2B iaitu dari Ketereh hingga Kok Lanas, Kota Bharu.

“Kemajuan bagi pakej ini berdasarkan jadual sudah 100 peratus, namun yang sebenar masih 80 peratus. Pakej ini berjalan dalam tempoh denda sangat tinggi iaitu RM30,000 sehari.

“JKR (Jabatan Kerja Raya) sudah mengeluarkan pengakuan kerja tidak siap kepada pihak kontraktor,” katanya yang menjawab soalan Datuk Seri Md Alwi Che Ahmad (BN-Kok Lanas) yang bertanyakan perkembangan projek berkenaan.

Pada Ogos tahun lalu, Datuk Seri Mustapa Mohamed yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) ketika itu, dilapor berkata, Pakej 2B Projek Lebuhraya Kota Bharu-Kuala Krai mengalami kelewatan daripada tempoh pelaksanaan asal yang sudah melebihi 300 hari.

Mengulas lanjut, Azami berkata, projek lebuh raya itu membabitkan tujuh pakej sepanjang 66.88 kilometer (km) dengan kos sebanyak RM2.33 bilion.

“Ketika ini dua pakej siap sepenuhnya iaitu Pakej 1B (Pasir Hor ke Kadok, Kota Bharu) dan Pakej 2A (Kadok ke Ketereh), sementara pakej lain sedang berjalan,” katanya.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadok itu, Pakej 3B membabitkan jajaran 10km di Kampung Berangan Mek Nab, Machang ke Kampung Keruh, Kuala Krai) yang dahulunya, Pakej Lebuhraya Rakyat sudah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan untuk disiapkan.

“Kerajaan Pusat sudah bersetuju untuk mengambil alih pembinaan, namun tanpa hutang… kita berhutang sebanyak RM60 juta.

“Kita berharap jasa baik kerajaan supaya mengambil projek berkenaan termasuk dengan hutang,” katanya.
BACA: 

Ada 2 negara besar dunia pernah berperang kerana seekor babi, ini kisah yang buat ramai nak tahu

Kenapa ya? Air coke dekat McDonald’s lagi sedap dari tempat lain? Ini sebabnya